Saturday, May 7, 2011

Marah

Assalamualaikum...

Sekarang ni saya agak cepat marah, tak tahu la kenapa, saya ni bukan jenis orang yang mudah marah (betul, dulu saya sangat susah nak marah). Rasanya orang yang selalu dengan saya akan perasan, saya tak tahu nak buat apa dah banyak kali ingatkan diri jangan marah-marah tapi susahnya nak kawal emosi bila marah ek. Saya semakin sibuk dan agak tertekan dengan tambahan kerja, kelas dan exam.




Saya dah habis melalui 2nd paper final exam saya selasa lepas dan cuma tinggal satu lagi je minggu depan jumaat. Beza 10 hari membuatkan saya malas untuk belajar, alhai kenapa la malas sangat nak bukak buku ni. Harap saya dapat melalui paper last ni dengan ok, InsyaAllah. Agak gembira sebab dah nak habis semester kedua tapi disebabkan ada semester pendek yang akan mula sebaik je final ni habis jadi saya rasa sama jek, haihhhh sabar je la.

Sekarang pulak kerja saya semakin banyak di office, saya tak pernah ada kerja pending nak buat kat office tapi sekarang sentiasa ada kerja, tu yang bila balik kerja je tak larat nak buat apa-apa tu. Saya rasa seperti kembali ke zaman tahun pertama bekerja, zaman saya sangat rajin bekerja, huhu. Tapi agak seronok jugak la sebab saya banyak belajar benda baru dua tiga minggu ni. Nanti team lead saya akan bercuti seminggu, haihh bertambah kerja lagi.

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)."

Asyik bercerita tentang benda negatif je kan sekarang ni, saya rasa saya dah tak macam diri saya sendiri. Saya rasa hidup kena ada keseimbangan jadi saya rasa saya betul-betul perlu bercuti pergi tengok laut, saya dah tak ingat bila kali terakhir saya pergi bercuti dan berjalan-jalan tepi pantai. Saya tak sabar menunggu hari-hari sibuk saya ni belalu, bukan saya seorang je yang macam ni kan, ramai lagi yang kerja dan belajar dalam dunia ni. Kalau diaorang boleh buat saya pun boleh, InsyaAllah (ayat tenangkan hati, hehe).

p/s: Marah-marah saya sebenarnya takde la teruk sangat dan biasanya tak lama...

No comments: