Assalamualaikum...
Baru pulang dari bercuti ke kampung halaman (Kelantan + Kemaman), cuaca panas yang amat kalau letak lilin kat tengah panas tu mau cair lilin tu. Ingatkan KL dah panas dah tapi Kelantan punya panas paling tak tahan, kat KL ni hujan la jugak petang-petang tapi Kelantan panas je memanjang. Dengar cerita suhu sampai mencecah 40 darjah celcius ek, giler panas. Jadi dengan musim yang cuaca tak menentu ni sila la jaga kesihatan, minum air masak banyak sikit. Kalau sakit sila la makan ubat dan rehatkan diri, itu tanda tuhan sayangkan kita jadi kita kena la terima dan redha dengan ujiannya.
Pulang ke kampung sangat menyeronokkan tapi memenatkan, yela Kelantan sangat la jauh ditambah dengan berasak-asak dengan Kelantanese yang balik kampung jugak. Perjalanan balik ke Kelantan sahaja memakan masa 12 jam di sebabkan kesesakkan. Tapi bila lihat je muka nenek tersayang rasa macam berbaloi jek balik kampung, kesian tengok nenek kitaorang macam sunyi je walaupun ada anak dia yang duduk dekat. Harap sangat ma dapat cepat pindah kelantan boleh temankan mok kat kampung.
Balik kelantan sempat la kemas rumah nenek, pergi pasar sena (isnin) kat Mache (Machang), pergi wedding sepupu kat Tumpat dan sempat jugak pergi Pengkalan Kubor lepas balik dari kenduri kahwin. Majlis kawin sangat meriah, seronok kalau ada kenduri dalam keluarga ni sebab semua orang balik. Empat hari yang menyeronokkan di Kelantan (^_^).
Sempat balik ke Kemaman selama dua hari, ma dan abah tak dapat balik Kelantan sebab abah tak dapat cuti, diaorang balik untuk majlis sambut menantu nanti. Balik Kemaman dapat jugak pergi ke pantai tapi bukan Cherating sebab abah tak kasi dia kata bahaya. Dia suruh pergi ke Chendor je (Chendor ni pantai sebelah Cherating) sebab Chendor ok sikit. Sekarang ni musim angin kuat, air laut pun keroh jadi tak boleh mandi pun. Pergi pantai kejap sangat sebab hujan tiba-tiba, tak apa la sekurang-kurangnya terubat la keinginan nak pergi pantai tu. Selain tu sempat jugak berjumpa dengan Titok (che tie), lama sangat tak jumpa dia seronok pulak berbual-bual tapi tak lama sangat pun sebab rushing nak balik KL dah masa tu.
Hari ni masuk kerja rasa macam lama sangat dah bercuti, padahal 6 hari je selalunya lagi lama cuti. Tapi agaknya sebab balik kali ni dapat buat hampir semua benda yang di rancang jadi rasa puas hati jugak la cuti kali ni walaupun tak lama. Sebenarnya kalau cerita pasal cuti ni sampai bila pun tak habis, banyak sangat nak cerita tapi dah malas nak menaip dah.
p/s: Walaupun rasa ok je balik bercuti tapi hati masih mahu bercuti lagi..owhhh
No comments:
Post a Comment