Friday, February 12, 2010

Updates: Olympic dan CNY

Assalamualaikum...


Imej ambil dari encik Google

Salam Olympic buat semua, hari ini hari pertama sukan Olympic (winter olympic) Vancouver 2010 bermula. Rasanya negara kita tak terlibat kot untuk winter olympic ni, yela kan salji pun tak ada kat sini. Ini adalah Olympic yang ke dua sejak saya bersama dengan Atos, disebabkan Atos adalah IT Patner bagi Olympic jadi saya nak ucap selamat berjaya untuk semua yang terlibat untuk temasya olympic kali ini.

Hujung minggu ni cuti chinese new year, ramai yang balik ke kampung, cuti 4 hari la katakan semua pun ambil kesempatan balik la ek. Saya pun balik jugak, kali ni balik Kelantan sebab sepupu kawin. Tahun lepas pun cuti chinese new year pergi kenduri kawin gak, musim orang kawin la kalau cuti-cuti ni. Esok pertama kali balik ke Kelantan direct dari KL bagi saya (seingat saya la), rasa macam jauh sangat la pulak. Kepada semua yang balik ke kampung untuk chinese new year ni bawak kereta leklok dan berhati-hati, jangan memandu laju ingatlah orang tersayang.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Banyak perkara saya nak updates hari ni sebenarnya tapi bila dah mula menaip ni dah lupa apa nak tulis. Agaknya sebab dalam kepala asyik fikir nak balik kampung je ek, apa pun selamat bercuti ek. Mari kita rehat-rehatkan minda bersama keluarga (^_^).

p/s: Kepada kawan-kawan yang berkerja pulak selamat bekerja, jasamu dikenang.

3 comments:

Cerita Hujan said...
This comment has been removed by the author.
Cerita Hujan said...

Jalan-jalan diwaktu senggang, hmmm blog yang lucu, salam kenal......

Oda-オダ said...

salam perkenalan (^_^)