Huhuhu.. Lama ek tak update blog, sebenarnya nak tunggu cerita pasal trip ke Perlis hari tu tapi gambar tak upload lagi so yang tu kita postpone la dulu ek. Sejak kebelakangan ni agak malas nak datang kerja, maybe kekurangan motivasi atau aura-aura cuti masih ada lagi, buat kerja pun separuh hati je. Bulan lepas dapat bonus, huhu bonus penuh yang pertama sejak kerja ni. Alhamdulillah syukur ($_$), rezeki tahun ni agak baik sebab KPI tahun lepas ok. Harap-harap KPI tahun ni pun ok jugak la ekk, huhu itupun kalau still dengan AO lagi tahun hadapan, kekekeke.
Dah lama rasa nak tukar kerja tapi for me AO ni adalah tempat bermula zaman dewasa, zaman memikul tanggungjawab. Kat sini la dapat gaji pertama, pengalaman kerja pertama (yup saya tak pernah kerja sebelum ni, praktikal masa belajar tak dikira sebagai kerja), merasa susah payah orang bekerja, merasa hidup berdikari walaupun tak sepenuhnya, dan AO ada jugak memberi pengajaran tentang hidup serba sedikit. Tapi yang paling susah adalah sebab dah berada di comfort zone kat AO ni, rasa dah selesa sangat dengan kerja dan persekitaran. Agak susah nak keluar dari comfort zone ni, macam mana agaknya kerja tempat lain, rasanya semua tempat kerja environment berbeza kan. Tu la yang membuat usaha mencari kerja baru terbengkalai.
Kebelangan ni jugak selalu tengok dokumentari, banyak tengok pasal jenis-jenis pekerjaan. Tengok macam mana orang lain struggle dengan kerja masing-masing buat diri lebih menghargai kerja sendiri. Susahnya nak mencari rezeki buat kita lebih menghargai penat lelah mak ayah kita membesarkan kita. Kalau kita rasa kerja kita sekarang susah, tengok la orang-orang yang menggunakan kudrat memerah keringat untuk mencari rezeki. For me, kerja sekarang ni jauh lebih baik dari berjuta-juta orang di muka bumi ini sebab dapat duduk dalam bilik ber-aircond dan kerusi empuk, kadang-kadang tu kalau penat boleh tidur lagi kat ofis. Tapi walau apa pun asalkan rezeki yang halal, Allah sentiasa bersama dengan kita walau banyak mana pun kesusahan itu hadapailah dengan iman (^_^) kerana harta dunia hanya menbawa kesenangan yang sementara.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Emm dah la cakap pasal kerja, semalam adalah 2nd sunday of May maksudnya semalam adalah hari Ibu. Semenjak dah besar ni jarang la lupa hari Ibu, memang akan wish kat ma (my mom) tiap-tiap tahun, yang best tahun ni my youngest brother remind me to wish my mom, hahaha. Macam la kakak dia ni lupa, mentang-mentang la dia wish first.
Selamat Hari Ibu buat Puan Rohani Ibrahim
Terima kasih untuk segalanya.
Ma Sarang he yo (^_^)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment