Friday, May 29, 2009

Updates

Assalamualaikum.

Huhuhu, dah seminggu lebih tak update blog. Sebenarnya tak ada idea nak menulis, lagipun sekarang ni tengah malas nak kerja so datang kerja asyik main jek.

Bulan ni ada ramai kawan-kawan UTM yang melangsungkan perkahwinan (cececehhh skema la plak). Ada la 2-3 orang, dapat kad dari Wa dan Sarmi, dengar cerita Ben pun kahwin bulan ni jugak. Alhamdulillah, semoga korang semua bahagia dunia dan akhirat. Oda akan cuba pergi ke wedding korang semua, kalau tak ada aral melintang la ok (^_^).

Ok la dah tak ada idea nak tulis dah, lagipun dah lapar nak keluar makan laa.

Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, maka bertakwalah kepada separuh yang lain

Thursday, May 21, 2009

The Value of Time

The Value of Time

-----------------------------------------------------------------------------------

To comprehend the value of one year,
Just ask the student who failed their entrance exam;

To comprehend the value of one month,
Just ask a mother who gave birth to a premature baby;

To comprehend the value of one week,
Just ask the editor of a weekly newspaper;

To comprehend the value of one hour,
Just ask the lovers who waiting to meet;

To comprehend the value of one minute,
Just ask the person who missed their stop on the train;

To comprehend the value of one second,
Just ask the person who managed to avoid an accident just in time;

To comprehend the value of one tenth of a second,
Just ask the person who ended up with a silver medal at the Olympics;

The hands of clock will always continue ticking,
Therefore, treasure every moment you have
and treat today as the utmost gift you will have

-----------------------------------------------------------------------------------

Baru lepas tengok japanese movie, Yuuki, lakonan Kamenashi Kazuya dan Oguri Shun. Ada ramai lagi pelakon lain tapi yang dua orang ni memang antara my fav japanese actor. Cerita yang sangat menarik kisah benar pasal Yuuki (Kamenashi Kazuya) yang ada rare disease, dia punya tulang (bone) makin lama makin hilang (dissolving). Penyakit ni sangat la jarang, sejak kes pertama di reportkan tahun 1883 cuma ada 8 orang je termasuk Yuuki yang ada penyakit ni. Very touching story, tu ayat kat atas ambil dari cerita ni la, kita takkan tahu harga masa tu sampai kita rasa kehilangannya. So kawan-kawan, hargailah masa sekarang lets live for the moment ok.

Wednesday, May 20, 2009

Cerita cuti di Perlis

Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak updates pasal trip ke Perlis hari tu. Tak tengok pun lagi gambar-gambar kat Perlis hari tu, ni pun ambil gambar dari blog Rozila.

Jumaat, 1 May 2009

Kitaorang start gerak dari KL ke Perlis dalam pukul 7.30 pagi sebab nak jalan jauh kan so awal lagi dah gerak. Banyak kali jugak la berhenti kat R&R, berhenti breakfast kat Tapah emm tak boleh nak makan apa pun sebab ramai sangat orang. Then kitaorang berhenti kat R&R Sungai Perak kejap, R&R ni memang faveret jugak la sebab cantik, kalau pegi utara mesti singgah R&R ni.


Rozila dan Ee kat depan R&R Sungai Perak

Kitaorang sampai kat Perlis dalam pukul 3.30 petang, sampai terus pergi ambil kunci rumah, kiraorang stay kat homestay. Ok la jugak rumah dia, ada 3 bilik dan 2 bilik air dan sewa murah je RM150 semalam. Kitaorang stay kat rumah tu 5 orang, besar rumah tu yang bestnya hari ke dua baru kitaorang jumpa 2nd bilik air sebab ingatkan pintu bilik air tu pintu belakang, hahaha. Kitaorang tak sempat nak pergi majlis akad nikan Ayu kat masjid so kitaorang just pergi jumpa Ayu dan family kejap petang tu. Malam lak sebab kepenatan berjalan jauh, so kitaorang duk kat rumah rehat-rehat je.

Sabtu, 2 May 2009

Pagi sabtu kitaorang pergi breakfast dan pusing-pusing bandar Kangar kejap, emm tak ada tempat menarik sangat kat bandar Kangar ni, bandar kecik je. Then kitaorang nampak signboard muzium so kitaorang pergi nak tengok muzium tu tapi makcik guard kat situ cakap muzium tu dah pindah ke area Bukit Kayang. Kitaorang try la cari, nasib baik la jumpa tanpa sesat, muzium ni dekat dengan jeti Kuala Perlis. Masa cari tu ingat kalau tak jumpa muzium kitaorang pergi Kuala Perlis je terus. Muzium ni baru je bukak, agak cantik la muzium ni siap ada taman dan kolam lagi. Kat taman belakang muzium tu ada gua tapi kitaorang tak berani nak masuk sebab gelap.

Bergambar kat area Muzium Kota Kayang

Lepas je balik dari muzium tu kitaorang terus bersiap nak pergi majlis wedding Ayu. Tema wedding dia warna merah hati, cantik tul Ayu hari tu. Ada macam-macam acara kat majlis tu, ada live band, persembahan silat dan masa pengantin berarak tu diiringni ngan muzik emm dah lupa dah nama dia. Kawin jugak Ayu akhirnya, lepas Ayu kawin sekarang kat rumah tu tinggal me, zila dan along je.

Bergambar dengan pengantin

Bergambar dengan family pengantin

Balik dari majlis kawin, kitaorang terus siap dan bergerak ke Padang Besar. Hehehe shopping sakan jugak la kat sini. Sampai kat padang besar dalam pukul 5.00 petang, kebanyakkan penjual kat sini cakap bahasa kelantan so kitaorang pun cakap kelantan la jugak. Padang besar ni lebih kurang macam Rantau Panjang la jugak cuma nampak lebih teratur. Lepas shopping kitaorang pergi makan Mee Tom Yam, waa memang best la.

Kepenatan lepas bershopping

On the way balik ke kangar, kitaorang nampak ladang Ostrich kat tepi jalan so berenti kejap bergambar dengan Ostrich tu tapi diaorang agak menakutkan la jugak. Kitaorang ambil gambar dari jauh je laa. Kagum dengan burung ni leher dia panjang giler, tak lenguh ke cik Ostrich??

Cik Ostrich dan husbandnya, hehehe

Malamnya kitaorang pergi ke Kuala perlis makan seafood, orang kata tempat makan kat sini glemer. Emm memang glemer la jugak sebab agak ramai la orangnya, meriah je. Makanan kat sini ok la dan murah sangat, makan tepi pantai besssttt.



Bergambar di Kuala Perlis

Ahad, 3 May 2009

Hari last di Perlis, pagi lagi kitaorang bertolak balik. Singgah kejap kat rumah Ayu, jumpa family Ayu dan breakfast kat situ skali. Sebelum balik kitaorang singgah kat gerai buah beli buah mangga Harum Manis, ada banyak jenis mangga kat situ, pakcik yang jual tu bagi kitaorang rasa semua jenis mangga. Kitaorang gerak perlahan-lahan dan singgah kat banyak tempat, dalam pukul 8 malam baru sampai KL.

Trip ke Perlis ni memang memenatkan tapi seronok la jugak, banyak lagi tempat menarik di Perlis tak sempat pergi. Orang kata Kelantan panas kan, rasanya Perlis lagi panas. Tak pernah minum air cap badak tu, kitaorang semua pun minum, huhu sebenarnya nak tahu rasa dia camna je lebih. Harap dapat pergi Perlis lagi, tapi rasanya dalam masa terdekat ni tak kot sebab Perlis tersangat la jauhhhh.

Tuesday, May 19, 2009

Updates

Assalamualaikum..

Mengantuk, lapar dan malas semua benda yang negatif ada dalam diri hari ni, dah lama tak kerja pagi so perasaan pun bercampur baur. Lagipun operation manager ada dekat-dekat ni sebab ada migration telephony system for team UK. Tak boleh la nak buat benda pelik-pelik hari ni (@_@)

Rasa macam nak tukar layout blog ni, dah boring dah tengok itik-itik tu, tapi kalau nak tukar tu kena la tunggu rajin sikit. Tahap kemalasan yang amat melanda diri oda, banyak betul kerja bertangguh. Kat rumah tu ada dalam 3 buku la yang baca separuh jalan, bila la nak abiskan (-_-)

Malam esok, plannya nak pergi tengok cerita Angel & Demon. Baca buku ni masa final year dulu, dah lupa dah cerita dia. Kat rumah ada buku ni, beli nak baca balik tapi tak baca pun lagi sebab banyak lagi buku pending yang tunggu dibaca. Ni satu perangai, pantang nampak kedai buku nak masuk lepas tu beli buku, banyak lagi buku kat rumah tak habis baca tapi nak jugak beli buku baru. Takpe-takpe, tak rugi pun beli buku kan (>_<)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk;
Apa guna kasih bertahun,
Kalau tidak seumur hidup.

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi;
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.
Novel Tanah Andriana ditulis oleh Noor Suraya

Menarik tak pantun kat atas ni, hehehe ni ambil dari novel Gurindam Jiwa yang tengah baca sekarang. Novel ni ada 3 cerita, pantun ni ada dalam cerita ke tiga, Hati Andriana. Cerita Hati Andriana ni adalah edisi berkembar dengan novel Tanah Andriana. Rasanya dah pernah baca cerita Tanah Andriana ni sebab masa mula-mula baca pantun ni rasa familiar sangat. Emm banyak sangat dah baca novel melayu so memang tak ingat sangat la novel mana yang pernah baca. Tapi novel Tanah Andriana ni best la, kalau tengah cari novel nak baca beli la buku ni, terbitan creative enterprise.

Monday, May 11, 2009

Rezeki dan Ibu

Assalamualaikum...

Huhuhu.. Lama ek tak update blog, sebenarnya nak tunggu cerita pasal trip ke Perlis hari tu tapi gambar tak upload lagi so yang tu kita postpone la dulu ek. Sejak kebelakangan ni agak malas nak datang kerja, maybe kekurangan motivasi atau aura-aura cuti masih ada lagi, buat kerja pun separuh hati je. Bulan lepas dapat bonus, huhu bonus penuh yang pertama sejak kerja ni. Alhamdulillah syukur ($_$), rezeki tahun ni agak baik sebab KPI tahun lepas ok. Harap-harap KPI tahun ni pun ok jugak la ekk, huhu itupun kalau still dengan AO lagi tahun hadapan, kekekeke.

Dah lama rasa nak tukar kerja tapi for me AO ni adalah tempat bermula zaman dewasa, zaman memikul tanggungjawab. Kat sini la dapat gaji pertama, pengalaman kerja pertama (yup saya tak pernah kerja sebelum ni, praktikal masa belajar tak dikira sebagai kerja), merasa susah payah orang bekerja, merasa hidup berdikari walaupun tak sepenuhnya, dan AO ada jugak memberi pengajaran tentang hidup serba sedikit. Tapi yang paling susah adalah sebab dah berada di comfort zone kat AO ni, rasa dah selesa sangat dengan kerja dan persekitaran. Agak susah nak keluar dari comfort zone ni, macam mana agaknya kerja tempat lain, rasanya semua tempat kerja environment berbeza kan. Tu la yang membuat usaha mencari kerja baru terbengkalai.

Kebelangan ni jugak selalu tengok dokumentari, banyak tengok pasal jenis-jenis pekerjaan. Tengok macam mana orang lain struggle dengan kerja masing-masing buat diri lebih menghargai kerja sendiri. Susahnya nak mencari rezeki buat kita lebih menghargai penat lelah mak ayah kita membesarkan kita. Kalau kita rasa kerja kita sekarang susah, tengok la orang-orang yang menggunakan kudrat memerah keringat untuk mencari rezeki. For me, kerja sekarang ni jauh lebih baik dari berjuta-juta orang di muka bumi ini sebab dapat duduk dalam bilik ber-aircond dan kerusi empuk, kadang-kadang tu kalau penat boleh tidur lagi kat ofis. Tapi walau apa pun asalkan rezeki yang halal, Allah sentiasa bersama dengan kita walau banyak mana pun kesusahan itu hadapailah dengan iman (^_^) kerana harta dunia hanya menbawa kesenangan yang sementara.


Emm dah la cakap pasal kerja, semalam adalah 2nd sunday of May maksudnya semalam adalah hari Ibu. Semenjak dah besar ni jarang la lupa hari Ibu, memang akan wish kat ma (my mom) tiap-tiap tahun, yang best tahun ni my youngest brother remind me to wish my mom, hahaha. Macam la kakak dia ni lupa, mentang-mentang la dia wish first.

Selamat Hari Ibu buat Puan Rohani Ibrahim

Terima kasih untuk segalanya.

Ma Sarang he yo (^_^)