Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Ramadhan kembali lagi, rasa macam baru je kita berpuasa tahun lepas kan. Exited tak korang tengok penyimpan mohor besar raja-raja yang baru tu, kat rumah saya tadi semua exited dengar pengumuman puasa tu bukan sebab puasa esok tapi sebab penyimpan mohor besar raja-raja yang baru (panjang beno nama jawatan dia) tu. Minggu ni minggu pertama selepas semester 3 saya tamat jadi minggu ini sangat menyenangkan sebab saya tak perlu memikirkan tentang assignment dan peperiksaan. Minggu ini saya sangat seronok sebab dapat berjalan-jalan dan berseronok dua hari ini.


Minggu berpoya-poya sudah tamat, ramadhan dah bermula jadi mari kita kejar pahala ramadhan ek. Tak ada apa yang saya nak tulis hari ini cuma nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita. Saya kena masuk tidur ni, badan sangat penat sebab berjalan sepanjang hari.

p/s: Jangan lupa semayang terawih ek, bulan puasa je ada kalau tak pergi rugi (^_^)

Saturday, July 23, 2011

Semester 3

Assalamualaikum...

Minggu ini adalah minggu terakhir kelas Isu Global jadi minggu ni cuma ada pembentangan je dalam kelas. Penat lelah membaca tentang Nuclear Energy akhirnya sampai ke penghujungnya. Macam biasa kumpulan saya antara kumpulan yang akan buat pembentangan seawal mungkin. Sebelum ni kami kumpulan yang pertama dan hari ni kami kumpulan kedua. Emm biasa kalau awal-awal masa hari pembentangan tak ramai orang lagi jadi kurang sikit perasaan gementar tu.



Saya dua minggu lepas (@_@)
Imej ambil dari encik Google

Saya pulak kalau bab bentang-bentang ni lemah sikit, pulak tu jumlah kelas ni dalam 80 orang tapi nasib baik pagi tadi macam separuh lebih je yang datang. Terketar-ketar la jugak masa pembentangan tadi, tapi bila lama sket baru rasa confident. Usaha susah payah memahamkan proses, graf, diagram dan artikel tentang nuclear energy berbaloi juga sebab masa perbentangan tu dengan confidentnya dapat bercerita tentang nuclear energy. Prof siap tanya kalo kitaorang ni budak chemical engineering ke, bila cakap kitaorang ni budak computer science dia puji kitaorang sebab boleh cerita pasal nuclear energy dengan details, hehe seronok tul kena puji camtu (rasa berbaloi sakit kepala baca pasal benda ni). Dalam dua minggu ni saya bercerita tentang nuclear power kepada hampir semua orang la, hehe terima kasih untuk korang yang sudi dengar saya buat-buat tahu tentang nuclear ni.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kadang-kadang belajar perkara baru agak menyeronokkan (^_^)


Huhu saje je saya menulis hari ni sebab gembira akhirnya kelas semester 3 saya akan berakhir esok. Disebabkan kumpulan saya dah habis pembentangan hari ni jadi esok pergi kelas dengan senang hati sebab cuma perlu dengar kumpulan lain habiskan pembentangan. Mahu menikmati saat-saat habis semester 3 ni. Emm dalam hampir seminggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan jadi saya mahu ucapkan selamat berpuasa kepada semua, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas.

p/s: Walaupun seronok dengar pembentangan tapi kalau dengar sepanjang hari sakit jugak kepala dan badan.

Thursday, July 14, 2011

Jangan Bersedih

Assalamualaikum...

Tiba-tiba pukul 12 tengah malam ni saya rasa nak menulis entri, mata dah lagi sikit je nak auto shut down ni. Dua minggu ni kat ofis saya kesibukkan yang amat melanda, saya rasa macam ada benda berat je atas bahu saya ni sebab stress. Minggu ni tiap-tiap hari saya balik lambat, macam-macam benda nak kena siapkan kat ofis. Bila la saya boleh kembali ke alam riang-ria suka hati macam dulu ni, haihh.


Betul la orang cakap makin lama kita kerja makin sibuk, yela makin banyak tanggungjawab kan. Saya ni kalau sibuk ditambah dengan stress mudah buat silap. Dua hari lepas saya buat kesilapan yang agak besar di ofis, rasa macam berkurang sikit umur sebab terkejut dan sedih pasal benda tu tapi apa yang berlaku tak boleh nak patah balik, nak tak nak kena la terima kan. Kalau dah buat salah, mintak maaf la, kalau sedih, tabahkan hati. Sama jugak bila kita sibuk kan, cuba curi masa keluar kejap, buat air ke atau pergi buat solat sunat supaya hati tenang. Allah berfirman "ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang."

Sebenarnya itulah penawar kepada segala-galanya, kembali kepadaNya dan InsayaAllah Dia sentiasa bersama kita. Ok la saya harapkan hari-hari korang semua berjalan dengan lancar ok. Kalau tersekat atau dilanda musibah di tengah perjalanan, jangan risau Allah bersama dengan kita.

p/s: Saya kena masuk tidur sekarang kalau tidak kepala saya tak tenang esok sebab mengantuk..

Saturday, July 9, 2011

Aman

Assalamualaikum...

Ketika beberapa peristiwa penting berlaku di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, saya juga di Kuala Lumpur tapi di rumah menikmati hari cuti saya. Salahkah bila saya mengambil sikap berkecuali dalam hal-hal seperti ini, saya tak menyokong dan tak membahtah dengan perhimpunan Bersih yang berlaku hari ini. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Kepada semua saya doakan korang berjaya ok.


Sebenarnya saya tak mahu langsung menulis tentang perkara ini tapi macam biasa sebab semua orang berbual tentang perkara ini sedikit sebanyak saya ambil tahu juga. Ibu saya semalam mengingatkan saya supaya jangan keluar rumah dan jangan pergi ke tempat perhimpunan itu, bila disuruh macam tu buat saya rasa nak pergi je, hehe. Emm tapi saya memang bukan orang yang suka menonjolkan diri dan terlibat dengan perkara-perkara macam ini, jadi memang saya takkan terlibat la dengan perkara ini. Saya harap pihak-pihak berkenaan dapat mencapai kata sepakat tentang isu ini, saya pun dah tak tahan melihat drama-drama dalam berita. Saya mahu kita kembali aman seperti biasa (^_^).

Emm apakah yang saya mengarut dalam entri saya hari ni, saya sebenarnya agak bosan sebab dah lama tak duduk di rumah sepanjang hari. Ada tugasan tentang kuasa nuklear yang perlu saya siapkan tapi minda saya memang ambil masa yang agak lama untuk memproses maklumat baru (sebenarnya malas je), jadi dari pagi tadi tak ada satu ayat pun lagi yang saya tulis, kekeke. Uits perjuangan saya juga masih belum selesai, saya tak boleh bermalas-malasan je. Doakan saya semoga saya boleh menghabiskan pengajian saya yek, perjalanan masih panjang lagi, Gambatte Oda!!

p/s: Ada assignment tak siap tapi boleh pulak tengok HBO sepanjang hari, haihhh

Sunday, July 3, 2011

Ujian Kecil

Assalamualaikum...



Hari ini saya diuji dengan ujian yang kecil, agak sedih sebab semuanya atas kelalaian sendiri. Tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali berserah kepada Allah sahaja. Semua yang kita miliki hari ini adalah dariNya jadi kalau hilang redha sahaja. Saya pohon semoga hati saya kuat dan tabah dengan ujian ini.

PESANAN - Suhaimi Inteam

Kau dengarkan tiap pesan Rasulullah
Jadikan pedoman agar tak kesesatan
Berselawatlah walau di mana berada
Sebagai tanda kau mengasihinya

Bila kau berselawat
Memuji Rasulullah
Allah pun turut selawat padamu

Jika hartamu dimusnah
Ingat Allah yang memberi

Jika engkau dizalimi

Tenang dan tabah hadapi

Allah Maha Mengasihi
Mendengar rintihan hambaNya

Usah dikejar dunia yang sementara
Bertaubat sentiasa bersihkanlah jiwa

Kau jagalah solatmu
Bersyukurlah selalu
Itu tanda redha segalanya
Hari ini saya mendengar lagu pesanan dari Suhaimi ini berkali-kali, ini adalah lagu pengubat hati saya apabila saya susah hati dan mengingatkan diri sendiri apa yang lebih penting. Ayat 'Jika hartamu dimusnah, Ingat Allah yang memberi' buat saya sedar apa yang kita ada di dunia ini adalah pinjaman sahaja jadi sekiranya ia diambil kita mesti redha dan sabar kerana semuanya hak Allah SWT. Alhamdulillah ujian kecil yang diberi kepada saya hari ni masih mampu saya tahan, kalau tak mampu saya tak dapat ujian ni kan. Saya dah kehabisan ayat untuk ditulis sebenarnya, harap entri seterusnya ceria sedikit ek.

p/s: Ujian yang saya terima kecil sahaja, sedikit sahaja nikmat saya diuji hari ni jadi jangan la risau ek (^_^)