Argghhh dah malam ahad, esok dah isnin. Saya terkena 'Monday Blues' akhirnya, biasa isnin atau hari lain tak memberi kesan pada saya sebab sebelum ni kerja shift kan jadi isnin atau ahad sama sahaja. Kerja waktu biasa bagi saya bukanlah teruk sangat sebab walaupun saya penat dengan melalui jam hari-hari tapi badan saya tak sepenat kerja shift. Saya dapat tidur yang mengcukupi dan tidur malam hari jadi badan saya lebih ok dari dulu.
Entri kali saya nak cerita kisah saya dalam jam semasa balik kerja jumaat lepas. Sepanjang minggu lepas sangat geram dengan jalan yang jam tu, sebelum ni saya memang jarang melalui jam sebab waktu kerja saya bukan peak hours jadi saya sangat kurang sabar dalam jam. Sekali sekala takpe tapi bila hari-hari melaluinya saya tensen. Jadi hari jumaat lepas saya datang awal sedikit nak elak jam tapi keluar rumah pukul 7 pun lebih kurang je. Disebabkan sampai awal saya masuk office pukul 8.30 jadi saya boleh balik pukul 5.30, hehehe seronok juga boleh balik awal ni.
Tepat pukul 5.30 petang saya terus gerak keluar office, Alhamdulillah jalan ok dan saya bergerak pulang dengan senang hatinya, huhu. Tapi sampai je kat tol Mines tu, lane Touch n Go (TnG) takde la panjang tapi lama sangat menunggu turn saya, rasanya ada kereta yang ada masalah kat depan kot. Dah 5 minit menunggu, kereta saya tak bergerak langsung saya dah nak tukar lane dah tapi tiba-tiba dah ok. Saya agak bengang dan agak geram, saya marah-marah dalam hati siapalah yang bermasalah ni. Bila sampai turn saya, masa nak touch kad TnG tu tiba-tiba kad tu terlepas dari tangan saya. Cuak giler saya rasa, nak ambil kad tu tapi bila saya bukak pintu kereta saya pintu tu tersekat kat palang lane tol tu jadi tak boleh nak bukak. Mesti orang belakang saya bengang je, budak ni kad pun boleh terlepas. Nasib baik ada adik tol lalu, saya mintak tolong dia ambilkan, Alhamdulillah, selesai masalah dan saya berjaya jugak men'tocuh' kad saya tapi hati saya masih berdebar-debar sebab cuak tadi.
Dapatkan Mesej Bergambar di SiniMari kita lihat dan nilai semula hati kita, Allah sentiasa ada di sisi.
Itu la saya rasa tuhan nak tunjuk pada saya, tak baik berburuk sangka. Bila orang lain yang terkena, kereta rosak ke, tayar pancit ke, accident ke, kita kadang-kadang marah dan bengang sebab jalan jam. Tapi macam mana kalau benda tu terkena pada kita, hari ni hari dia lain kali kalau terkena hari kita macam mana. Saya bersyukur Allah bayar cash buruk sangka saya hari tu, buat saya sedar yang saya dah berburuk sangka dengan ujian tuhan pada orang tu.
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.”Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.
p/s: Jadi sentiasalah berbaik sangka, sebab kita tak tahu bila Allah nak uji kita. Mari kita renovate dan renew hati kita, jangan biarkan hati kita berkarat.
1 comment:
begitu la lumrah hidup kan..
kadang2 kita ni lupa.. main sedap hati je kan.. bila dah terkena kat diri sendiri..baru kita sedar..
ape pon terima kaseh kepada Illahi kerana masih memberi ruang untuk kita sedar semua tu..
Post a Comment