Thursday, June 18, 2009

Kisah Handzalah

Kisah Handzalah ni adalah antara one of my favourite kisah sahabat Nabi, baca la dulu ekk, artikel ni ambil dari iluvislam.

ABU HANZALAH BIN AR RABIE
salam
editor:azzahra_solehah

Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja inikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat
mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab. subhanallah…

Masa mula-mula dengar kisah handzalah ni adalah dari lagu Rabbani rasa sedih sangat, terasa jauhnya sifat sahabat nabi dengan kita ni. Jangan kata nak berperang kerana islam, nak boikot barang israel pun susah. Itulah nabi dah pesan selangkah kita kepadaNya, seribu langkahNya kepada kita. Tinggi darjat Allah naikkan untuk orang yang syahid ke jalanNya.

Silalah dengar lagu ni, best lagu ni tapi nak dengar klik je kat tajuk dia atas ni.

Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita serangan di selatan Thailand, enam orang mati ketika sedang menunaikan solat Isyak. Ada lagi dua orang di Yala ditembak mati, itu pun belum lagi kira beribu-ribu orang yang terbunuh di Palestin. Ya Allah sedihnya bila baca kisah ni, saudara-saudara kita dibunuh kerana menegakkan seruan Illahi. Kejamnya manusia, kerana perbezaan pendapat sampai sanggup berbunuhan. Terasa bertuah sebab hidup di Malaysia yang aman damai ni. Semoga roh mereka yang syahid ke jalan Allah dicucuri rahmat darinya, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

No comments: