-2012-
Salam tahun baru masihi semua (^_^), semoga tahun ini kita semua lebih ceria ek. Kenapa ceria, saya perlu lebih ceria tahun ni sebab umur makin tua, hahaha tak ada kaitan pun kan. Tak ada apa yang saya nak cerita tentang tahun 2012 ni sebab kita baru je 2 hari di tahun baru dan saya juga tidaklah menyambut tahun baru sangat pun. Semalam saya berjalan-jalan dengan sepupu dan makcik saya, lepas tu kitaorang makan bersama-sama. Itu pun bukan la untuk sambutan tahun baru cuma berkumpul bersama keluarga sahaja.Macam biasa setiap kali tahun baru orang akan tanya apa azam tahun baru. Saya tiada azam tahun baru sebab saya rasa tak terbuat kalau ada azam (huh, alasan!). Saya cuma berharap tahun ini saya lebih rajin dari tahun lepas, banyak perkara saya buat dengan kelam kabut tahun lepas kerana saya suka bertangguh. Ramai orang mula merancang di awal tahun ni kan, saya pulak tiada perancangan yang spesifik, macam biasa akan buat apa yang saya mampu buat sehabis baik, insyaAllah. Mahu menamatkan perjalanan menuju mimpi saya ini supaya saya boleh memulakan mimpi yang baru pula. Saya harap mimpi korang semua pun akan menjadi nyata tahun ni.
You and I by Irfan Makki
Semalam masa jalan-jalan saya sempat singgah di kedai CD islamik. Akhirnya saya berjumpa dengan CD Album Irfan Makki, saya dah lama nak beli tapi malas nak order online. Ini hadiah tahun baru untuk diri sendiri, dah lama tak beli hadiah untuk diri sendiri. Sangat la sedap lagu-lagu dalam album ni. Saya share kat atas ni antara lagu kegemaran saya dari album ni, sila la hayati lirik dia ek. Suara Irfan Makki sangat la sedap, suara dia husky (betul ke ni, huhu) sedikit sedap je dengar. Dengar lagu dari album ni mengingatkan saya kat lagu-lagu zaman saya sekolah menengah dulu, muzik dia macam lagu lama.
Nak jugak tunjuk gambar album Irfan Makki, huhu (^_^)
Macam-macam cerita lak kan, satu lagi nak jugak cerita yang tahun ni tahun lompat jadi kita ada lebih sehari la tahun ni. Walaupun ada lebih sehari tapi kalau tak tahu menghargai masa dan menguruskan masa dengan betul tak ada gunanya kan. Sama la dengan orang yang tengah menulis ni, suka buat kerja last minutes jek. Apa pun saya doakan tahun ini adalah tahun yang baik buat kita semua, semoga tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin.
p/s: Hari pertama 2012 kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang dasyat, emm apa kata untuk yang suka memandu laju tu buat azam tahun baru untuk kurangkan laju dan menjadi lebih sabar di jalan raya. Semoga tahun ni kurang kemalangan jalanraya di Malaysia ek.
No comments:
Post a Comment