Tuesday, January 12, 2010

Updates: Macam-macam

Assalamualaikum…

Doubt thou that the stars are fire;
Doubt thou that sun doth move;
Doubt truth to be a liar;
But never doubt that I love.

-William Shakespeare, Hamlet


Huhu, saje je letak poem dari Shakespeare tu kat atas sebab ada dalam buku My Sister’s Keeper, Jodi Picoult yang tengah baca sekarang ni, best kan poem tu. Agak lama tak updates blog ni kan, emm banyak benda nak tulis tapi malas. Macam tu la kalau dah selalu sangat tulis entry baru sampai satu masa tu malas nak tulis dah.

Tak banyak sangat benda baru nak cerita pun, minggu lepas habiskan cuti dengan budak rumah dan sepupu-sepupu. Hari sabtu sepanjang hari jalan-jalan pergi teman rozila servis kereta dan cuci kereta dia. Lepas tu kitaorang pergi wangsa maju jalan-jalan dan last sekali pergi tesco beli barang sebab hari ahad ada picnic dengan sepupu-sepupu.

Hari ahad sepanjang pagi siap-siap masak untuk picnic, dan sepanjang hari duk kat sungai congkak. Seronok la jugak, dah lama tak bersantai-santai berkelah ni, ramai pulak tu sepupu yang datang. Sejuk-sejuk air sungai congkak tu pun agak lama jugak la kitaorang berendam, esoknya badan lenguh-lenguh je. Hujung minggu ramai ek orang datang berkelah, seronok tengok budak-budak excited main air, emm orang tua pun sama jugak.


Gambar selingan

Ingatnya off empat hari boleh la habiskan satu drama jepun, tapi separuh je sempat tengok itu pun cerita Dragon Zakura sebab Rozila suruh tengok. Kalau cuti weekend macam ni la, banyak pulak aktiviti dan ramai jugak la ajak keluar. Bagus jugak sebab tak ada la anti-sosial sangat nanti kan. Asyik terperuk kat rumah tak elok jugak.

Minggu lepas keputusan KPLI keluar, huhu kenapa la Oda ambil tahu ek, saya tak mintak KPLI pun tapi adik sepupu saya dapat KPLI. Gembira giler dia dapat KPLI, dia grad tahun lepas Alhamdulillah la tercapai impian dia, nak sangat jadi cekgu. Bila cerita kat mak saya pasal adik sepupu dapat KPLI dia suruh Oda ambil KPLI jugak, emm tak cukup ke along sorang jadi cekgu. Tapi tu la mak ayah kita kan, nak anak-anak jadi cekgu atau kerja kerajaan, sampai saya pun serba salah. Yela kan, tak semua orang sesuai kerja kerajaan, camna la kalau saya kena kerja kerajaan, dalam kerja ikhlas tu penting kan. Kerja kerajaan lagi la, gaji kita rakyat yang bayar bila baca berita pasal corruption ni ngeri pulak rasa.

Macam-macam pulak cerita hari ni ek, dah lama tak merapu tu yang semua benda nak cerita tu. Hari ni hari pertama shift pagi bagi tahun ni, datang office pakai cantik sikit tapi rasa macam overdressed la pulak. Ni yang buat rasa nak kerja kerajaan ni, pakai baju kurung orang tak pandang semacam. Office ni tak ramai pakai baju kurung, kalau pakai pun baju kurung biasa je kalau melaram sikit jek rasa semacam. Tak ada la melaram sangat pun tapi mungkin warna baju hari ni menyerlah sikit jadi rasa over la pulak. Emm tu perasaan saya je la..

p/s: can't help but to agreed with Dr. John Gray author of Men from Mars and Women are from Venus, he said that venusian (aka women) tend to talk about few topics at one time just like my entry today..huhu

No comments: