Dah masuk tahun 2011 dah kan, saya tak ada akses internet sejak 2 minggu lepas jadi blog tak dapat nak diupdates. Masalah tu masih lagi tak selesai, dah banyak kali saya call TM, ada cable/equipment problem katanya (nak baiki cable pun ambil masa 2 minggu, giler lembap servis TM). Pulak tu minggu ni nak kena daftar subjek dan bermacam-macam lagi, terpaksa la pergi UTM untuk daftar subjek, leceh betul la. Awal-awal tahun dah spoil sebab TM ni.
Selamat kembali ke kampus, rasa macam tak cukup je cuti(@_@).
Ok la tak nak la cerita benda tak best je awal-awal tahun ni. Saya tak ada idea nak tulis apa sekarang ni (kat library UTM sekarang ni), jadi untuk entri kali ni cuma nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2011' kepada semua, 'Semoga Tahun Ini Lebih Baik Dari Tahun Lepas, InsyaAllah!!'. Harap semua perkara yang baik-baik sahaja untuk semua tahun baru ni ok. Apa azam saya tahun ni?? Emm saya nak teruskan azam tahun lepas, menjadi sang pemimpi, semoga mimpi saya dan kamu semua akan jadi nyata tahun ini, InsyaAllah (^_^). Kalau tak jadi nyata tahun ini, jangan putus asa mungkin tahun depan teruskan usaha insyaAllah akan berjaya.
p/s: Niat tambahan, nak jadi anak, pelajar, pekerja dan hambaNya yang lebih baik, huhu (^_^)
No comments:
Post a Comment