Senyap sunyi saya lepas habis exam kan, sebenarnya selalu ada rasa nak updates blog tapi setiap kali balik kerje je rasa tak larat dan malas nak menulis. Hujung minggu saya pulak sentiasa ada aktiviti, maklumlah tak ada kelas seronok la keluar berpoya-poya. Hari ni saya buat wayaang marathon dengan kawan-kawan baik saya, habis 3 filem kitaorang tengok hari ni. Tak pernah saya tengok wayang sampai 3 filem sehari, dua filem pun sehari pun boleh kira dengan sebelah jari jek. Seronok jugak kadang-kadang buat benda yang lain ni. Terima kasih Nuha dan Sue, hari yang sangat seronok.
Kami tengok filem Nur Kasih The Movie, Pirates of Caribbean - On Strangers Tides dan Karak. Tengok Nur Kasih dengan harapan yang kurang tapi cerita tu sebenarnya best la, saya tak faham kenapa ramai yang komen tak best. Siapa yang tengok drama ni kena la tengok movie dia pulak. Cerita Pirates of Caribbean pulak best jugak, saya bukanlah peminat pirates series ni tapi seronok jugak cerita ni. Akhir sekali Karak, harapan agak tinggi untuk cerita ni tapi biasa je bila tengok cerita dia. Itu je la komen saya pasal ketiga-tiga filem tu sebab saya ni jarang jugak tengok filem ni jadi nak komen banyak pun tak reti kan.

Hari sabtu lepas saya sebenarnya nak pergi wedding Rinie tapi tak berkesempatan pulak, ada hal. Selamat Pengantin Baru Rinie, semoga berbahagia dunia dan akhirat. Goodluck dalam menempuh alam baru ok, all the best (^_^). Nak cerita tentang aktiviti lain tak ingat la pulak jadi saya berhenti kat sini la pulak ek.
p/s: Kalau korang nak buat movie marathon gak sila plan dulu dan beli or reserve ticket dulu supaya senang tak payah beratur beli tiket dan boleh sesuaikan masa dengan masa nak semayang sekali baru tak rushing.
No comments:
Post a Comment