Percaya atau tidak sekarang ni saya menaip entri blog ni dari McDonald, wawawa masih bengang dengan TM yang hampeh tu. Saya dah tak ingat berapa kali kitaorang telefon TM pasal masalah yang tak tahu bila akan selesai tu. Servis macam tahun 80-an, bila tanya diaorang cakap ada migration kat area rumah kitaorang, waa giler bangang buat migration main tutup line macam tu je, tak ada backup line ke?? TM bukan company kecik, takkan buat migration tak ada proper planning.
Tak pasal-pasal semua entri saya tahun ni mesti nak marah TM, mentang-mentang la dia yang dominate broadband service kat Malaysia ni jadi apa-apa masalah ambil sambil lewa je. Ni dah masuk minggu ke-3 rumah kitaorang tak dapat nak akses internet, siapa la boleh sabar macam ni. Dalam rumah saya ni semua orang belajar part time, banyak kerja nak kena buat, tu tak kira kerja office lagi. Agaknya diaorang ingat kitaorang pasang internet ni suka-suka cuma untuk baca berita dan gosip online je, Servis slow boleh jugak di tolerate tapi ni memang tak ada servis langsung, korang bukan jual servis ke. Patutnya top priority adalah pastikan semua servis ok.
Vision
"To be Malaysia’s leading new generation communications provider, embracing customer needs through innovation and execution excellence"
Mission
-Strive towards customer service excellence and operational efficiency
-Enrich consumer lifestyle and experience by providing innovative new generation services
-Improve the performance of our business customers by providing high value information and communications solutions
-Deliver value for stakeholders by generating shareholder value and supporting Malaysia’s growth and development
TM's vision and mission, I don't think they execute and deliver the vision and mission well - Oda
Bayangkan masa saya call TM, diaorang cakap ada migration sebab tu kitaorang ada problem akses internet. Hai dah masuk minggu ke tiga baru cakap ada migration, kalau kitaorang tak call tak tahu apa-apa tu. Tak ada inisiatif langsung dari pihak TM nak contact customer diaorang pasal masalah ni, boleh je biar kitaorang tak dapat servis macam tu je. Diaorang cakap area rumah kitaorang ni ada lebih kurang 80 buah talian ada masalah, kalau dah banyak macam tu sekali bukan patut lagi cepat ke buat kerja ni macam tak ada progress pun.
Nampaknya saya kena tenangkan hati ni, setiap kali cakap pasal benda ni buat hati saya panas jek. Alang-alang kat McDonald ni makan aiskrim ok gak ek. Ok la harap korang tak panas hati macam saya ni, yang tengah ada masalah dengan TM jugak saya ucapkan Goodluck, tak tahu bila boleh selesai masalah tu, sarkastik ek emm with service like that they deserve it.
p/s: Panjang lebar dan penuh emosi entri saya hari ni kan, saya fikir mahu tukar ISP la. Apa yang ok ek, susah la tak ada internet nak baca email pun tak boleh.
1 comment:
Keep calling them.. sampai dorang naek jemu.. kalo wait and see..memang lambat la dorang nak mai servis
Post a Comment