Sunday, January 9, 2011

Oda dalam dilema

Assalamualaikum…

Wahh saya sangat rindu nak bercerita dalam blog ni, kesibukkan melanda saya sepanjang dua minggu ni. Maklumlah, masuk tahun baru dan juga semester baru serentak macam-macam perkara perlu perhatian saya (huhu macam sibuk sangat je ek). Di tambah dengan masalah TM yang masih tak selesai, rasanya dah tak larat nak marah dah ni.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Gambar atas ni tak ada kaitan dengan entri kali ni tapi saya suka ayat dia, owhh terasa walaupun saya takde la berperangai baik dan lemah lembut, jom muhasabah diri lagi.

Hari ni kelas pertama untuk semester 2-2010/2011 dah bermula, perasaan saya bercampur baur (cewahh ayat tak tahan). Gembira sebab rindu nak belajar, malas nak pergi kelas (biasa la tu), tak sabar nak jumpa rakan sekelas yang dah sebulan tak jumpa, penat sebab baru lepas kerja malam dan macam-macam lagi. Bila dah mula kelas tu macam biasa la pulak, bila dah lama tak jumpa mula la bercerita dan bergurau senda, huhu. Kelas hari ni ok, seronok jugak la walaupun saya tak berapa gemar subjek ‘IT Project Management’ ni , kredit kepada lecturer yang best dan cute (walaupun dah tua tapi lawak dia sangat comel, hehe).

Saya sedang dalam dilema sebenarnya, team lead saya mintak saya masuk kerja normal hours (maksudnya kerja dari 8.30 pagi – 5.30 petang, isnin sampai jumaat – ye saya tau korang dah tau tapi nak cakap jugak). Disebabkan saya dah kerja shift masuk tahun ke empat tahun ni, saya sayang pulak nak tinggalkan empat hari cuti tu (sekarang ni saya kerja 4 hari kerja, 4 hari cuti – ye sekali lagi saya tau korang dah tau, hehehe). Macam mana kalau saya rindu nak cuti hari biasa? Dah la kelas tiap-tiap minggu lak tu, tak de hari rehat la nampaknya.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Hati saya masih berbelah bagi, huhu

Dah banyak kali sebenarnya di offer kerja normal hours tapi kali ni macam kena jugak dan saya sebenarnya nak jugak merasa macam mana kerja normal ni. Lagi satu saya berat jugak nak masuk normal hours ni sebab saya dah malas nak cakap dengan mat salleh sebenarnya. Iye, selepas tiga tahun kerja dengan mereka saya dah tak larat dah. Tapi tu la, saya risau tak boleh nak cope dengan cara hidup baru ni, emmmm pening-pening.

Bila dah pening macam-macam kita pikir kan, baik saya tenangkan fikiran dulu. InsyaAllah kalau kena masuk kerja normal hours bulan febuari ni mula, jadi dalam seminggu dua ni boleh la fikir-fikir dulu (@_@).


p/s: Tajuk dalam dilema tu macam over je kan, sekali sekala berdrama apa salahnya ek.

4 comments:

Anonymous said...

igtkan oda dalam dilema nk kawin hihihi.. skrg ni kt sgt kagum ngan oda... keje + study...mesti boleh punye..go oda go...

chucky_marine

munie said...

oda...dop pe la...keje ofis biase best pe..heheh...

org follow oda..follow la kite balik..keh2

Anonymous said...

rindu ah kat oda..

oda sihat dop?

Oda-オダ said...

#chucky_marine: huhu bila la agaknya oda nak kawin ekkk...kalo pasal kawin tu hari-hari dalam dilema, camna tu... tak payah la kagum ngan kita che mah, dalam kelas kita ada lagi 17 orang yang keje + study, ada tu yg dah ada anak sekali...

#munie: emm tu la yang tengah cuba nak try tu, insyaAllah macam masuk keje normal je lepas ni... huhu i dah follow u dahh (^^)

#TZ: rindu kamu jugak, oda sehat jek, bertambah sehat adalah...tz camna?? duk jauh ok?? Tak rindu nok duk KL ke??