Thursday, November 27, 2008

Kerja dan Cuti

Norha call sabtu hari tu tanya bila senang nak ajak keluar berjumpa dan jalan-jalan. Lepas raya baru ada masa senang, minggu ni pergi Melaka, lepas tu minggu depan dah balik Raya haji. Akhir bulan depan akan ke Lumut sebab nak hantar adik tersayang masuk IKM, alhamdulillah dia memang nak sangat masuk IKM. Harap-harap dia tak sia-siakan peluang yang diberi. Agaknya lepas tahun baru la baru boleh keluar dengan Norha. Maaf wahai sahabat, InsyaAllah akan cuba cari masa yang sesuai untuk kita keluar nanti.

Memang diakui dua bulan ni kebanyakkan hari bekerja, sampai satu tahap rasa agak tertekan kerana kurang rehat. Agak cepat marah bila badan penat, maaf Rozila awak jadi mangsa.

Terlupa apa yang lebih penting dalam hidup ini adalah keberkatanNya. Rajin bekerja tidak salah tetapi biarlah seimbang dengan kehidupan dan jangan sampai lupa kepadaNya. Lagipun kerja adalah satu ibadah jika kena dengan caranya. Hidup senang tapi hati tak tenang tiada gunanya.



--Gambar selingan--
Banyak jalan didunia ini, jalan yang mana pilihan anda?

Credit picture to >> iluvislam

Huhu, akhirnya sampai juga hari ni. Esok dah cuti nak pergi Melaka, tak sabar pulak nak tengok Ayu kahwin. Duduk kat Melaka sampai hari Ahad, office Rozila belanja duk hotel kat Melaka malam esok dan malam sabtu lak diaorang ada macam family kat A Famosa Resort, dapat jugak la kitaorang menumpang. Office dia baru dapat ISO so boss tengah happy semacam. Ayu tu satu company ngan Rozila tu yang boss dia belanja tu lagipun diaorang ada bbq malam sabtu ni, alang-alang semua orang pergi wedding ayu tu kan. Tak sabar jugak nak pergi A Famosa Resort nak main air. Dah lama sangat tak berjalan-jalan sebab asyik kerja je. Kali ni nak cuti betul-betul, malas fikir pasal kerja dah, huhu (^_^).

Friday, November 21, 2008

Indahnya hidup ini jika selalu mengingatiNya


Credit picture to >> iluvislam

Pagi-pagi dengar lagu nasyid selalu buat hati jadi sayu. Sebab itu la waktu sepertiga malam sesuai untuk melakukan ibadah. Sejuk dan sunyi buat kita rasa lebih dekat kepadaNya...

Tika Dinihari
Munsyid : Devotees

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yang Aku lalu
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan
menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan
kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubahkanku
Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
SepertiYang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu
Dari kami

Tuhan Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah
kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami


Amin ya rabbal alamin...

p/s: nak dengar lagu ni klik kat lagu pilihan kat sebelah ^^

Sunday, November 16, 2008

Rasa cam best...huhu

Assalamualaikum..

Semalam selepas bercuti selama empat hari, lemah longlai rasanya melangkah untuk ke office. Lebih-lebih lagi kerja shif malam. Viva pun bergerak perlahan disebabkan kemalasan nak pergi office tu, siap menikmati permandangan walaupun hujan je sepanjang jalan.

Sampai office je, Thina bagaitau satu berita yang mengejutkan. Emm asyik terkejut je, boleh kena heart attack la camni. Huhu, dia cakap Oda dapat Employee of the Month untuk bulan lepas, October. Emm memang mengejutkan sebab tak ada ribut, tak ada angin tiba-tiba je. Bila diaorang buat percalonan pun tak tahu la, rasa macam kerja dekat KFC pun ada jugak sebab nanti gambar akan terpampang dekat ruang rehat office. Waaaa malu seh, tak tahu la nak cakap apa tapi rasa cam best la pulak..hehehe ^^

Sebenarnya rasa agak dihargai bila dapat reward ni, sebabnya performance kita dinilai. Reward ni sebenarnya baru je di buat lebih kurang 5 bulan lepas, tak pernah ambil tahu pun pasal benda ni sebab nak dapat tu macam mustahil je. Kenapa panggil reward, sebab siapa yang dapat akan dapat insentif RMxxx, tak boleh la cakap berapa ekk tu rahsia, hehe. Tak pernah terfikir pun nak dapat, tapi tu la namanya rezeki, Alhamdulillah. Semua orang datang cakap tahniah, macam menang anugerah skrin la pulak. Terima kasih semua.


Gambar selingan - Jom renovate dan renew hati kita^^


Semoga hati kita menghala kelandasan yang diredhaiNya
Credit picture to >> iluvislam


Hari ni kerja weekend ok sikit sebab lebih privacy and tak banyak calls so boleh la siapkan kerja yang tertangguh. Entry ni pun dari semalam lagi nak tulis tapi tak tertulis sebab sakit kepala. Tetiba je sakit kepala, tanda-tanda nak demam la tu kot. Nasib baik hari ni dah tak sakit dah, dapat la siapkan kerja tak pernah sudah tu.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Thursday, November 6, 2008

Updates


Assalamualaikum....

Dua tiga minngu ni asyik dapat berita yang mengejutkan jek. Dua hari lepas, nurul my ex-housemate mesej baby dia meninggal dalam kandungan. Dia bleeding, lepas check baby tu dah tak bernyawa, heartbeat takde n tangan dah tak bergerak. Nurul kena paksa bersalin untuk keluarkan baby, lepas tu baby dikebumikan dekat Bangi. Baby dia baby boy. Masa cakap dengan Nurul dia sound tenang sangat, kagum juga la. Sabar la Nurul ek, semua ni ujian tuhan. Rasa agak sedih sebab memang tak sabar tunggu baby ni.."Baby, tak ada jodoh nak berjumpa dengan aunty Oda" (;_;) Al-fatihah. Takziah buat Nurul dan keluarga.


Credit picture to >> iluvislam


Agak suram blog ni semenjak dua menjak ni, ketandusan idea nak menulis entry. Asyik dengan kerja dan tiada aktiviti dalam dua minggu lepas sebab Deepavali ramai yang bercuti jadi kenalah ganti mereka-mereka yang bercuti. Hari raya hari tu diaorang semua dah tolong gantikan, sekarang turn kita la pulak.

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok
kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali"