Thursday, February 25, 2010

Lu Pikirlah Sendiri de Movie

Assalamualaikum...

Dah lama nak menulis entry baru tapi asyik terbantut jek, idea tak ada. Semalam tengok cerita Lu Pikirlah Sendiri de Movie, walaupun ramai yang cakap cerita tu tak best tapi sebab kitaorang memang suka Nabil jadi pergi jugak tengok. Kesimpulan lepas tengok cerita tu, emm memang tak best pun. Ingatkan cerita komedi tapi drama la pulak, siap ada sedih-sedih lagi, tensen la jugak tengok cerita tu.

Poster Lu Pikirlah Sendiri de Movie, imej amik dari encik Google

Tak faham kenapa guna tajuk lu pikirlah sendiri, lagi sesuai kalau tajuk dia Nabil de Movie sebab memang cerita pasal Nabil je la tang mana lu pikirlah sendiri pun tak tau. Lepas tu yang fahamnya, poster cerita tu gambar Mila dan Nabil tapi Mila keluar dalam cerita ni tak sampai 10 minit la kot. Emm macam-macam la yang membuatkan cerita ni tak best.

Rasanya kalau buat betul dan ubah sikit jalan cerita ni ok la kot. Kalau dia wat tema komedi mesti ok cerita ni, tak ada la buat penonton confuse tengah-tengah cerita kan. Huhu buat review cerita la pulak ek.

p/s: Malam ni janji ngan Norha dan Along nak tengok My Name is Khan pulak, harap cerita ni ok.

2 comments:

Balqis Shafiqa said...

filem ni x sesuai saja tajuknya.patut beri tajuk "nabil" saja seperti kata anda. :]

Oda-オダ said...

emm tu la pasal..