Thursday, August 30, 2007

me + weekly plan + ramadhan + syaaban

huhuhuhuhu........lama tol xupdate blog ni..dah dekat seminggu ekk.. emm rasa malas giler nak menulis blog..lagipun mgg ni sibuk memanjang...bagus jugak la kalo tak boring giler rasanya..

semenjak duk kl ni tiap2 mgg keluar... dah lama rasanya xduk umah...kali terakhir hujung mgg duk umah masa sehari b4 accident... rozila lepak kat umah... mgg lepas tu pg umah rozila... mgg lepas pg konvo norha...huhu dah konvo akhirnya... best jugak la pegi UIA..dah lama nak pg tapi tak pegi akhirnya bila norha konvo baru pg.... lama giler dia masuk dewan dari kol 2 sampai dekat kol 5 ptg....sempat jugak me n sue cuci mata tgk bdak2 UIA...hehehehe...yang bestnya norha konvo skali ngan bdak2 medic...huhu apa lagi... cuci mata lagi skali la...hehehe... perancangan mgg ni mgg merdeka ni maybe pg umah rozila esok 31/8...then sabtu ni teman norha beli hp lak...so maybe mgg ni duk umah rozila lagi... perancangan mgg depan pg utm kawin fiza 9/9.... me n tz nak pg naik bas, maybe huda ikut skali...hopefully ramai2 la pg..leh jumpa kawan2 lama..hehehe...

Harapnya masuk bulan poser ni xde plan sgt... keje malam sedey lak rasa xleh nak pg terawih kat surau.... harap2 smpt gak la terawih kat kg sehari ke..emm bulan puasa dah nak datang harap2 bulan berkat ni dapat buat ibadah lebih sikit (ku..ku...ku.... rasa cam semakin lagha jekkk)... buat kawan2 semua selamat menyambut ramadhan al mubarak.... rasanya masa stat blog ni pun dah bulan puasa emm bulan 9 tahun lepas...stat blog ni bulan 8 emm dah setahun tulis blog ni...hehehe ingatnya mesti hangat2 tahi ayam jek...xsangka dah setahun umo blog ni..kikikiki

cakap pasal ramadhan jgn lupa bulan syaaban...sekarang ni bulan syaaban 28/8/2007 hari tu nisfu syaaban... bulan syaaban banyak gak kelebihannya... kelebihan syaaban dah pernah post before ni nak baca klik la link ni (^_^) --> Kelebihan Syaaban

Saturday, August 18, 2007

me + takuya kimura + kawan2 yg nak kawen

huhuhuhu....baru je lepas abis tgk citer takuya Karei Naru Ichizoku aka The Wealthy Family... dah lama xtgk citer takuya...i almost forgot what a good actor he was... kalo suka ngan citer2 takuya yg before ni citer ni mesti tgk sebab mmg best giler.... citer ni serious sebab ckp pasal politik, family conflict, betrayal, love n macam2 la... latar belakang citer ni zaman 70 an.. i bet takuya akan dapat best actor for his role in this dorama...for japanese dorama lovers don't miss this dorama... cececehhh promote lak

hari ni hari mgg...sabtu duk kat ofis rozila...emm hujung2 mgg pun kena keje..ntah pape la.. esok 19/8 sha kawen...emm xleh nak pg la...banyak sgt hal yg jadi bulan ni...pastu fiza kawin mgg depan pun xpg sebab xsempat la.... malam jumaat keje...nak naik bas pagi sabtu mst sampai petang kat kuantan... harap yg utm nnt dapat pegi laa...ramai jugak kawan2 yg nak kawin ni...huhuhu dah besar semua...kepada kawan2 yang dah nak kawen semua...TAHNIAH...Selamat menempuh alam rumahtangga...semoga berbahagia sehingga ke anak cucu...(^_^)

Tuesday, August 14, 2007

me + accident

emm... peristiwa sedey happen masa hari ahad hari tu...me, rozila n my cousin involved dlm accident...1st time accident..ngeri giler biler ingat balik...ktorg kena langgar kat area subang jaya on the way nak pg umah cousin ktorg kat kelana jaya...masa tu salah jalan pastu nak u turn... masa nak u turn tu kena langgar keta dari tepi..masa tu hujan so keta laju sgt..kena langgar ngan hyundai accent... kesian kat driver tu dia patah kaki..then my cousin lak injured sket...me n rozila alhamdulillah xde pape...masa kena langgar tu ya Allah punya la terkejut...rasa seram sejuk jek...xleh bayang camna perasaan rozila... keta teruk gak la....tp xkesah la janji semua selamat..

pastu malam tu tgk berita ada lak accident bas kat perak tu...20 org meninggal dunia..iskh3 ngeri...xtau nak ckp apa... bahaya tol la sekarang ni..ramai pemandu yg anggap benda2 ni remeh... apa xsayang nyawa ke..kalo penat tu rehat la...kalo tgh hujan ke..tmpt ramai org ke..kawasan bandar ke sekolah ke...tak reti2 nak bawak slow...ingat kita sorang jek anak bini kat umah...xpasal2 org xbersalah yg jadi mangsa...pastu perangai org kt...semua nak cepat jekk...kalo org lambat sket hon jekkk...macam la umah or ofis dia lari jek kalo lambat sket...dah tau lambat bgn la awl2 pg keje...emm ni tidak salahkan jam la.... hujan la...pastu kalo perempuan bwk jek kutuk...kalo xstat bawak camna ktorg nak pandai cik abg oiii.... biasa la perempuan ni xberani sgt..ktorg bukan berani nak main potong jek keta kalo keta depan lambat...benda2 ni kena biasakan diri...sepatutnya pemandu yg dah lama paham la situasi pemandu baru ni... org ni mmg suka kondem sesama sendiri...org lain sumer salah..kt je yg betull....emmm teremo lak

pe2 hal pun berhati-hati lah di jalan raya...jgn ikut perasaan kelak binasa diri...kalo tgh memandu tu tetiba rasa nak marah masa tgh memandu tu istifar la bebanyak...kurangkan kemarahan ekk...pastu kalo ngantuk tgh memandu tu berenti dulu...minum ke.. call la anak bini kat umah..ingatlah org tersayang.. last but not least don't drink n drive

Friday, August 10, 2007

ge..ge..ge...huhuhuhu

hahahahaha...comel tul lagu nihhhh.... macam sesuai jek ngan icon gambar kat profil tuh..kikiki



-Ge Ge Ge No Kitarou by Teppei Koike-

Wednesday, August 8, 2007

me + kisah semut

nothing much to say today...dont have idea to write...but i will paste a very nice story i read at Raudah long before...a very nice one, i like it very much..its something we have to think of.... ok la..enjoy this story..(^_^)

Iman Semut vs Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:
" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Tuesday, August 7, 2007

keluhan rasa, pasti ada hikmah di sebaliknya

Untuk renungan kt bersama...sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita... copy n paste dari Raudhah

Keluhan rasa, pasti ada hikmah di sebaliknya

"AKU TAK DAPAT TAHAN!!!"
Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

"KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

"APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?"
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mumin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

"BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?"
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200...."Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

"RASA FRUST?"
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." Surah Al-Imran ayat 139

"KENAPA UJIAN SEBERAT INI?"
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

"KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?"
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

"KENAPA AKU DIUJI?"
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Monday, August 6, 2007

me + port dickson + merdeka

assalamualaikum....

emm..xde idea nak tulis blog nih actually...tp sebab boring sgt xtau nak wat apa..so menaip je la apa yg ada kat kepala ni... hari ni masuk keje kol 10 abis kol 7 tp tgg nurul abis keje kol 1 pg baru leh balik...nasib baik la esk keje masuk kol 3..xde la penat sgt esk...

my aunty ada operation lusa..emmm risau lak.. insyaAllah ok ckp my uncle..operation ni xde la besar sgt...minor operation jek... semoga cepat sembuh ekk mokcik ekk..

last weekend pg port dickson...kat tiara beach resort...mana beach dia ntah..tiara ni xde beach tp dia punya waterpark best jugak la...main air xingat dunia gak la me n zila...xpegi pun pantai port dickson tu..tgk dari tepi je..emm ok la...nak kata secantik terengganu tu jauh la..tp still cantik la...emm indahnya ciptaan tuhan..subhanallahh (^_^)... beli la omiage(cenderahati) for my family...beli baju jek sebab xtau nak beli apa...hehe

masa sampai port dickson sabtu hari tu me n zila sampai awl..kol 10 dah sampai..along gerak dari rompin jauh gak la..kol 12thari baru sampai..so me n zila pegi jalan2 kat port dickson dulu...ktorg nampak muzium tentere..actually me n zila xpernah pg mana2 muzium..so bila nampak muzium tu excited la jugak...hehehe.. menarik gak la muzium tu..almaklumlah ktorg ni anak polis so tgk keta kebal..meriam ni macam nostalgik gak la..nak2 bulan merdeka ni..hehe sebab masa kecik dulu ayah ktorg polis hutan...duk kat kem cam askar gak la...selalu wat pameran ni masa hari tentera or hari polis...sekarang jek my father polis biasa... kt sempat gak la masuk ke dalam terowong pkm (parti komunis malaya) yang ada kat situ...kagum gak la..camna la diaorg korek terowong tu zaman dulu...siap ada bilik bedah n bilik mesyuarat lg tu tp bilik bedah dia xde la canggih macam kat hospital tu..pastu ada laluan rahsia lg...emm macam2 org zaman dulu wat nak survive kan... emm pkm tu dia punya misi untuk rakyat tp diaorg ni salah konsep...mesti ke nak bunuh org kalo org lain xleh terima idealogi kita...pastu kat muzium tu ada tugu memperingati pahlawan yg mati di medan perang...waaa sadiss tolll

masa jejalan kat muzium tu teringat citer bukit kepong...emmm anak2 polis mmg ada perasaan camni sebab dalam citer tu tgk berek polis kena serang..xleh banyang camna kalo berek ktorg kena serang...kuat tol semangat polis n family diaorg masa tu sampai wife diaorg yg xpernah pegang senjata tu pun berperang gak...ishk..ishk semoga roh mereka semua bersama org yg solehh...

emm dalam xde idea tu panjang gak merapu ekkk...hehe ok la sampai sini je la..

Thursday, August 2, 2007

macam2 hal

huhuhuhu...dua hari ni keje stat pkul 12-9pm... tp balik around 1 am sebab nurul masuk keje kol 4pm...kena la tgg dia sebab nnt nak balik ngan sape kan...xpe la sementara ni sabar je la...huhu..shiff hari ni dah abis...xtau nak wat apa still duk kat dalam ofis ni.. kalo call masuk jawab je la..bukan ada keje pun kan..

hari ni ada lawatan dari SHRDC...hehehe so semua org berkumpul hari ni..huhu rindunya masa kat shah alam hari tu...bising satu ofis hari ni..kecoh bila ktorg wat reunion kat depan td...hahaha

status sekarang adalah mengantuk....semalam balik lambat gak..nak tido kat surau tp xleh lak sebab bising bunyi aircond... nak tido kat rest room tu malu la pulak sebab ramai yg lalu lalang tp kalo duk kat sofa tu rasa nak tido jek...rasanya org kat ofis ni dah xde perasaan tgk ada sorang bdak pompuan tido kat situ...huhu kadang2 tu rasa cam hantu jek merayau-rayau kat ofis memalam buta...kejap main pool..kejap duk kat pantry...kejap tgk tv..kejap tertido kat rest room tu...emm kalo ada org yg jaga cctv kat situ mst pelik kenapa la bdak ni merayau-rayau xnak balik ke...huhu

dah pukul 10.30...huhu lg 2jam 30 min nak balik..xsabar lak...esk keje pagi masuk kol 10 sebab ganti selvi dia cuti esokkk...emm penatnyaaaa xpe la lusa dah cuti..

ckp pasal cuti...this week pegi port dickson...sekolah along wat family day...huhuhuhu best gak sekali sekala jalan2 nih...leh mandi laut...huhu sukanya pg pantai..xpernah pg port dickson..org ckp xsecantik pantai kat terengganu..huhu tgk la nnt...