Saturday, November 24, 2012

Ujian di bulan Oktober

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat yang membaca blog saya, semoga kamu semua sentiasa ceria hendaknya. Huhu, permulaan entri macam tulis surat kat kawan lama je kan. Bulan Oktober dan November tahun ini adalah antara bulan yang paling memenatkan badan untuk saya tahun ni. Ada peristiwa berlaku di bulan oktober lepas, baru sekarang ni saya rasa rajin nak menulis pasal tu.

Ceritanya bermula ketika saya sedang memandu pulang dari tempat kerja, hari tu saya malas sikit nak keluar awal jadi saya keluar lambat sikit dalam pukul 9 malam. Sedang memandu di MRR2, lagi sikit je nak sampai rumah saya tiba-tiba dilanggar dari belakang. Kejadian tu sekelip mata je, tiba-tiba je kereta saya berpusing kemudian masuk ke laluan kiri jalan dan akhirnya tersadai kat tengah-tengah pembahagi jalan. Saya tak nampak pun kereta yang langgar saya tu dan orang tu pun tak berhenti. Siapa sangka saya akan terlibat dengan kes langgar lari, marah sungguh saya bila memikirkan pasal kemalangan ni. Saya sentiasa mengingatkan orang lain dan diri sendiri supaya menjadi pemandu berhemah, jarang sungguh saya melanggar peraturan trafik tapi disebabkan manusia yang hampeh tu saya menerima pengalaman yang tak berapa seronok untuk dikenang ketika memandu.

Allah know what best for you
Alhamdulillah saya tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali terkejut sahaja. Kereta saya agak teruk sebab terangkat ke atas pembahagi jalan. Pening jugak kepala saya memikirkan macam mana nak pergi kerja tak ada kereta ni kan, ye la saya kan kerja agak jauh di ceruk Cyberjaya tu dan rumah di Kuala Lumpu. Pengangkutan awam di Cyberjaya tidak semudah di Kuala Lumpur. Dari rumah saya ke pejabat saya terpaksa menaiki LRT (dua kali sebab kena tukar kat Chan Sow Lin), ERL dan Bas Rapid KL untuk sampai ke tempat kerja. Balik pun melalui kitaran yang sama, sudah biasa memandu menjadikan saya sangat lesu dan penat setiap hari. Saya kagum dengan mereka-mereka yang dah bertahun-tahun menaiki pengangkutan awam, respek la kat korang. Alhamdulillah saya anggap semua ni ujian Allah untuk saya merasai sedikit kesusahan supaya sentiasa ingat padaNya.

Satu perkara yang saya suka degan perjalanan yang panjang ke pejabat saya lebih banyak membaca, sejak saya mula naik bas ni saya dah habiskan dalam 5 buah buku. Keseronokkan membaca buku yang saya rindui sudah kembali, saya jadi kurang sabar untuk mencari bahan bacaan baru. Cakap pasal buku, bulan depan Big Bad Wolf akan kembali membuat pesta jualan besar-besaran di MICC (Mines Convention Centre), pesta tu mula 7 atau 8 haribulan november rasanya, saya agak kurang pasti. Dengarnya memang murah Big Bad Wolf ni, tak sabar pulak saya nak pergi. Saya ingat nak buat list buku untuk dibeli sebab tak nak main beli buku sebab murah je nanti.

Jom kita baca buku (^_^)

Bulan ni pulak saya banyak berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menambah ilmu pengetahuan sebab bawak anak sepupu saya jalan-jalan. Kami ke PetroSains, Planetarium dan Pusat Sains Negara, seronok jugak la pergi tempat-tempat macam ni banyak aktiviti yang menyeronokkan. Kalau korang rasa bosan buat benda yang sama pergi la jalan-jalan kat tempat macam ni, orang dewasa pun boleh menikmati aktiviti kat tempat-tempat ni. Nak tahu lebih lanjut sila la ke website diaorang ek. Melencong dari tajuk la pulak ek, hehe jom la kita tutup entri ni.

p/s: Pagi ni saya ke Popular WangsaWalk yang best dan berjaya membeli dua buku yang saya cari dari minggu lepas lagi, ohsemmmm.

Tuesday, November 6, 2012

Konvokesyen

Assalamualaikum...

Entri yang dah lama saya nak tulis tapi tak berkesempatan. Bulan lepas pada 13 October 2012 saya akhirnya menerima ijazah sarjana saya. Penat lelah selama dua tahun tapi pengakhirannya cuma 2 minit je di atas pentas, huhu. Tiada apa yang istimewa sangat saya rasa konvo kali ni sebab nama pun universiti yang sama kan jadi jubah konvo pun lebih kurang sama dengan masa 'degree' dulu nak ambil gambar pun tak berapa teruja sangat.

Tahniah Cik Oda!
Saya sangat gembira pada minggu konvokesyen saya, maklumlah dah tunggu lama untuk berdiri atas pentas tu je kan. Sesi kami adalah yang pertama, sesi pertama adalah untuk pelajar pasca-siswazah (postgraduate) sahaja, maknanya semua pelajar PHD dan Sarjana menerina sijil pada sesi pertama. Kali ni UTM buat sedikit perubahan dengan menambah bilangan graduan pada setiap sesi, jika biasa satu sesi dalam 500 graduan tapi kali ni jumlah dia 1000 graduan dua kali ganda dari biasa. 

Pendaftaran mula dari pukul 6.45 pagi dan kami beratur untuk susunan masuk ke dewan tersangatlah panjang, sampai ke tingkat tiga bangunan canselleri tu. Batch saya antara yang hujung jadi kami la yang duk kat tingkat tiga tu, nombor giliran saya adalah 982 dari 1000+ graduan. Penat menunggu nak masuk dewan je. Sepatutnya kami semua menerima sijil dari Tuanku Canselor Raja Zarith Sofea tapi pada pertengahan sesi Tuanku penat jadi ditukar kepada Pro Canselor. Disebabkan batch saya antara yang terakhir dalam senanrai maka kami tak sempat menerima sijil dari Tuanku Canselor. Agak keciwa sebab dah praktis nak sebut 'menjunjung kasih tuanku' sejak hari rehearsal lagi, huhu. Tuanku canselor cuma hadir sesi pertama je, yang lain akan dijalankan oleh Pro Canselor dan Naib Canselor, jadi yang lain sebut terima kasih Dato'/Tan Sri.

Oh Happy Day (^_^)
Dulu masa kali pertama konvo ijazah saya semangat ambil gambar dan siap tempah gambar studio lagi tapi kali ni tak buat la semua tu sebab jubahnya sama je. Yang lain adalah satu line di mortar dan tangan jubah, untuk ijazah tak ada line tu, kalau PHD line tu ada dua. Tak ada beza sangat jubah dia, kalau tengok jubah universiti lain jubah ijazah, sarjana dan PHD semua ada perbezaan yang ketara tapi UTM memang tak nampak sangat bezanya. Upacara menerima sijil pun lebih kurang sama je untuk graduan PHD, kan ramai satu sesi jadi pengacara majlis sebut nama laju kalah keretapi. Perasaan tengok graduan PHD sama je dengan tengok graduan ijazah yang bezanya diaorang pakai topi beret tu, banyak lak komen dia ek.

Untuk majlis konvokesyen kali ni kami sekeluarga mengambil peluang untuk bercuti sekali di Johor dan Melaka. Habis je majlis pagi tu, ambil gambar kejap lepas tu terus bergerak ke Melaka. Percutian di Melaka sangatlah seronok, berjalan-jalan dengan ma dan abah memang seronok sebab diaorang adalah pelancong yang aktif, hehe maknanya banyak la berjalan. Nanti saya tulis entri tentang cuti di Melaka, huhu.

p/s: Sebenarnya niat dihati nak tulis entri yang pendek je tapi terpanjang la pulak...

Friday, November 2, 2012

Rindu

Assalamualaikum...

Salam rindu dari Oda untuk semua. Saya sangat rindu untuk menulis blog sebenarnya, pelbagai peristiwa berlaku dalam hidup saya dalam bulan october lepas, suka dan duka semua ada. InsyaAllah kalau berkesempatan saya akan menulis tentang peristiwa october saya. 

Saya rindu sama kamu (^_^)
Badan saya sangat penat sebenarnya kerana sekarang hari-hari saya menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja. Bayangkan rumah saya di Kuala Lumpur dan pejabat di Cyberjaya, menapak jugaklah untuk sampai. Minggu ni baru empat hari saya kerja (saya masih cuti raya isnin lepas) badan dah sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Perjalanan lebih seronok berbanding memandu tapi penatnya dua kali ganda rasanya. Belum pun hilang penat ke pejabat, malam ini saya akan berjalan lagi, haihh.

Malam ni saya akan bergerak ke Pulau Pinang, percutian yang tidaklah dirancang sangat sebab saya dan Cik Rozila ke sana menemani Norlina yang menghadiri seminar di Wawasan Open Universiti Pulau Pinang. Dia ke seminar dan kami berdua ronda-ronda Georgetown tu. Pertama kali memandu ke sana, saya pernah ke Penang sekali je itupun sekejap sahaja dan Rozila tak pernah ke sana jadi kami sedikit cuak malam ni. Semoga perjalanan kami selamat, InsyaAllah.

p/s: Rasa macam nak demam la pulak...