Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu dan salam hari ibu buat semua ibu,mak, mama, moms, umi dan yang seangkatan dengannya. Entry kali ini didedikasikan khas buat semua ibu dan insan nombor satu dalam hidup saya (cewahhh), Puan Ruhani binti Ibrahim. Selamat hari ibu, semoga ma sehat, panjang umur dan dimurahkan rezeki.



Jom kita ucapkan selamat hari ibu dan mendoakan ibu kita tak kira la yang masih ada ibu atau yang telah tiada. Tiada yang lebih berharga daripada doa anak yang soleh (^_^). Mak ayah kita tak adalah mengharapkan sangat anak-anak bagi hadiah yang mahal, cukuplah kalau kita ingat dan balik selalu. Tapi kalau nak kasi hadiah pun apa salahnya kan, huhu.


Dari Abu Hurairah radiyallahu'anhu:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W, dia bertanya "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?"
Baginda S.A.W menjawab, "Ibumu." "Kemudian siapa?" "Ibumu." "kemudian setelahnya siapa?" "Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu kembali bertanya, "Lalu siapa?" "Ayahmu," jawab Baginda S.A.W

p/s: Rasa cam nak balik kemaman lagi jek..

2 comments:

JanuskieZ said...

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

munie said...

wah....best2...oda sambung master kat ne?