Wednesday, January 6, 2010

Sang Pemimpi

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2010

Sekejap je hari ni dah 6hb dah kan. Di awal tahun baru ni saya agak kurang bermaya dan kurang motivasi sedikit. Rasa malas sangat nak bekerja, nak rehat-rehat kat rumah je.

Awal tahun baru kita semua mesti cakap pasal azam kan, nak kata saya ada azam yang spesifik tu tak de la tapi tahun ni saya berazam untuk cuba menjadi sang pemimpi (dreamer). Baru je lepas habis baca buku kedua dari tetralogi Lasykar Pelangi iaitu Sang Pemimpi karya Andea Hirata.

Novel Sang Pemimpi, imej ambil dari encik Google

Maksud sang pemimpi ini adalah orang yang mempunyai impian (mimpi/dreamer bak kata omputih). Novel ni bercerita tentang tiga watak utama iaitu Ikal (Andrea Hirata sendiri), Arai dan Jimbron, tiga anak muda yang bercita-cita ingin sampai ke Paris meskipun mereka adalah orang yang sangat miskin. Jika Lasykar Pelangi saya paling suka watak Lintang tetapi dalam Sang Pemimpi saya sukakan watak Arai. Kata-kata dari Arai yang paling saya suka dalam novel ni, Arai adalah orang yang sangat positif.

“Biar kau tahu kal, orang seperti kita tak punya apa-apa selain semangat dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu

“Orang seperti kita, andai tidak bermimpi, akan MATI”

[Kata-kata Arai dari novel Sang Pemimpi]

Disebabkan buku ini buat saya mahu menjadi sang pemimpi juga, tidak kiralah mimpi itu besar atau kecil saya mahu cari mimpi saya sendiri. Jadi azam saya adalah mahu berusaha mengejar mimpi saya. Emm apakah impian saya, banyak sangat sebenarnya, tapi tak tahu mana satu yang betul-betul saya mahukan. Rasanya semua orang pun punya impian kan, semoga impian korang semua tercapai.

"Every great dream begins with a dreamer. Always remember, you have within you the strength, the patience, and the passion to reach for the stars to change the world."

[Harriet Tubman]


Tetralogi Lasykar Pelangi ada empat buku, #1-Lasykar Pelangi, #2-Sang Pemimpi, #3-Endesor dan #4-Maryamah Karpov. Semua karya ini adalah kisah hidup Andrea Hirata sendiri, semua watak-watak dalam novelnya adalah watak sebenar. Inilah sebab kenapa saya sukakan novel ini, novelnya seperti fantasi tetapi ia adalah kisah benar. Saya ada semua buku kecuali Endesor, tak jumpa cari kat MPH, ingatnya nak cari kat Popular tapi tak terpergi lagi ke Popular ni. Lagipun bulan ni dah empat buah buku beli jadi terpaksa pending dulu Endesor ni, tak nak skip urutan cerita jadi Maryamah Karpov pun terpaksa pending juga. Asal tengok buku Maryamah Karpov tu nak sangat baca tapi sabar je la nanti confuse lak kalau tak baca ikut turutan.

Sekarang tengah baca Men are from Mars and Women are from Venus karya John Gray, dah lama nak beli buku ni tapi disebabkan banyak lagi buku lain yang menarik tu yang baru je beli tu, lagipun MPH ada offer 20% off untuk buku ni hari tu. Menarik jugak buku ni, bagus untuk suami isteri atau orang yang ada pasangan la. Buku ni Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) yang sarankan baca. Ok lah saya berhenti kat sini je la, panjang la pulak entry ni, macam-macam nak cerita ek.

p/s: Mengantuk la kerja malam ni, tak sabar habis kerja nak balik tido dan bermimpi, huhu.

4 comments:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Anonymous said...

perlu memeriksa:)

Anonymous said...

jange dok koya sangat ... :P

Oda-オダ said...

emm anonymous jek semua ekk...

anonymous #1: emm menarik sangat baca la novel ni ekk..

anonymous #2: periksa2 ^^

anonymous #3: yolah..tak koya sangat pun ^^