Thursday, June 4, 2009

Cerita Oda

Assalamualaikum...

Hari ni rasa sangat tak bermaya sebab puasa, dah lama tak puasa tu yang letih semacam je tu. Lagi 2 bulan lebih nak Ramadhan, ini antara preparation awal untuk bulan puasa nanti. Dulu selalu jugak la puasa tapi sekarang agak malas nak puasa, nak boleh puasa hari ni pun dah bertangguh berminggu-minggu. Emm tak sabarnya nak berbuka, huhu.

Hari sabtu lepas pergi wedding Wa dengan Che Mah dan Ayub, siap pergi wedding sedara Ayub lagi lepas tu. Wa cantik sangat hari tu, tapi yang tak bestnya wedding ni susah nak cakap ngan pengantin lama-lama. Sempat jugak la jumpa Mai, Yana dan Saad, jumpa saad kejap je sebab dia nak balik dah. Mai dan Yana duk satu meja dengan kitaorang so sempat jugak la berbual dengan diaorang. Saad cakap dia baca blog nih, bila tanya pasal blog dia cakap dia tak ada tapi macam ada je tu. Hehehe Saad apa salahnya share, nanti leh la tau perkembangan semasa Saad.

Emm ok la, dah tak ada idea nak tulis apa, semakin lapar ni idea hilang terus.

(^_^) Oda!! Berusaha!!

Dari Abu Hurairah r.a.

katanya,Rasulullah S.A.W bersabda:

"sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu"

(Hadis riwayat muslim)

No comments: