Huhuhu, keseronokan + kepenatan bercuti masih lagi bersisa dalam diri membuatkan kerja pun antara semangat dengan tak je. Nasib baik la kerja 2 hari je, esok dah off day dah, kekeke (^_^).
Nak updates kisah family day kat Port Dickson tapi gambar tak save lagi nak upload, yang ada pun ambil dari facebook along je. Tapi memang best la bercuti ramai-ramai ni, walaupun ni dah kali ke tiga stay kat Tiara Beach Resort nih tapi kali ni la yang paling best.
My beloved family
Tak ramai sangat kan, emm sebab ma, abah dan family Ayah Li (pak sedara) tak dapat datang kali ni. Ni semua adalah sedara mara belah mak, kitaorang tak ramai sangat sebab ma empat beradik je, dan sepupu pun baru 3 orang yang dah kahwin. Gathering family day ni adalah yang ketiga, yang first kitaorang buat dekat kelantan dan yang kedua lak cuma buat bbq je.
Kitaorang ada kelab family yang diberi nama KEMO, kemo ni adalah loghat kelantan yang kitaorang selalu guna. Maksud 'kemo' sama dengan 'kawe' iaitu dalam bahasa standardnya 'saya', kitaorang selalu dengar nenek sedara kitaorang guna then kitaorang selalu ikut dan akhirnya semua orang guna kemo ni instead of kawe. Even kalau kitaorang guna dengan orang kelantan lain pun diaorang rasa pelik, me myself pun tak pernah dengar orang lain selain my family guna perkataan kemo ni. Sebab tu la Kemo ni jadi nama kelab family kitaorang, rasa macam perkataan ni kitaorang punya personal word.
Next time akan updates lagi cerita family day kat PD ni (^_^).
1 comment:
hehehehe....memang best pun..lepas ni xde plan lagi..kitaorang wat gathering kat kampung je nanti raya...hehehe tapi tahun depan samada kelantan or terengganu laa..emm tak sabrnya..
Post a Comment