Sunday, June 28, 2009

Letih

Assalamualaikum..

Shift minggu ni adalah antara shift yang paling memenatkan sepanjang bekerja ni, bukan sebab kerja banyak tapi sebab sepanjang 3 hari kerja shift malam ni tidur sehari Cuma dalam 2-3 jam je. Sepanjang 3 hari ni, setiap hari ada je aktiviti, malam pulak kena kerja, camna la tak penat.

Image ambil dari encik Google

1st day shift – Jumaat
Hari ni ada team outing ke Sunway Lagoon, dalam pukul 12 berkumpul kat ofis dan gerak sama-sama ke Sunway Lagoon. Masa pergi ni naik sekali dengan Nirma dan Redika, sampai kat Sunway dalam pukul 1 tengahari. Main-main semua game dan main air sampai pukul 6 lebih, memang main tak ingat dunia la. Sunway tak banyak berubah pun, game dia masih sama macam 2 tahun lepas, ada la benda baru tapi tak banyak. Sunway ni takde la best sangat, mahal lak tu so kalau korang nak pegi themepark tak payah la pergi sunway better pergi Genting la (hehe..saya pun tak pernah pergi lagi Genting tapi degar cerita macam lagi best dari Sunway je). Masuk Sunway ni tak boleh bawak makanan dari luar, diaorang siap check beg kita lagi, dah la kalau keluar dari situ tak boleh masuk balik dah. Selepas keluar dari Sunway Lagoon, kitaorang makan kat Subway dalam Sunway Piramid, then dalam pukul 7.30 gerak balik office tumpang Zek dan Bally sebab Zek pun kerja sampai pukul 1 pagi. Sampai office dalam pukul 8.15, mula la kerja 1st day sampai pukul 7 pagi. Badan rasa sakit sebab banyak sangat main, lenguh-lenguh tangan dan kaki.

2nd day shift – Sabtu
Balik dari kerja sampai rumah pukul 7.40 pagi, tidur kejap sampai pukul 10 sebab janji nak keluar dengan Rozila dan Na. Tak tahu la kenapa, walaupun tak tidur dan badan lenguh sebab main semalam tapi semangat lagi keluar jalan-jalan ni. Kitaorang pergi breakfast lepas tu pergi hantar kain kat tailor kat Gombak. Balik dari hantar kain kitaorang singgah Carrefour jalan-jalan, saje je pusing-pusing tengok baju. Tengahari tu kitaorang pergi Jusco Setiawangsa yang baru bukak tu sebab nak tengok camna Jusco baru tu. Jusco Setiawangsa ni agak besar la, dia berkonsepkan open air, best jalan-jalan kat sini sebab cantik sangat, dia macam ala-ala Alamanda Putrajaya la design dia, ada taman kat luar. Lepas tu kitaorang pergi ambik adik (kitaorang panggil dia ‘Abe’ sebab dia sorang je adik lelaki dalam family, kitaorang tak ada abang) yang sampai dari Kemaman kat Terminal Putra, sampai rumah dalam pukul 5 lebih terus siap-siap nak pergi office. Then kerja la hari ke dua shift dari pukul 7 malam ke 7 pagi esoknya. Nasib baik kerja tak banyak sangat so dapat la rehatkan diri.

3rd day Shift
Macam semalam balik dari kerja sampai rumah dalam pukul 7.40, sempat tidur dalam sejam sebab pukul 9 pagi gerak ke Puduraya nak hantar Kak Lang (ex-housemate), dia ada kursus kat Melaka dan beli tiket untuk Abe sekali sebab dia kena balik ke Lumut petang ni. Kitaorang breakfast kat Pudu sambil tunggu Kak Lang nak naik bas, dalam pukul 10 pagi kitaorang gerak ke Times Square nak bawak Abe jalan-jalan. Mula-mula tu ingatnya nak main kat Cosmo World tu tapi macam ngeri je permainan dia lagipun baru je pergi Sunway Lagoon hari tu. Kitaorang pun buat keputusan nak tengok Transformer, tengok la movie tu kat IMAX. Emm.. dah lupa dah betapa besarnya screen IMAX ni, sakit kepala tengok Transformer kat situ dah la dekat 3 jam movie dia. Transformer ni memang movie yang ditunggu-tunggu la sebenarnya tapi sebab ramai sangat yang excited nak tengok cerita ni sampai kitaorang macam tak berminat sangat nak tengok, tapi since dekat IMAX tak ramai orang so boleh la tengok tanpa perlu beratur panjang-panjang. Honestly, rasanya ramai yang exaggerate pasal cerita ni, nak kata tak best tu takde la tapi agak boring la maybe sebab cerita ni lama sangat kot, 3 jam macam tengok cerita Hindustan. Balik dari Times Square singgah Jusco Maluri sebab Abe nak beli barang, shopping kejap dan lunch kat Jusco sampai pukul 4. Sampai rumah dalam pukul 4.30, rehat-rehat kejap lepas tu terus siap-siap nak pergi kerja. Macam biasa masuk kerja pukul 7 malam dan habis kerja esok 7 pagi. Kepala tengah pening ni sebab tak cukup tidur, maybe malam ni ada yang tidur dalam office ni, hehe tu la penyakit cari sendiri.

Walaupun letih tapi seronok jugak la sebab dapat jalan-jalan dengan kawan-kawan dan my sisters plus Abe. Rasa berbaloi jugak la walaupun badan ni rasa lenguh-lenguh yang amat dan kepala dah pening, harap-harap tak demam la sebab ada sehari lagi kena kerja. Yeayyy esok last day shift, Selasa ni cuti, tak sabarnya nak duk umah rehat-rehat dan tido <<(#_#)>>

p/s: comel tak design baru blog ni, nampak lagi simple kan (^_^)

No comments: