Friday, May 28, 2010

Cuti

Assalamualaikum...

Hari ni hari Wesak, cuti umum di Malaysia tapi saya di office berbloging bekerja. Ikutkan hati nak je duduk rumah tapi cuti umum ni datang kerja dibayar, pastu masa drive pergi office pun tenang je sebab jalan tak banyak kereta, nampaknya orang KL duduk rumah atau balik kampung cuti kali ni.


Tak ada idea nak menulis pun sebenarnya, saje je sebab mata dah layu mengantuk dan kebosanan di office ni. Selamat bercuti buat korang-korang yang bercuti, saya sangat jeles tapi tak apa la saya cuti lain kali. Bulan depan nak balik kampung juga, tak sabar pulak nak bercuti. Bulan depan jugak cuti sekolah, selamat bercuti buat adik-adik dan cekgu-cekgu semua. Saya pun nak cuti 2 minggu jugak (@_@).

p/s: kan best kalau tak payah kerja, cuti je memanjang...emm angan-angan

Tuesday, May 25, 2010

Exercise

Assalamualaikum...

Tak ada cerita menarik untuk ditulis cuma rasa nak menulis je. Baru balik kerja shift malam ni, tadi makan nasi lemak jadi kenyang yang amat. Mata mengantuk tapi tak boleh tidur lagi sebab baru lepas makan kan, nanti senak perut bila bangun karang.

Duk depan tv ni layan Hot FM AM krew best jugak, topik pagi ni pasal pengangkutan awam. Menarik kan, teringat masa zaman naik pengangkutan awam dulu. Seronok jugak sebab macam-macam ragam orang boleh tengok. Sejak ada kereta ni memang jarang la naik bas atau LRT, bila sekali sekala naik rasa excited pun ada.

Sejak semalam sakit belakang je, tak tahu la kenapa mungkin sebab kerja duduk je kan. Jadi kena la banyak bergerak sikit sekarang ni, kalau kat office tu selalu gak la buat stretching kat meja. Dah semakin berumur ni badan mudah je rasa letih (owhh saya rasa sangat tua), zaman muda belia dulu kalau kerja lama pun ok lagi. Sekarang ni asal kerja lebih sikit je mula la rasa lenguh-lenguh badan. Satu sebabnya kurang exercise gak, dulu kalau tak exercise pun nak pergi kuliah kena menapak gak sebab fakulti atas bukit. Lepas tu ada jugak latihan silat dua kali seminggu, cergas la jugak zaman muda belia dulu.

Ops kena la amalkan gaya hidup sihat ni, imej ambil dari encik Google

Emm kena ambil masa untuk beriadah dan berekreasi ni atau kalau rajin lagi exercise la. Cakap pasal riadah, saya suka pergi taman atau tasik, dekat rumah ni pun ada gak tapi kalau tak ada geng nak pergi tak best jugak. Dulu masa kat UTM pun selalu gak pergi tasik, rindu lak nak tengok ikan berebut roti kat tasik UTM tu. Pernah jugak la pergi taman kat rumah ni sorang-sorang, bosan tapi sekurang-kurangnya boleh tenangkan hati dan otak tengok pokok-pokok hijau dan tengok jejaka hensem budak-budak comel main, huhu macam-macam ek.

Cakap pasal exercise pulak, padahal baru je lepas makan nasi lemak tadi, huhu. Ok la nak ken pergi tido la, malam ni kerja lagi (+_+) ZZzzZZzz....

p/s: Rindu nak pergi latihan silat, rindu nak belasah orang sebenarnya...

Friday, May 21, 2010

VISI dan MISI

Assalamualaikum....

Imej ambil dari encik Google

Dalam entry yang lepas ada cerita pasal sambung belajar kan. Emm tengah pening memikirkan yuran yang sangat mahal itu. Kalau course lain tak ada la mahal sangat tapi alang-alang sambung belajar baik ambil yang kita suka kan. Emm keseluruhan course ni RM20, 000 kalau course biasa dalam RM11, 000 je. Nampaknya kena la bekerja keras ni, terpaksa la lebih rajin buat OT dan merancang budget.

Visi saya sekarang bertumpu kepada sambung belajar ni, yang lain kemudian cerita one step at a time. Dan misi adalah nak bekerja keras utuk kumpul duit, InsyaAllah tak susah kot nak kumpul duit untuk bayar yuran ni. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan ek. Bila difikir balik saya patut sambung belajar lama dari tahun lepas lagi, dengan adanya visi dan misi untuk dicapai ni buat saya lebih berusaha, huhu.

Nak cerita lebih lanjut pasal course ni pun nanti dulu la, tak confirm lagi saya akan terima walaupun hati dah 80% memang nak terima tapi tak hantar lagi pun surat penerimaan tu. Bukan sengaja nak lambat-lambat tapi nak tengok option lain jugak. InsyaAllah kalau dah betul sedia, minggu depan akan hantar surat tu.


Tak tahu apa akan jadi masa depan, mungkin susah nak sambung belajar sorang-sorang, part time pulak tu. Nak kena kerja lagi, study lagi kan sebab tu la sekarang hati masih ragu-ragu, tengah mentally prepared untuk apa yang akan jadi. Risau jugak bila mula kelas nanti saya sorang je yang terkapai-kapai sebab kurang pengetahuan tapi itulah gunanya belajar kan. Apa-apa pun bak kata-kata dalam gambar kat atas la, perjalanan masih panjang dan Allah sentiasa bersama kita.

p/s: Saya masih agak skeptikal dengan diri sendiri sebenarnya (emm saya adalah orang yang malas), tapi kalau tak mula macam mana nak capai mimpi...Ganbate Ne!!!

Tuesday, May 18, 2010

Mimpi-mimpi Oda

Assalamualaikum...

I have a dream, gambar ambil dari encik Google

Baru lepas dari minggu yang sibuk dan memenatkan, saya gembira esok saya akan kembali bercuti selama 3 hari. Sepanjang cuti minggu lepas berada di hospital sungai buloh, sepupu masuk hospital. Tak tahu sakit apa tapi dia muntah darah yang sangat banyak, alhamdulillah minggu ni dah boleh keluar hospital. Sepanjang di hospital sungai buloh banyak kembalikan nostalgia kami (keluarga saya) tahun lepas berkampung di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) semasa sepupu saya menjalani pembedahan jantung. Bila tengok orang sakit buat saya insaf, ingat lima sebelum lima, sihat sebelum sakit.

Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.

Selain berita yang kurang menyenangkan ini, saya menerima satu berita gembira. Akhirnya saya akan sambung belajar tapi separuh masa je la. Saya masih sayangkan pendapatan sekarang, tak mampu nak buat sepenuh masa. Tinggal bersama dengan rakan serumah (housemate) yang semuanya sedang sambung belajar membuatkan saya juga mahu sambung belajar, huhu. Saya memang bercadang sambung belajar tahun ni, rindu nak kembali belajar. Lagipun azam saya tahun ini adalah nak jadi 'Sang Pemimpi', sambung belajar adalah salah satu mimpi saya.


Saya gembira saya baca buku Sang Pemimpi sebab ia membuat saya mahu menjadi sang pemimpi (dreamer). Banyak lagi mimpi-mimpi yang saya ingin capai, insyaAllah saya akan cuba laksanakan satu demi satu. Apa-apa pun mimpi tak akan menjadi nyata tanpa usaha, yang penting kenalah berani untuk memulakan langkah pertama, jom kita kejar mimpi kita.

p/s: cerita pasal mimpi buat saya rasa mengantuk..lambatnya habis keje (+_+) ZZzzZzzzz..

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu dan salam hari ibu buat semua ibu,mak, mama, moms, umi dan yang seangkatan dengannya. Entry kali ini didedikasikan khas buat semua ibu dan insan nombor satu dalam hidup saya (cewahhh), Puan Ruhani binti Ibrahim. Selamat hari ibu, semoga ma sehat, panjang umur dan dimurahkan rezeki.



Jom kita ucapkan selamat hari ibu dan mendoakan ibu kita tak kira la yang masih ada ibu atau yang telah tiada. Tiada yang lebih berharga daripada doa anak yang soleh (^_^). Mak ayah kita tak adalah mengharapkan sangat anak-anak bagi hadiah yang mahal, cukuplah kalau kita ingat dan balik selalu. Tapi kalau nak kasi hadiah pun apa salahnya kan, huhu.


Dari Abu Hurairah radiyallahu'anhu:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W, dia bertanya "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?"
Baginda S.A.W menjawab, "Ibumu." "Kemudian siapa?" "Ibumu." "kemudian setelahnya siapa?" "Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu kembali bertanya, "Lalu siapa?" "Ayahmu," jawab Baginda S.A.W

p/s: Rasa cam nak balik kemaman lagi jek..

Wednesday, May 5, 2010

Updates Lagi

Assalamualaikum...

Imej ambil dari encik Google

Sangat rindu nak membaca blog-blog semua, yela sekarang kat office tak leh baca blog kan. Bila kat rumah lak malas nak bukak komputer. Rindu jugak nak updates blog. Minggu lepas balik Kemaman, alhamdulillah akhirnya terubat jugak rindu. Sekarang agak sibuk dengan kerja jek, tak ada apa-apa yang menarik pun. Cuti minggu lepas selain balik Kemaman sempat jugak habiskan 2 buah novel tapi terbeli pulak 2 buku baru jadi jumlah buku yang pending tetap sama. Rasanya kena banned dari masuk kedai buku ni, banyak sangat buku yang tak terhabis baca lagi ni tu tak kira yang baca separuh tu.

Dah masuk bulan Mei kan, kejap je dah bulan 5. Bulan ni tak ada apa perancangan menarik, rindu nak bercuti tapi rasanya bulan ni tak boleh kot. Sepanjang bulan ni sibuk dengan kerja sebab ada system transition jadi selain kerja banyak training yang perlu dihadiri, belajar benda baru bagus jugak tak ada la bosan sangat dengan kerja. Harap semua perancangan berjalan dengan lancar, insyaAllah.



Sekarang tengah baca buku pasal Anne Frank, The Diary of A Young Girl. Dia bukan penulis tapi ini adalah diari dia masa dia dan keluarga dia hide dari German (Hitler) sebab diaorang ni Jews. Hitler kan anti-jews jadi dia dan keluarga semua menyorok dari orang luar, diaorang hidup dalam bangunan office ayah dia selama 2 tahun, tak pernah keluar pun. Walaupun ni buku pasal jews, emm tapi cara Anne describe hidup dia sangat menarik. Diari dia ni dah di-translate ke lebih 40 bahasa, menarik sangat buku ni. Kalau nak tau lebih lanjut pasal kisah ni sila la Google ek.

Sebenarnya banyak benda nak tulis lagi tapi bila dah mula menaip tadi idea tak ada la pulak. Sekarang ni kalau kat office selalu fikir nak updates blog, huhu itu la kalau benda yang tak boleh tu nak sangat buat kan. Ok la dah merapu la pulak, till we meet again. Daa

p/s: Errrr...Emmmm....waaa tak ada idea nak tulis dah..