Tuesday, August 22, 2006

ingatan untuk diri sendiri

tiap2 hari masa yang sama je post blog ni mesti dalam pkul 2,3 pagi...

hari ni siti kawin, td tgk siaran langsung sampai xjd pegi fakulti..nasib baik la sem ni xde kelas kalo tak rasanya td tu dah ponteng kelas (amaran dilarang meniru aksi ini dimana jua anda berada.. huhu)..emm comel kak siti, dia nampak bahagia je.. semoga siti bahagia hingga ke anak cucu..td pun dia pakai tudun..nampak comel sgt, harap2 pasni siti kekal pakai tudung.. ameenn.

semalam ada baca satu artkel tu.. pasal wanita, walaupun banyak dah tau tapi setiap kali baca rasa syukur (alhamdulillah) sangat..hehehe. artikel pasal wanita, mmg bertuah sebenarnya jadik wanita ni..huhu.

Kelebihan Wanita (^_^)

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


my comment..
bertuahnya jadik wanita ni (dah ckp dah td..huhu)

p/s: artikel ni copy paste dari www.raudhah.com.. banyak lagi artikel menarik kat situ..
(tulis macam ramai je baca blog ni...huhu)

6 comments:

burung_jenjang@k9 said...

eh ramai je yg bace blog ni cthnye sy.. he2! best ape bace hasil tulisan odah! perghhh mantap! fuhhh hahah.. kipas2.. teruskan menulis! best2! :)

burung_jenjang@k9 said...

alhamdulillah terase bangga n syukur sgt2 sbb kite ni muslimah! hehe seronok sbb byk kelebihan kite yg Allah berikan... ini menunjukkan betape tinggi n mulianye martabat wanita.. tetibe teringat lagu Wanita by DeHearty.. best2! :)

OD@ said...

huhu..ramai la sgt..
syukur alhamdulillah.. tuhan ciptakan makluknya semuanya ada kelebihan tersendiri..(bangga jadik wanita)
p/s: wanita hiasan dunia..ohhh (xde ktorg dunia tak menarik..huhu)

burung_jenjang@k9 said...

haha betul2 ;)

Anonymous said...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!