Sunday, November 16, 2008

Rasa cam best...huhu

Assalamualaikum..

Semalam selepas bercuti selama empat hari, lemah longlai rasanya melangkah untuk ke office. Lebih-lebih lagi kerja shif malam. Viva pun bergerak perlahan disebabkan kemalasan nak pergi office tu, siap menikmati permandangan walaupun hujan je sepanjang jalan.

Sampai office je, Thina bagaitau satu berita yang mengejutkan. Emm asyik terkejut je, boleh kena heart attack la camni. Huhu, dia cakap Oda dapat Employee of the Month untuk bulan lepas, October. Emm memang mengejutkan sebab tak ada ribut, tak ada angin tiba-tiba je. Bila diaorang buat percalonan pun tak tahu la, rasa macam kerja dekat KFC pun ada jugak sebab nanti gambar akan terpampang dekat ruang rehat office. Waaaa malu seh, tak tahu la nak cakap apa tapi rasa cam best la pulak..hehehe ^^

Sebenarnya rasa agak dihargai bila dapat reward ni, sebabnya performance kita dinilai. Reward ni sebenarnya baru je di buat lebih kurang 5 bulan lepas, tak pernah ambil tahu pun pasal benda ni sebab nak dapat tu macam mustahil je. Kenapa panggil reward, sebab siapa yang dapat akan dapat insentif RMxxx, tak boleh la cakap berapa ekk tu rahsia, hehe. Tak pernah terfikir pun nak dapat, tapi tu la namanya rezeki, Alhamdulillah. Semua orang datang cakap tahniah, macam menang anugerah skrin la pulak. Terima kasih semua.


Gambar selingan - Jom renovate dan renew hati kita^^


Semoga hati kita menghala kelandasan yang diredhaiNya
Credit picture to >> iluvislam


Hari ni kerja weekend ok sikit sebab lebih privacy and tak banyak calls so boleh la siapkan kerja yang tertangguh. Entry ni pun dari semalam lagi nak tulis tapi tak tertulis sebab sakit kepala. Tetiba je sakit kepala, tanda-tanda nak demam la tu kot. Nasib baik hari ni dah tak sakit dah, dapat la siapkan kerja tak pernah sudah tu.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

No comments: