Saturday, October 31, 2009

Sahabatku Sayang

Assalamualaikum..


Imej amik dari iluvislam

Sepanjang minggu lepas berjaya habiskan dua buah buku yang dah lama pending aka baca separuh aje, hehe. Dua-dua buku bahasa melayu dan bergenre dakwah, tak tahu kenapa sekarang agak suka novel yang ada unsur dakwah daripada novel biasa, agaknya dah bosan dengan novel biasa kot. Dua buah novel tu adalah Tautan Hati karya Fatimah Syarha dan Cerita dari Hati karya Nurul Azwa. Jalan cerita novel ni adalah pasal dakwah, watak utama kedua-dua cerita ni bersungguh berdakwah dengan kawan-kawan diaorang. Latar cerita kedua-dua novel adalah di Universiti, baca dua novel ni buatkan saya berfikir sekejap.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Bila baca pasal kesungguhan diaorang ni berdakwah, buat saya fikir kenapa saya tak pun tak berdakwah dengan kawan-kawan saya. Kita tak perlu jadi orang alim untuk ajak kawan kita buat kebaikan. Sebenarnya, saya rindukan suasana yang lebih islamic, ada kawan-kawan yang mengingatkan kita. Suasana di office tak adalah teruk sangat, cuma ada dua tiga kawan-kawan yang baik tapi bab-bab agama ni ambil remeh sikit.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Kalau kita sayangkan kawan kita kenapa kita nak biarkan diaorang terus hanyut kan, sahabat yang baik tak akan biarkan sahabatnya terus leka. Selain berdakwah cara terus, kita boleh berdakwah dengan cara halus. Duhai sahabatku sayang, kita semuanya bersaudara diatas nama Islam yang indah. Marilah kita bersama mencari redha Illahi, diharap sahabat-sahabat Oda semuanya senantiasa di bawah rahmatNya.

p/s: Buat semua sahabat, Oda sayang korang semua (^_^)

Tuesday, October 27, 2009

Kata-kata Semangat Oda

Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnya nak buat dari minggu lepas lagi tapi lupa, pagi tadi masa drive rasa nak dengar lagu nasyid lepas tu tiba-tiba teringat pasal entry ni. Minggu lepas masa balik kerja dengar topik pagi kat Hot FM, diaorang cakap pasal apa ayat motivasi anda. Fafau (Farah Fauzana) dan FBI (Faizal Ismail) tanya apa ayat motivasi yang selalu kita pegang kalau rasa sedih ke, pemberi semangat ke atau lain-lain la. Ramai jugak la yang call, ramai yang guna kata-kata hikmah la, lagu la dan macam-macam la.

Mesej bergambar amik dari Iluvislam

Bila dengar tu terfikir pulak apakah yang Oda guna untuk motivasikan diri ek. Emm bila fikir balik, bila sedih mesti dengar lagu nasyid, dengar lagu nasyid jugak selalu beri motivasi dan semangat untuk saya la. Agaknya sebab tu kot saya suka lagu nasyid. Dua lagu saya selalu dengar bila rasa sedih adalah lagu Pesanan oleh Suhaimi (ala suami ina naim tu) dan lagu Rahmat Ujian oleh Mestica. Lirik dua-dua lagu ni memang best, buat kita sedar walau teruk mana pun hidup kita, walau besar mana pun ujian kita semua tu Allah beri sebab sayangkan kita dan dunia ni hanya pinjaman, semuanya milik Allah. Jadi nak share la petikan kegemaran dari dua lagu ni.

-Pesanan oleh Suhaimi-
Jika hartamu dimusnah
Ingat Allah yang Memberi
Jika engkau dizalimi
Tenang dan tabah hadapi
Allah maha mengasihi
Mendengar rintihan hambanya

-Rahmat Ujian oleh Mestica-
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Ada satu lagi petikan dari lagu nasyid yang setiap kali Oda dengar mesti rasa insaf dan kerdilnya diri. Petikan ni biasa sahaja tak da ayat yang bunga-bunga pun, dari lagu Aku hanya seorang Umar oleh Hijjaz. Itu Saidina Umar sendiri yang cakap, setiap kali dengar ayat ni mesti nak kena check balik diri sendiri, iman dah cukup ke, amalan dan cukup ke, solat cukup ke?

-Aku Hanya Seorang Umar oleh Hijjaz-
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Rasanya semua orang ada ayat motivasi masing-masing kan. Hidup ni penuh dengan suka duka, kadang-kadang sedih kadang-kadang gembira, penawar yang paling baik adalah kembali kepadaya, nak tenangkan hati bacalah Quran dan banyakkan berzikir.

Worry is like a rocking chair: It gives you something to do, but it doesn't get you anywhere.
-Erma Bombeck-

p/s: So don't worry be happy, Allah always with you (^_^)

Monday, October 26, 2009

Kisah Buku

Assalamualaikum...

Dah seminggu tak updates blog, emm banyak idea nak menulis sebenarnya tapi tak ada mood. Semalam setelah dua tahun akhirnya berjaya jugak habiskan buku Deception Point oleh Dan Brown. Kenapa dua tahun, hehe sebenarnya dua tahun lepas dah baca separuh buku tu tapi rasanya tiba-tiba sibuk dengan kerja lepas tu berhenti baca. Selalunya kalau berhenti baca buku mesti ambil masa nak baca balik tapi tak sangka la sampai dua tahun. Minggu lepas mula baca balik, kena la baca dari awal sebab dah lupa dah jalan cerita. Hari ni pulak mula baca balik buku Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd. Noordin, buku ni lak dua bulan lepas mula baca tapi rasa boring jadi berhenti kejap. Kat rumah ada banyak lagi buku yang baca separuh, ni satu perangai pantang jumpa buku baru je nak baca.

Ni la buku yang ambil masa dua tahun baca, hehe imej amik dari encik Google

Deception Point ni adalah buku ke-empat Dan Brown yang Oda baca, tiga buku lagi (Da Vinci Code, Digital Fortress dan Angels and Demons) baca masa kat UTM dulu pinjam dari Niki. Tak tahu la kenapa sampai dua tahun pending, buku ni agak best la sebab suspen giler, jalan cerita yang menarik dan banyak sangat info (to much info actually). Ni yang buat tak sabar nak baca buku baru Dan Brown, The Lost Symbol.

Cover buku The Story of Edgar Sawtelle, imej amik dari encik Google

Bulan lepas buat resolusi tak nak beli buku baru dah sehingga semua buku kat rumah dihabiskan, emm buku yang Oda beli la kalau nak habiskan semua buku Along memang setahun la tak beli buku. Tapi minggu lepas, masa kat MPH memang dah nak terbeli la satu buku (The Story of Edgar Sawtelle oleh David Wroblewski) tapi Norha tak kasi, tahu-tahu dia belikan buku tu untuk birthday. Ni tak sabar nak habiskan semua buku yang pending sebab nak baca buku tu. Buku The Story of Edgar Sawtelle ni dapat tau masa tengok Oprah hari tu, dia cakap buku ni antara yang the best yang pernah dia baca. Bila baca review dalam internet pun ramai yang kata best.

Ada banyak lagi buku dalam wishlist yang nak dibeli, tapi terpaksa la tunggu dulu sehingga semua buku habis dibaca. Boleh percaya ke tak akan beli buku ni, emm Oda ni tak boleh masuk kedai buku mesti nak beli jugak satu buku. Kedai yang paling saya suka adalah kedai buku/komik dan kedai CD, kalau masuk mesti lama.

p/s: CD baru pun dah lama tak beli, rasa nak tengok drama jepun baru laa..

Tuesday, October 20, 2009

Updates

Assalamualaikum...

Hari ni amat memenatkan sebab kerja sorang, Puven MC dan tak ada orang dapat datang untuk ganti dia. Kerja agak banyak la sebab kerja untuk dua orang kan. Tapi ada jugak masa-masa yang free, tu yang geram tu sebab kalau masa kerja banyak tu satu masa semua datang masa free tu takde la pulak keje.

Sempat jugak la tengok satu movie Jepun, jarang tengok movie jepun sebab selalunya movie jepun ni berat sikit jalan cerita dia. Cerita ni pun agak berat la jugak sebab cakap pasal buli kat sekolah, emm tipikal cerita jepun la, banyak gak la drama jepun yang dah tengok cakap pasal isu buli ni. Budak-budak sekarang ni memang lain la, buli tu dah jadi perkasa biasa even kat negara kita pun ada kes buli ni.


Cover filem AOI TORI, imej amik dari encik Google

Tapi jalan cerita movie ni, AOI TORI (Blue Bird) lain sket. Cerita ni mengisahkan pasal pembulian kat sekolah, sorang budak tukar sekolah lepas cubaan membunuh diri disebabkan kena buli. Filem ni mula dengan sorang cikgu ganti sampai kat sekolah tu dan dia bawa balik meja budak yang tukar sekolah tu ke dalam kelas. Ini menyebabkan konflik dan komplikasi dalam kelas tu antara cikgu tu dan budak-budak dalam kelas tu. Pengajaran cerita sangat bagus, kita jangan lupa kesalahan yang kita buat dan bertanggungjawab atas apa yang kita buat. Nak tengok cerita ni sila la ke klik kat link ni >> AOI TORI.

"It is more shameful to distrust one's friends than to be deceived by
them."- Duc de la Rochefoucauld (1613 - 1680) French writer.

Tengok cerita ni terkenang masa zaman belajar dulu, rasanya kita pun pernah buat benda-benda macam tu. Sebabnya budak-budak kelas budak yang kena buli tu tak perasan pun yang diaorang membuli budak tu. Cerita ni memang menberi kesan la, terkenang kan seorang sahabat lama. Emm tak perasan pun perubahan pada dia, bila diingat balik memang ada tanda-tanda. Bila dah sedar dah terlambat dan bila makin rapat kita dengan seseorang tu makin kuat impaknya pada kita. Ingat semua tu buat saya rasa saya bukanlah seorang sahabat yang baik, ni antara perkara yang buat saya sesal sampai sekarang.

p/s: Entry yang agak emosional, mungkin kerana kepenatan jadi mudah tersentuh sikit.

Monday, October 19, 2009

Aitai

Assalamualaikum...

Suka sangat lagu ni, OST dari cerita Ghost Friends. Lirik lagu ni sweet sangat jadi nak share kat sini.


Cover Drama Ghost Friend, imej amik dari encik Google

Aitai by Yuzu

moshimo negai ga kanau nara
donna negai o kanae masu ka?
boku wa mayowa zu kotaeru daro
mouichido… anata ni ai tai


if you are granted a wish
what kind of wish will you make?
i probably can answer without any doubt
that i want to see you once again
soto ha hanabira shoku tsuku kisetsu
kotoshi mo ayazaka ni sakihokoru
anata ga suki datta kono keshiki o
ima wa.. hitori arui teru


in the season which the outside is colored with the flower petals
the flowers are vividly in full bloom again this year
under this scenery which you love
i am walking by myself
wakari ae zu ni kizutsuke ta
osana sugi ta ano hibi mo
tashika na ai ni tsutsuma re te
i ta koto o shiri mashi ta


due to misunderstanding, we hurt each other
even back in those days
when we were still young
we knew that we were embraced by true love
ai tai ai tai
wasure wa shi nai
anata ha ima mo koko ni iru kara
arigatou arigatou
tsutae kire nai
kono omoi o douka todoi te hoshii


i want to see you, i want to see you
i won’t forget
even now, you are still inside my heart
thank you thank you
i can’t express enoughmy
thought, somehow, i want it to reach you
asa no hikari ne te o some te
atarashii nichijou ga hajimaru kedo
kizuke ba doko ka ni sagashi te shimau
mou i nai anata no sugata o


the morning sun shines on me and i squint my eyes
a brand new day has started
once i realize, i have been looking here and there for you
whom is no longer here
nani mo iwa zu ni hohoen da
yasashikatta ano egao
ikiru kurushimi yorokobi mo
nan do mo oshie te kure ta


without saying anything, you smile
that’s gentle smile of yours
has teach me the joy and pain of living
many and many times
afure te afure te
koe ni nara nai
anata o sora ni omoiegai ta
aita tari warattari
tomoni ayun da
ashiato to ha ii kie ha shi nai sa


overflowing overflowing
it can not be described by words
staring at the sky, i think about you
we cried, we laugh, we walked together
the footprints will never dissapear
ah ah ah hateshinau mata meguri
a ui no ki


ah ah ah round and round
the destiny of reuniting
moshimo negai ga kanau no kara
mouichido


if i am granted a wish, please
once again, let me…
ai tai ai tai
wasure wa shi nai
anata ha ima mo koko ni iru kara
arigatou arigatou
tsutae kire nai
kono omoi o douka todoi te hoshii


i want to see you, i want to see you
i won’t forget
even now, you are still inside my heart
thank you thank you
i can’t express enough
my thought, somehow, i want it to reach you
koe mo nukumori mo yasashii
bi emi mo
koko ni iru kara
ai tai


your voice, your warmth, your gentle smile
they are all still in my heart
i want to see you

Saturday, October 17, 2009

The Time Traveler's Wife

Assalamualaikum...

Off selama 4 hari kadang-kadang memang membosankan, lagi-lagi kalau tak ada apa-apa aktiviti. Huhu, sebenarnya baru je lepas off 4 hari, tak ada la bosan sangat sebab Na dengan Nor (sepupu) ada kat rumah. Tapi tak tahu la kenapa bila off lama je rindu sangat nak berkerja balik, bila dah kerja ni rasa nak cuti la plak, entah paper kan.

Imej cover buku ni amik dari encik Google

Sepanjang cuti ni berjaya habiskan satu buku, biasa satu hari dah habis baca tapi sebab rasa buku ni best jadi baca sangat-sangat la slow sebab sayang nak habiskan, hehe. Buku tu tajuk dia 'The Time Traveler's Wife', kalau nak tahu lebih lanjut pasal buku ni sila la baca kat wikipedia ekk. Sebenarnya dah lama dah rasa nak baca buku ni tapi tak terbeli la pulak buku dia, buku ni dah di moviekan jadi dalam bulan ni bila masuk MPH jek nampak banyak la promosi pasal buku ni, tu yang terbeli buku ni.

The Time Traveler's Wife Movie version, imej amik dari encik Google

Jalan cerita dia memang best la, lain dari yang lain nak kata cerita science fiction tu tak jugak. Imaginasi penulis ni sangat la tinggi, kita memang selalu berfikir pasal time travel tapi Audrey Niffenegger ni boleh buat buku pasal ni. Cerita ni agak touching tapi tak ada la sampai buat Oda menangis, tapi rasanya ramai kot yang menangis baca buku ni. Movie cerita ni dah tayang dah kat US dalam bulan Ogos tapi kat Malaysia hujung bulan ni baru akan mula tayang, emm rasa nak pergi tengok la. Pelakon cerita ni adalah Eric Bana (Incredible Hulk) dan Rachel Adams (tak tahu cerita glemer apa yang dia berlakon).

My Favourite Quotes from the Novel

"Don't you think it's better to be extremely happy for a short while, even if you lose it, than to be just okay for your whole life?"

"It's hard being left behind. (...) It's hard to be the one who stays. "

"Maybe I'm dreaming you. Maybe you're dreaming me; maybe we only exist in each other's dreams and every morning when we wake up we forget all about each other."

"I go to sleep alone, and wake up alone. I take walks, I work until I'm tired. I watch he wind play with the trash that's been under the snow all winter. Everything seems simple until you think about it. Why is love intensified by abscence? "

"I'm sorry. I didn't know you were coming or I'd have cleaned up a little more. My life, I mean, not just the apartment."

"I hate to think of you waiting. I know that you have been waiting for me all your life.. ten minutes, ten days, a month.. What an uncertain husband I have been.. I have given you a life of waiting..Stop waiting and be free"

Audrey Niffenegger
The Time Traveler's Wife)

Nak tengok sangat macamana dia portraykan jalan cerita ni dalam live action, harap-harap tak akan mengecewakan la. Sebenarnya dah agak keciwa sedikit sebab hero cerita ni Eric Bana tu sebab dia bukan la antara hero kegemaran tapi mana la tau kan best dia bawak watak Henry nanti. Movie ni rate PG-13, apa maksud dia entah la tapi budak bawah 13 tahun tak boleh tengok la nampaknya.

p/s: Tak sabar lak nak tengok cerita ni.

Sunday, October 11, 2009

Fateen's Wedding

Assalamualaikum...



Imej amik dari encik Google

Sebenarnya rasa macam malas nak update blog hari ni tapi nak cerita pasal pergi majlis kahwin Fateen semalam, kalau biar lama-lama mesti tak tulis punya. Semalam gerak dengan cik Siti Asmah dan Nurulhuda dari rumah, lepas tu jumpa dengan Jijah kat Putrajaya, dia dengan senior SCK, Kak Mas. Kitaorang ikut Jijah sebab tak tahu jalan, yela semua pun first time pegi Dengkil. Walaupun Dengkil tu sebelah je Cyberjaya, saya pun tak pernah pergi jugak.

Jumpa Che Mah dan Huda ni banyak la cerita, yang paling best dapat tau yang Che Mah dah bertunang. Terkejut yang amat saya Che Mah, awak betunang tak cakap kat saya. Tak banyak lagi kena bebel semalam, tak ada la marah sangat pun tapi agak-agak marah la jugak. Hahaha, sekarang semua orang dah tau awak dah bertunang ek Che Mah, apa-apa pun belated selamat bertunang la ek. Nanti kahwin jangan lupa ajak pulak ek, kalau tak ajak tak nak kawan ngan Che Mah dah.


Gambar kenangan dulu masa pergi CoGRAMM, gambar ni ambil dari Facebook

Emm berbalik kepada wedding Fateen, sampai kat rumah Fateen dalam pukul 12 lebih, seronok yang amat sebab jumpa balik ramai kawan-kawan kat UTM dulu. Teringat balik kenangan zaman dulu-dulu, waa rindunya saya pada zaman itu. Fateen pakai baju warna putih dengan lace hijau, comel sangat. Nak letak gambar dalam ni tapi semalam tak bawak kamera lak so kena la tunggu bebudak ni upload gambar baru leh tengok. Semalam pun wedding Ani gak, tak dapat pergi sebab kat Kelantan. Baru je balik dari kelantan untuk raya hari tu, maaf Ani sebab tak dapat datang wedding.

Kepada Fateen dan Ani:

Selamat Pengantin Baru,

semoga berbahagia dunia dan akhirat.



p/s: Asyik pergi wedding orang jek ni, bila la nak ajak orang datang wedding sendiri ni....

Thursday, October 8, 2009

Tak ada mood

Assalamualaikum...

Lagu Allah Knows by Zain Bhika sekali lagi menjadi latar blog nih, memang suka sangat lagu ni sebab rasa sayu jek bila dengar. Lagipun hari ni mood agak gloomy, tak tahu kenapa emm penyakit hati ni, tetiba jek rasa sedih semacam. Hati rasa kusut semacam jek, banyak sangat berfikir yang bukan-bukan nih.


Imej amik dari encik Google

Takde mood nak bekerja dan juga menulis blog hari ni tapi nak jugak buat entry baru sebab dah lama takde post baru kan. Emm merapu je la kat sini nampaknya. Apa-apa pun bak kata ayat kat atas Semoga hati korang akan tenang selalu hari ini dah selamanya (^_^).

“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru…”

p/s: Mungkin sebab hari ni hari pertama untuk shift minggu ni kan jadi mood kerja tu tak datang lagi, hehe.