Tuesday, December 27, 2011

Kisah Bulan December

Assalamualaikum...

Entri ini ditulis ketika di pejabat. Oleh kerana minggu ini adalah minggu hari natal dan tahun baru maka kerja saya di pejabat tersangat la kurang. Sebab itulah saya ada sedikit masa berpoya-poya di pejabat, huhu. Hari ni saya banyak membaca blog, dah lama tak mebaca blog buat saya rindu zaman kurang sibuk. Benarlah antara nikmat yang selalu kita lupa adalah nikmat lapang.


Oda was here, huhu (^_^)
Di pantai Cherating, menikmati permandangan pantai di pagi hari adalah sangat best

Saya selalu cakap saya memerlukan cuti kan, huhu akhirnya saya dapat bercuti sebelum tahun 2011 berakhir. Saya baru sahaja kembali dari bercuti di Kuala Terengganu dan Kemaman. Nampaknya tahun ini adalah tahun melawat Terengganu buat saya. Awal tahun ini saya sudah berjalan-jalan di Terengganu dan saya mengunjungi tempat yang sama juga kali ini. Percutian ke Kuala Terengganu kali ini adalah sangat padat dan memenatkan tapi saya memperolehi beberapa pengalaman baru yang menyeronokkan. Siapa yang sukakan air silalah ke Kuala Terengganu, memang sesuai dengan jolokkan namanya 'Bandaraya Persisir Air' sebab di mana-mana pun ada pantai atau sungai (kalau korang pergi kesana korang akan faham maksud saya ni).

Minggu lepas adalah minggu mendebarkan buat saya kerana perbentangan projek satu saya. Alhamdulillah saya berjaya melalui nya dengan lancar. Satu fasa sudah habis, saya selangkah menghampiri matlamat. Saya kembali sibuk minggu ini dengan tugasan dan pembetulan projek. Peperiksaan akhir pula bakal menyusul selepas ini, doakan saya dipermudahkan laluan dalam menimba ilmu dan menerima ijazah sarjana. Sesungguhnya jalan ini tidaklah mudah tetapi tidaklah begitu sukar juga. Walaupun sukar tapi kepuasan yang saya dapat apabila berakhirnya satu semester itu sangatlah tidak ternilai, seronok bila kita nampak hasil penat lelah sepanjang semester.



Alhamdulillah juga kerana Allah menenangkan hati disaat-saat kritikal ini, saya redha dengan semua ketetapanNya buat saya. Kita tak tahu apa rencanaNya buat kita maka haruslah redha, kalau tak redha pun apa boleh kita buat, bersedih dan menyesal dengan perkara lalu tak berguna. Dua hari yang lepas sepupu saya kehilangan anak, kandungan baru berusia enam bulan yang dilahirkan hanya sempat bernafas di dunia selama sehari lebih, Allah lebih menyanyanginya. Ini adalah anak kedua mereka, yang pertama gugur pada usia kandungan baru lima bulan. Sesungguhnya ujian mereka sungguh besar dan saya kagum dengan ketabahan sepupu saya itu.

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."

Pinjam kata-kata Heliza dari filem Syurga Cinta yang saya rasa penulis skripnya ambil dari sumber lain juga. Kepada yang sedang diuji Allah, tak kira apa pun ujiannya, semoga kita semua sabar menunggu pelangi. Sesungguhnya ujian itu tanda kasihNya kepada kita (^_^).

p/s: Panjang berjela-jela entri kali ini kan, harap korang tak bosan membaca.

Saturday, December 17, 2011

Mek Mulung Cahaya Bulan

Assalamualaikum...

Tiba-tiba saya rajin nak menulis blog kan, hehe. Sebenarnya nak bercerita tentang Teater Mek Mulung Cahaya Bulan yang saya tonton semalam di Auditorium DBKL. Saya jatuh cinta dengan Mak Yong lepas tonton persembahan Mak Yong oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) bulan Julai lalu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bersama dengan Along dan Rozila. Jadi apabila dapat tahu yang diaorang akan buat Teater Mek Mulung Cahaya Bulan ni saya tak lepaskan peluang nak menonton lagi.



Lepas tonton teater ni semalam baru tahu yang Teater Mek Mulung ni berbeza dengan Mak Yong, saya ingatkan ini persembahan Mak Yong tapi rupanya lain. Mek Mulung berasal dari Kedah dan menggunakan bahasa Kedah. Walaupun berlainan tapi cara persembahan dan beberapa aspek adalah lebih kurang sama dengan Mak Yong. KSPP bawa sedikit perubahan dalam persembahan Mak Yong dan Mek Mulung ni dengan menambahkan elemen moden dalam persembahan. Kalau korang ada masa hari ni dan esok pergi la tengok di Auditorium DBKL, ticket ada banyak lagi rasanya tak terjual. Memang berbaloi sebab korang pasti terhibur. Kita dapat tengok betapa kayanya budaya kita, tarian, nyanyian dan bahasa sangat la indah. Lagu dan suara pelakon semua sangatlah merdu.

Mek Mulung Cahaya Bulan
Date: 16th December 2011 (Friday), 17th December 2011 (Saturday), 18th December 2011 (Sunday)
Time: 8.30pm
Venue: Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur
Tickets: RM20, RM30, RM40
Website: www.ticket2u.biz

Salah satu yang buat saya nak sangat tonton adalah kerana Nabil pun adalah salah seorang pelakon dalam teater ni, dan dia memang tak mengecewakan dengan lawak yang sangat kelakar. Keseluruh teater ini memang kelakar, korang tak akan berhenti ketawa sepanjang cerita. Cerita dalam teater Mak Yong dan Mek Mulung adalah cerita-cerita rakyat dan ada elemen hindu sedikit. Harap KSPP akan buat banyak lagi persembahan seperti ni, saya sangat suka, huhu. Ok la saya habiskan disini la ek, saya tak reti nak cerita lebih lanjut pasal teater ni. Kalau nak tahu lebih pasal ni sila la Google ek.

p/s: Saya ingat Mek Mulung Cahaya Bulan ni dari Kelantan disebabkan nama Cahaya Bulan tu, huhu.

Wednesday, December 14, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Saya kesibukkan yang amat menyiapkan report untuk projek satu saya, alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan jugak hari ni. Minggu depan ada presentation untuk projek ni pulak, cuak la jugak tapi insyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik doakan saya semoga berjaya sampai ke akhir perjalanan belajar saya ni ek.




Saya sebenarnya mahu menulis panjang lagi tapi dah lewat dan saya amat mengantuk. Ingatnya nak tidur awal malam ni tapi biasa la bila dah habis satu kerja tu banyak la aktiviti kegemaran yang saya nak buat padahal assignment belambak lagi tak buat, huhu. Kalau tengok tahap kemalasan menulis blog sekarang ni nampak gayanya entri seterusnya di tahun baru la, harapnya ini bukan entri terakhir saya tahun ni ek. Ok la semoga jumpa lagi di entri seterusnya.

p/s: Mood sangat gembira baru siap report. sapat la tidur lena malam nih, huhu.

Thursday, December 1, 2011

Entri yang muram

Assalamualaikum...

(Amaran: Entri ni lebih kurang je dengan entri saya yang sebelum ni jadi kalo korang rasa bosan sila la tutup window ni ek).

Maaf atas entri yang agak muram sekali lagi. Saya agak tertekan dua tiga minggu ni kerana berbagai perkara. Seperti entri sebelum ini, saya masih melankoli kerana ujian kecil yang melanda.


Saya tau saya mengulangi kembali entri sebelum ini tapi saya sangat rasa mahu menulis. Berharap dapat menenangkan hati sedikit, korang mesti dah bosan baca blog ni kan. Semoga Allah beri saya kekuatan menghadapi ujian ini, InsyaAllah. Saya memerlukan kata-kata perangsang sekarang, jadi kena sentiasa mempositifkan diri. Nak sedapkan hati jom kita dengar lagu Kehidupan nyanyian Inteam dan Nazrey Johani



Kehidupan oleh Inteam dan Nazrey

Seperti lagu atas ni, semoga kabus yang melanda saya ini cepat berlalu. InsyaAllah selepas susah ada kesenangan. Doakan saya dapat melepasi ujian ini, dan redha dengan apa sahaja yang berlaku ek.

p/s: Saya malas nak pergi kerja, kan best kalo jadi cekgu leh cuti sebulan, haihhh.