Tuesday, June 30, 2009

Team Outing at Sunway Lagoon

Assalamualaikum..

Emm tak ada apa nak tulis, saje je nak upload gambar team outing kat Sunway Lagoon last Friday. Ni la team mates dalam team kat Atos ni


Bergambar ramai-ramai kat depan Sunway Lagoon


Game favourite ni, tapi tak dapat main banyak kali sebab ramai orang


Peace (^_^)


Penat pusing-pusing, duduk kejap (@_@)


Ni game yang paling menakutkan, tengok pun kitaorang dah menjerit, kapal ni pusing 360 darjah, ngeri sehhhh

Tak banyak pun game yang boleh main sebab mengerikan, kenapa la tak banyak game yang tak menakutkan sangat. Sempat jugak try roller coaster tapi memang menyesal la naik, rasa nak tercabut jantung. Game kapal tu lagi la, tengok je dah menjerit kitaorang semua. Apa-apa pun, walaupun tak banyak main game tapi tetap seronok dapat keluar ramai-ramai camni.

Sunday, June 28, 2009

Letih

Assalamualaikum..

Shift minggu ni adalah antara shift yang paling memenatkan sepanjang bekerja ni, bukan sebab kerja banyak tapi sebab sepanjang 3 hari kerja shift malam ni tidur sehari Cuma dalam 2-3 jam je. Sepanjang 3 hari ni, setiap hari ada je aktiviti, malam pulak kena kerja, camna la tak penat.

Image ambil dari encik Google

1st day shift – Jumaat
Hari ni ada team outing ke Sunway Lagoon, dalam pukul 12 berkumpul kat ofis dan gerak sama-sama ke Sunway Lagoon. Masa pergi ni naik sekali dengan Nirma dan Redika, sampai kat Sunway dalam pukul 1 tengahari. Main-main semua game dan main air sampai pukul 6 lebih, memang main tak ingat dunia la. Sunway tak banyak berubah pun, game dia masih sama macam 2 tahun lepas, ada la benda baru tapi tak banyak. Sunway ni takde la best sangat, mahal lak tu so kalau korang nak pegi themepark tak payah la pergi sunway better pergi Genting la (hehe..saya pun tak pernah pergi lagi Genting tapi degar cerita macam lagi best dari Sunway je). Masuk Sunway ni tak boleh bawak makanan dari luar, diaorang siap check beg kita lagi, dah la kalau keluar dari situ tak boleh masuk balik dah. Selepas keluar dari Sunway Lagoon, kitaorang makan kat Subway dalam Sunway Piramid, then dalam pukul 7.30 gerak balik office tumpang Zek dan Bally sebab Zek pun kerja sampai pukul 1 pagi. Sampai office dalam pukul 8.15, mula la kerja 1st day sampai pukul 7 pagi. Badan rasa sakit sebab banyak sangat main, lenguh-lenguh tangan dan kaki.

2nd day shift – Sabtu
Balik dari kerja sampai rumah pukul 7.40 pagi, tidur kejap sampai pukul 10 sebab janji nak keluar dengan Rozila dan Na. Tak tahu la kenapa, walaupun tak tidur dan badan lenguh sebab main semalam tapi semangat lagi keluar jalan-jalan ni. Kitaorang pergi breakfast lepas tu pergi hantar kain kat tailor kat Gombak. Balik dari hantar kain kitaorang singgah Carrefour jalan-jalan, saje je pusing-pusing tengok baju. Tengahari tu kitaorang pergi Jusco Setiawangsa yang baru bukak tu sebab nak tengok camna Jusco baru tu. Jusco Setiawangsa ni agak besar la, dia berkonsepkan open air, best jalan-jalan kat sini sebab cantik sangat, dia macam ala-ala Alamanda Putrajaya la design dia, ada taman kat luar. Lepas tu kitaorang pergi ambik adik (kitaorang panggil dia ‘Abe’ sebab dia sorang je adik lelaki dalam family, kitaorang tak ada abang) yang sampai dari Kemaman kat Terminal Putra, sampai rumah dalam pukul 5 lebih terus siap-siap nak pergi office. Then kerja la hari ke dua shift dari pukul 7 malam ke 7 pagi esoknya. Nasib baik kerja tak banyak sangat so dapat la rehatkan diri.

3rd day Shift
Macam semalam balik dari kerja sampai rumah dalam pukul 7.40, sempat tidur dalam sejam sebab pukul 9 pagi gerak ke Puduraya nak hantar Kak Lang (ex-housemate), dia ada kursus kat Melaka dan beli tiket untuk Abe sekali sebab dia kena balik ke Lumut petang ni. Kitaorang breakfast kat Pudu sambil tunggu Kak Lang nak naik bas, dalam pukul 10 pagi kitaorang gerak ke Times Square nak bawak Abe jalan-jalan. Mula-mula tu ingatnya nak main kat Cosmo World tu tapi macam ngeri je permainan dia lagipun baru je pergi Sunway Lagoon hari tu. Kitaorang pun buat keputusan nak tengok Transformer, tengok la movie tu kat IMAX. Emm.. dah lupa dah betapa besarnya screen IMAX ni, sakit kepala tengok Transformer kat situ dah la dekat 3 jam movie dia. Transformer ni memang movie yang ditunggu-tunggu la sebenarnya tapi sebab ramai sangat yang excited nak tengok cerita ni sampai kitaorang macam tak berminat sangat nak tengok, tapi since dekat IMAX tak ramai orang so boleh la tengok tanpa perlu beratur panjang-panjang. Honestly, rasanya ramai yang exaggerate pasal cerita ni, nak kata tak best tu takde la tapi agak boring la maybe sebab cerita ni lama sangat kot, 3 jam macam tengok cerita Hindustan. Balik dari Times Square singgah Jusco Maluri sebab Abe nak beli barang, shopping kejap dan lunch kat Jusco sampai pukul 4. Sampai rumah dalam pukul 4.30, rehat-rehat kejap lepas tu terus siap-siap nak pergi kerja. Macam biasa masuk kerja pukul 7 malam dan habis kerja esok 7 pagi. Kepala tengah pening ni sebab tak cukup tidur, maybe malam ni ada yang tidur dalam office ni, hehe tu la penyakit cari sendiri.

Walaupun letih tapi seronok jugak la sebab dapat jalan-jalan dengan kawan-kawan dan my sisters plus Abe. Rasa berbaloi jugak la walaupun badan ni rasa lenguh-lenguh yang amat dan kepala dah pening, harap-harap tak demam la sebab ada sehari lagi kena kerja. Yeayyy esok last day shift, Selasa ni cuti, tak sabarnya nak duk umah rehat-rehat dan tido <<(#_#)>>

p/s: comel tak design baru blog ni, nampak lagi simple kan (^_^)

Wednesday, June 24, 2009

Trip to Sunway Lagoon

Assalamualaikum...

Hari ni off day, pergi office Zila sebab nak pg Carrefour, Nagoya exactly sebab nak beli kain nak buat baju raya. Hehe, lambat kan nak buat baju, ni pun mak cik Zila ni dah bising dah. Nak buat camna, saya kerja tak tentu cutinya nak cuti weekend susah jugak la. Bagus jugak datang ofis Zila ni, leh updates blog.

Hari jumaat ni ada team outing pergi Sunway Lagoon, huhu tak sabarnya. Sepanjang kerja kat Atos ni 2 tahun tak pernah lagi pergi mana-mana aktiviti team, yela team kitaorang team 24/7 so susah nak arrange program sebab camna pun mesti ada gak yang kena stayback kat office. Kali ni Thina cuba buat arragement dengan team lain supaya cover kitaorang hari jumaat ni so boleh la buat team outing kali ni. Walaupun pergi Sunway Lagoon je, itu pun setengah hari je tapi yang penting dapat la chill out dengan team member.

Pernah pergi sekali je Sunway Lagoon ni, tahun bila la dah lupa dah tapi rasanya masa belajar kat UTM dulu lagi pergi dengan family. Dulu masa pergi dia tengah buat renovation so banyak benda tak leh main, dengar cerita makin banyak benda leh main kat Sunway Lagoon sekarang. Emm macam la leh main semua benda, takut jugak la nak main benda pelik-pelik ni. Hehehe exicted la pulak ek. Apa pun nak bergumbira je jumaat ni walaupun hakikatnya malam tu kena kerja (minggu ni start kerja jumaat shift malam..waaaaa).

Thursday, June 18, 2009

Kisah Handzalah

Kisah Handzalah ni adalah antara one of my favourite kisah sahabat Nabi, baca la dulu ekk, artikel ni ambil dari iluvislam.

ABU HANZALAH BIN AR RABIE
salam
editor:azzahra_solehah

Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja inikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat
mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab. subhanallah…

Masa mula-mula dengar kisah handzalah ni adalah dari lagu Rabbani rasa sedih sangat, terasa jauhnya sifat sahabat nabi dengan kita ni. Jangan kata nak berperang kerana islam, nak boikot barang israel pun susah. Itulah nabi dah pesan selangkah kita kepadaNya, seribu langkahNya kepada kita. Tinggi darjat Allah naikkan untuk orang yang syahid ke jalanNya.

Silalah dengar lagu ni, best lagu ni tapi nak dengar klik je kat tajuk dia atas ni.

Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita serangan di selatan Thailand, enam orang mati ketika sedang menunaikan solat Isyak. Ada lagi dua orang di Yala ditembak mati, itu pun belum lagi kira beribu-ribu orang yang terbunuh di Palestin. Ya Allah sedihnya bila baca kisah ni, saudara-saudara kita dibunuh kerana menegakkan seruan Illahi. Kejamnya manusia, kerana perbezaan pendapat sampai sanggup berbunuhan. Terasa bertuah sebab hidup di Malaysia yang aman damai ni. Semoga roh mereka yang syahid ke jalan Allah dicucuri rahmat darinya, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Sunday, June 14, 2009

Updates

Assalamualaikum...

Huhuhu, keseronokan + kepenatan bercuti masih lagi bersisa dalam diri membuatkan kerja pun antara semangat dengan tak je. Nasib baik la kerja 2 hari je, esok dah off day dah, kekeke (^_^).
Nak updates kisah family day kat Port Dickson tapi gambar tak save lagi nak upload, yang ada pun ambil dari facebook along je. Tapi memang best la bercuti ramai-ramai ni, walaupun ni dah kali ke tiga stay kat Tiara Beach Resort nih tapi kali ni la yang paling best.


My beloved family

Tak ramai sangat kan, emm sebab ma, abah dan family Ayah Li (pak sedara) tak dapat datang kali ni. Ni semua adalah sedara mara belah mak, kitaorang tak ramai sangat sebab ma empat beradik je, dan sepupu pun baru 3 orang yang dah kahwin. Gathering family day ni adalah yang ketiga, yang first kitaorang buat dekat kelantan dan yang kedua lak cuma buat bbq je.

Kitaorang ada kelab family yang diberi nama KEMO, kemo ni adalah loghat kelantan yang kitaorang selalu guna. Maksud 'kemo' sama dengan 'kawe' iaitu dalam bahasa standardnya 'saya', kitaorang selalu dengar nenek sedara kitaorang guna then kitaorang selalu ikut dan akhirnya semua orang guna kemo ni instead of kawe. Even kalau kitaorang guna dengan orang kelantan lain pun diaorang rasa pelik, me myself pun tak pernah dengar orang lain selain my family guna perkataan kemo ni. Sebab tu la Kemo ni jadi nama kelab family kitaorang, rasa macam perkataan ni kitaorang punya personal word.

Next time akan updates lagi cerita family day kat PD ni (^_^).

Thursday, June 4, 2009

Cerita Oda

Assalamualaikum...

Hari ni rasa sangat tak bermaya sebab puasa, dah lama tak puasa tu yang letih semacam je tu. Lagi 2 bulan lebih nak Ramadhan, ini antara preparation awal untuk bulan puasa nanti. Dulu selalu jugak la puasa tapi sekarang agak malas nak puasa, nak boleh puasa hari ni pun dah bertangguh berminggu-minggu. Emm tak sabarnya nak berbuka, huhu.

Hari sabtu lepas pergi wedding Wa dengan Che Mah dan Ayub, siap pergi wedding sedara Ayub lagi lepas tu. Wa cantik sangat hari tu, tapi yang tak bestnya wedding ni susah nak cakap ngan pengantin lama-lama. Sempat jugak la jumpa Mai, Yana dan Saad, jumpa saad kejap je sebab dia nak balik dah. Mai dan Yana duk satu meja dengan kitaorang so sempat jugak la berbual dengan diaorang. Saad cakap dia baca blog nih, bila tanya pasal blog dia cakap dia tak ada tapi macam ada je tu. Hehehe Saad apa salahnya share, nanti leh la tau perkembangan semasa Saad.

Emm ok la, dah tak ada idea nak tulis apa, semakin lapar ni idea hilang terus.

(^_^) Oda!! Berusaha!!

Dari Abu Hurairah r.a.

katanya,Rasulullah S.A.W bersabda:

"sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu"

(Hadis riwayat muslim)