Saturday, January 22, 2011

Definisi Cantik Oda

Assalamualaikum…

Saya terbaca satu artikel bertajuk ‘Siapa yang cantik’ di iluvislam hari ni, sebagai perempuan memang tak dinafikan kami semua mahu cantik. Definisi cantik berbeza bagi setiap orang, sebab tu ada ayat ‘beauty lies in the eyes of the beholder’. Iye la ada yang kata si putih mulus tu cantik, ada yang suka si hitam manis, tu baru bab warna kulit tu. Malahan banyak kata-kata yang menggambarkan kecantikan paras rupa, contohnya bibir merah bak delima, pipi bagai pauh dilayang, hidung umpama seludang (cantik ke ni??) dan macam-macam lagi. Ada jugak tengok kecantikkan dalaman, hati yang baik, senyuman yang menawan, personality menarik, kuat pegangan agama dan macam-macam lagi. Huhu, agak-agak korang suka yang mana satu?


Masyarakat sekarang seperti menjadi hamba kepada kecantikan. Saya sangat suka menonton drama Korea dan rancangan hiburan Korea, satu perkara yang sangat ketara adalah masyarakat Korea sangat obses dengan kecantikan. Mereka ada standard untuk semua perkara contohnya ‘double eye-lid’, saiz kepala yang kecil, kulit yang putih dan macam-macam lagi, orang yang memenuhi standard itu di label cantik. Di sana kanak-kanak sedari umur 10 tahun lagi sudah bercita-cita untuk membuat pembedahan plastik, sebab itulah industri pembedahan plastik adalah antara industri terbesar di Korea. Bila menonton rancangan hiburan Korea ciri-ciri fizikal sentiasa di sebut-sebut dan dibanding-bandingkan, percaya atau tak diaorang siap boleh ukur saiz kepala orang untuk melihat siapa yang mempunyai kepala yang paling kecil. Saya memang tak dapat nak proses la macam mana perkara tu perlu, tak faham macam mana minda diaorang ni berfungsi.

Bagi saya kalau nak cantik tak salah tapi jangan sampai rasa cantik tu perkara paling utama dalam hidup sampai kita tak nampak benda lain. Paling menakutkan ada yang sanggup mengubah ciptaan Allah dengan pembedahan plastik. Semua ciptaanNya itu cantik, kadang-kadang tu tuan empunya yang buat pembedahan plastik tu bukan tak cantik tapi merasa diri tidak cukup cantik. Kita mesti ingat semua hambaNya cantik pada pandangan Allah, adakah pandangan kita hamba yang hina ni lagi penting dari pandangan Allah? Jadi itulah pentingnya kita memandang dengan pandangan hati kerana pandangan mata selalu menipu, hati yang bersih akan memberi pandangan yang paling jelas. Mari kita semua bersihkan hati kita (^_^).


Memang sifat manusia suka yang cantik-cantik semua, tak kira la cantik paras rupa, malah rumah dan kereta pun kita mahu yang cantik-cantik je. Jadi apa tujuan saya menulis hari ni ek, saya rasa zaman sekarang cantik tu dah jadi satu keperluan pulak. Maksudnya kalau tak cantik tak boleh, mesti jugak kena cantik. Walaupun tak semua orang yang rasa ‘cantik’ tu penting tapi keadaan sekeliling yang sentiasa mengagung-agungkan kecantikan memberi mesej yang salah kepada generasi baru. Saya harap saya tak menjadi hamba kepada kecantikkan ni. Melihat ramai yang obses dengan cantik buat saya rasa gerun, suka cantik tu boleh tapi biarlah berpada-pada.

p/s: Cantik di mata mengasyikkan, cantik di hati menenangkan, cantik kerana Allah mendamaikan, mana satu yang kita mahu??

4 comments:

munie yg cntk..:p said...

em oda..org nk cntk semua..haha!em mmg la kan..dunia ni,cntk org akan pndg..hnya yg pndai menilai je leh tgk cntk x seseorg tu..semoga kt tergolong cntk dr pndgan Allah..:)amin..

Oda-オダ said...

Amin..insyaAllah munie (^^)

Anonymous said...

cantik sgt subjective..

bg aku, hitam manis itu cantik..

bagi oda! oh no..hitam hitam tak mau..kekekekkee.. (masih igt tak kat isma, rumet aku tu....)

Oda-オダ said...

kekekke....ohhh hitam manis tu memang cantik dimata tz.. ingat lagi la kat isma, dia katna sekarang ek..lama tak dengar citer..