Saturday, January 29, 2011

Korean Drama: Secret Garden

Assalamualaikum...

Saya baru lepas 3 hari offdays yang terakhir sebelum saya memulakan kerja normal hours saya minggu depan (tak jugak sebab saya cuti sepanjang minggu chinese new year, huhu). Sepanjang tiga hari saya cuma duduk rumah dan membuat salah satu aktiviti kegemaran saya iaitu menonton drama sepanjang hari, hehe dah lama tak buat drama marathon. Sambil-sambil tu saya buat draf untuk assignment saya jugak, saya rasa macam zaman-zaman belajar full time dulu je buat benda-benda ni.

Secret Garden yang best

Jadi sepanjang 3 hari ni saya berjaya menghabiskan satu drama korea yang sangat best. Dah lama saya nak tengok cerita ni tapi tak ada masa. Drama yang best tu adalah Secret Garden, dua-dua watak hero dan heroin adalah pelakon feveret saya - Hyun Bin dan Ha Ji Won. Siapa yang suka tengok korean drama sila la tengok cerita ni, mesti korang suka. Cerita ni dah masuk dalam feveret korean drama all time. Saya malas nak cerita sinopsis, kalau berminat sila google ek. Tapi kalau korang nak tengok online sila la ke sini.


Secret Garden OST - That Woman by Baek Ji Young

Entri kali ni adalah untuk promote drama ni je, jarang jugak saya buat entri untuk drama tapi sebab saya sangat suka cerita ni jadi nak jugak promote, huhu. Harap korang pun akan suka jugak, cerita dia agak mengarut sikit tapi saya boleh terima dan cerita ni bukan melodrama ada part sedih tapi tak banyak (saya benci melodrama). Satu lagi OST drama ni sangat best jugak (^_^).

p/s: Emm rasa nak tengok lagi sekali la citer ni....

No comments: