Wednesday, February 23, 2011

LA ILAHA IALLAH

Assalamualaikum...

Salam hari khamis semua (walaupun saya menaip entri ni malam rabu, huhu), waa lagi sehari setengah kira sekali hari ni nak cuti hujung minggu ek, hehehe. Exited terlebih lak Oda ni kan, emm macam-macam perkara berlaku kepada saya minggu ni (sabar Oda, redha je semua tu ujian tuhan), takleh nak cerita kat sini too personal.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ni quote kegemaran saya, ada saya letak kat footer blog ni (^_^)

Sebelum menulis entri tadi saya tengok blog post saya dah 298 maknanya ni entri yang ke 299 la. InsyaAllah kalau saya ingat dan rajin saya nak tulis pasal anniversary entri yang ke 300 (huhu, rasa macam orang korea lak sambut annivesary 100, 200, 300....). Dah lama blog ni rupanya, kalau ikut tahun ni dah tahun yang ke 6 dah, saya mula menaip menulis dalam blog ni sejak zaman degree UTM lagi. Kalau budak ni dah nak masuk tadika dah, tahun depan dah masuk sekolah, kalau blog ni anak saya dah besar anak saya ek.

Emm lari dari topik lak, tu topik entri 300 patutnya. Sekarang ni saya tengah tengok bola disebabkan Along yang sangat minat bola sekarang ni nak tengok Malaysia lawan Pakistan jadi adiknya pun terpaksa tengok juga la (komen Along: "Pemain Pakistan ni macam mamat-mamat jual karpet je" - hahahaha kata Along bukan Oda ok). Keputusan sekarang Malaysia 2 - Pakistan 0, waa nampaknya cerah peluang Malaysia nak menang ni tapi masih ada dalam 30 minit lagi sebelum tamat ni, jadi Malaysia Boleh!!!. Uits buat ulasan bola lak, saya memang menaip suka hati je ni sebab tak ada idea pun cuma nak jugak updates blog, hehe.



Saya tengah risau dengan assignment Law, ethic and Investigation yang nak kena hantar sabtu ni, saya tak mula lagi. Emm bila kepala asyik risaukan benda lain saya tak boleh berfikir, harap-harap malam ni boleh mula buat draf dah. Rasa macam tak susah tapi itu la, emm banyak pulak beri alasan kan. Macam-macam benda ada dalam kepala saya ni, saya tau tak guna risau ni sebab risau tu kan macam kerusi goyang tapi bila kita susah hati tak boleh tak risau. Baca mesej kat atas ni, buat saya terasa je, betul jugak kalau rasa susah hati, ucaplah, LA ILAHA IALLAH tiada tuhan selain Allah. Sentiasa ingat Allah sentiasa bersamamu, bak kata Maher Zain:

Andainya kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
Segalanya suram,
Bagai malam yang kelam,
Tiada bantuan tiada tujuan,
Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu.

InsyaAllah - Maher Zain (Malay version)

Huhu macam sedih lak bunyinya, jangan risau bukan apa-apa pun. Banyak mana la ujian saya ni kalau nak banding dengan adik Hairuman tu, dah la hilang dua-dua tangan lepas tu kaki pun kena potong jugak. Sedih bila tengok bersamamu minggu lepas, umur dia 22 tahun dekat dengan umur adik saya yang bongsu tu. Tengok dia saya memang teringat kat adik bongsu saya, tak boleh bayang saya perasaan dia, sebak pulak saya rasa. Doa saya untuk adik Hairuman "Ya Allah kuatkanlah dan tabahkanlah hati adik Hairuman mengharungi UjianMu, semoga beliau sentiasa dibawah limpahan rahmat dan kasih sayang Mu". Kalau nak bantu sila la guna maklumat kat bawah ni ek, bagi sedekah ni boleh jadi saham akhirat untuk kita. Besar pahala sedekah ni, lagi-lagi adik Hairuman ni anak yatim piatu.

Nombor telefon : Kakak Hairuman 0183807867 - Maryuni Bt Miskon

No Akaun : 162030632448 Maybank / 1257-0000203-529 CIMB

Alamat: No 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor

Semoga adik Hairuman tabah dengan ujian ni, kena ingat satu je kalau kita tak mampu Allah tak bagi ujian tu pada kita. Jangan salahlah takdir kalau kita selalu ditimpa masalah, Allah tu maha pengasih apa yang Allah kasi pada kita tu anya Allah sahaja yang tahu. Kalau sedih istifar banyak-banyak atau ucaplah LA ILAHA IALLAH, Allah sentiasa bersama kita.

p/s: Menaip entry sambil buat assignment sambil tengok tv tak sedar dah dekat pukul satu, alahai esok kena bangun awal kerja. Sabar Oda sabar, semua orang pun kerja jugak bukan awak sorang je...

1 comment:

munie said...

wah..best2...oda gi konsert maher zain tu...