Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan maksudnya bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rejab/
Salam menyambut Rejab. Sedar tak sedar kita sudah menghampiri bulan Rejab rupanya. Masa team lead saya tanya tadi kenapa dia tengok ramai orang berlepas buat umrah kat airport semalam baru saya perasan yang Jumaat ni dah masuk bulan Rejab. Pantasnya masa berlalu, saya langsung tak perasan kita dah nak masuk Rejab. Masuk bulan Rejab ni maksudnya lagi dua bulan je lagi kita akan sampai ke bulan Ramadhan. Ya Allah, rasa macam tak bersedia lagi nak menempuhi Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Saya doakan semoga kita semua sempat menempuhi ramadhan sekali lagi.
Tak payah la saya nak cerita kelebihan bulan rejab ek, korang mesti dah tau dan saya pernah tulis gak sebelum ni. Tapi kalau korang nak cari jugak sila la Google, ramai orang buat entri kelebihan bulan rejab ni. Sebenarnya semua bulan tu istimewa tapi bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ni istimewa lebih sikit sebab ia adalah antara bulan-bulan yang banyak syafaat. Harapnya kita tak sia-siakan bulan-bulan yang datang setahun sekali ni yek sebab kita tak tahu samada tahun depan sempat tak kita berjumpa dengannya lagi. Setiap kali masuknya bulan-bulan istimewa ni saya sentiasa akan rasa insaf, kalaulah saya boleh insaf sepanjang tahun kan bagus macam lirk lagu kepastian Inteam.
“Siapakah yang lebih mulia, Dari mereka yang tidak lupa, Janji Allah adalah kepastian, Dan nikmat syurga adalah indah” - Inteam.
Saya agak bersedih sedikit dua hari lepas dengan keputusan exam saya yang lepas. Bukan tak capai target pun, agaknya saya kecewa sebab ada perasaan berharap mendapat keputusan sempurna lagi semester ni. Tapi saya sedar usaha tak banyak mana jadi semuanya adalah salah sendiri, tak boleh nak cakap apa la. Hadirnya bulan ni mengingatkan saya tak guna sesalkan benda yang lepas kan, baik saya tumpukan perhatian saya pada perkara hari ini dan akan datang. InsyaAllah saya akan cuba buat lebih baik semester baru nanti, Ganbatte!!
p/s: Kepada akak-akak yang tak ganti puasa lagi cepat-cepat la ganti, sambil ganti dapat jugak syafaat bulan Rejab ni, InsyaAllah.