Assalamualaikum...
Kemalasan melanda diri, saya malas nak buat apa-apa dua tiga hari ni. Nak updates blog pun saya malas tapi tak suka biar blog saya tanpa entry baru maka oleh sebab itulah terhasilnya entry saya yang malas ini.
Sepanjang hari ni saya nak duduk depan tv dan komputer aje tanpa perlu berfikir. Tak nak buat apa-apa pun hari ni sebab esok saya sudah mula bekerja kembali, kali ni saya akan bekerja selama 6 hari dan cuti seterusnya ada pada selasa depan. Di sebabkan kemalasan ini maka saya pun dah malas nak menulis jadi sampai di sini aje la entry malas ini ek.
p/s: Mintak ampun bebanyak sebab korang terpaksa baca entry malas yang entah apa-apa ni
Tuesday, March 30, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Aktiviti Masa Lapang
Assalamualaikum...
Bulan ni agak kurang meng-updates blog kan, banyak kali dah buat draf tapi tak ada idea nak tulis apa. Life agak membosankan sebulan dua ni but I'm still enjoying it, its good to be alive ne (^_^). Saya sangat suka kalau cuti rehat-rehat di rumah, walaupun sorang-sorang tapi macam-macam boleh buat kalau cuti. Tapi rasanya kalau orang yang memang kaki berjalan memang tak boleh cuti duk rumah je kan.
Aktiviti yang paling saya suka adalah tengok drama jepun/korea/taiwan dan habiskan buku-buku dan manga. Macam boring je kan, saya lebih suka buat benda-benda ni daripada keluar jalan-jalan sebab saya tak suka tempat ramai orang dan tempat panas. Kalau keluar tempat-tempat camni saya jadi kurang sabar, nak semayang pun susah kadang-kadang sebab surau penuh dan tak best.
Tak puas la pergi pesta buku tu kejap je, insyaAllah hujung minggu ni kalau sempat nak pergi lagi. Ada lagi buku yang tak sempat nak beli, salah satu buku kat atas tu Secangkir Teh Pengubat Letih. Lepas ni rasanya kena la berhenti beli buku dua bulan, banyak sangat buku kat rumah yang masih pending lagi.
Itu la aktiviti masa lapang Oda, dengan cd dan buku berlambak-lambak tu masa cuti saya selalu terisi. Tapi tak ada la saya terperuk dalam rumah je sepanjang cuti saya, kadang-kadang keluar jugak dengan kawan-kawan dan housemate. Tak kesah la apa pun aktiviti yang kita buat masa lapang janji kita memang suka dan bukan benda haram ok.
**Imej semuanya ambil dari encik Google
p/s: Rasa nak pergi beli cd jepun baru la pulak, huhu (^_^)

Drama yang baru habis ditonton:Yamato Nandeshiko Shichi Henge (Jepun)
Autum's Concerto (Taiwan)
Pasta (Korea)
Tak puas la pergi pesta buku tu kejap je, insyaAllah hujung minggu ni kalau sempat nak pergi lagi. Ada lagi buku yang tak sempat nak beli, salah satu buku kat atas tu Secangkir Teh Pengubat Letih. Lepas ni rasanya kena la berhenti beli buku dua bulan, banyak sangat buku kat rumah yang masih pending lagi.
Itu la aktiviti masa lapang Oda, dengan cd dan buku berlambak-lambak tu masa cuti saya selalu terisi. Tapi tak ada la saya terperuk dalam rumah je sepanjang cuti saya, kadang-kadang keluar jugak dengan kawan-kawan dan housemate. Tak kesah la apa pun aktiviti yang kita buat masa lapang janji kita memang suka dan bukan benda haram ok.
**Imej semuanya ambil dari encik Google
p/s: Rasa nak pergi beli cd jepun baru la pulak, huhu (^_^)
Monday, March 15, 2010
Allah is Calling
Assalamualaikum...
Sekarang ni tengah dengar lagu Allah is Calling oleh The Zikr, kumpulan lama ni. Dengar lagu buat saya berfikir, berapa kali agaknya saya sebenarnya jawab panggilan Allah. Bawah ni lirik lagu ni, jom kita hayati bersama-sama ek.
Sedih je kan lagu ni, kalau nak dengar lagu ni sila la download kat sini. Ingatlah selangkah kita kepadaNya, seribu langkah Dia kepada kita. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
p/s: Hujung minggu ni ada konsert indie nasyid percuma kat Stadium Bukit Jalil, moh la kita sama-sama pergi ek.

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com
Allah is calling
But I didn't answer
And when Allah is calling
I just listen to the voices
Allah is calling
I just answer sometimes
And when Allah is calling
I just listen to the whispers
Allah is calling
I answer so many times
Allah is calling
I'm tired of them
Hardly forching myself
I have to accept it all
And that is really me
Who's still not close to Allah
Sedih je kan lagu ni, kalau nak dengar lagu ni sila la download kat sini. Ingatlah selangkah kita kepadaNya, seribu langkah Dia kepada kita. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
p/s: Hujung minggu ni ada konsert indie nasyid percuma kat Stadium Bukit Jalil, moh la kita sama-sama pergi ek.
Updates: Training
Assalamualaikum…
Seminggu dua ni saya sangat sibuk dengan kerja dan latihan (training). Dah mula dah training yang macam-macam, biasa cam ni la kalau ada training tu selalu dua tiga training dalam sebulan. Ada account baru tu yang kena pergi training tu, terpaksa la kitaorang kan team backup, camna pun kena ambil tahu kalau ada account baru masuk. Account kitaorang tak ada pulak orang nak ambil tahu.
Minggu lepas dipaksa menghadiri dua hari training EQ and Personal Development, tak macam training macam seminar la tapi kat office ni semua pun panggil training. Masa mula-mula tu agak skeptikal la jugak, yela training yang tak ada kaitan dengan kerja. Tapi bila dah pergi tu seronok pulak, bila dah nak habis hari kedua tu rasa sedih la pulak. Bagus la kelas ni, rasanya company memang patut hantar pekerja pergi training ni. Nak cakap isi training ni pun susah la tapi kalau kalau dari sudut kerja, training ni ajar kita untuk jadi lebih gembira kat tempat kerja. Huhu cam tau je motivasi Oda kurang tahun ni. Paling suka ayat kat bawah ni:
Macam mana tak suka kita dengn kerja kita kena buat jugak kan, tak semua yang kita nak kita akan dapat dalam hidup kita jadi cubalah sukai apa yang kita buat. Saya bukan tak suka dengan kerja sekarang tapi bila kita dah lama buat kerja kita akan sampai tahap mendatar, kita rasa kita buat benda sama je tiap hari. Jadi Oda akan cuba lebih positif dengan kerja, kerja saya bukan susah pun, tak stress sangat (emm kadang-kadang stress la), boss memang la hampeh tapi tak la teruk sangat dan suasana kerja pun ok. Ganbatte Oda!!
Minggu depan ada lagi satu training kena paksa pergi (huhu), kali ni tiga hari pulak. Biasa training kat cyberjaya je tapi kali ni kat Technologi Park Malaysia (TPM) Bukit Jalil lak, dah la tak reti nak pergi situ, kena la pergi survey jalan dulu weekend ni. Tak suka sangat kena hantar pergi training sebab saya rasa training ni membosankan tapi camna pun kena la tahan kan sebab pergi training pun untuk tambah pengetahuan. Atos memang suka hantar pergi training, kerja support user kena la sentiasa upgrade diri, setiap kali user ada system baru nak guna support pun kena belajar jugak kan. Ganbatte Oda!!
Rasanya dah banyak sangat training saya hadiri sejak bersama Atos ni. Sebelum confirm dengan Atos pun training dekat lapan bulan. Walaupun dah lepas zaman belajar kita masih lagi kena belajar ek. Hidup adalah kelas yang tak akan tamat, kita sentiasa belajar benda baru setiap hari jadi kena la lebih peka dengan sekeliling kita sebab ilmu itu ada di mana-mana.
p/s: Hujung minggu ni Pesta buku antarabangsa akan bermula kat PWTC, jom la kita semua pergi pesta buku ek (^_^).

“Don’t like it, still have to do it. Better like it la”

Friday, March 5, 2010
Sayangi Bumi Kita
Assalamualaikum…
Rasa macam lama sangat tak meng-updates blog ni, macam biasa alasannya tak ada idea dan malas je la. Terasa jugak nak menukar layout blog tapi itu pun malas jugak, huhu. Sekarang ni tak banyak sangat aktiviti, kerja, tengok tv, tido, makan, jalan-jalan, shopping dan membaca buku je. Walaupun macam boring je tapi saya memang suka semua aktiviti tu.
Sepatutnya bercuti ke perhentian bulan ni tapi ada banyak sebab terpaksa dibatalkan. Sedih jugak la sebab teringin sangat nak bersantai-santai kat tepi pantai, mungkin ada hikmahnya tak dapat pergi. Lagipun sekarang ni dengar banyak sangat bencana alam, ngeri jugak la bila dengar bencana alam kat negeri orang. Kesan global warming memang dah sangat nampak la sekarang ni.
Cakap pasal global warming ni, apa kata kita cuba la menbantu jugak. Walau pun tak banyak tapi cuba la buat. Banyak cara kita boleh menyumbang sebenarnya, salah satunya kita kurangkan penggunaan beg plastik. Kerajaan Selangor buat kempen ni, hari sabtu adalah hari tanpa beg plastik (emm tak tahu apa nama betul kempen ni). Semua pasaraya kat Selangor tak kasi beg plastik pada hari sabtu, kalau nak jugak kena charge 20 sen. Bagus jugak kempen ni, tak banyak dapat jugak beri kesedaran pada orang awam. Guna la beg mesra alam yang ada banyak jual, tak mahal pun dalam RM 3- RM 5 je, boleh guna banyak kali. Beg plastik yang kita guna tu ambil masa 500 tahun nak terurai, emm kalau kita banyak sangat guna risau jugak bahan buangan tu nak letak kat mana, nak recycle tak boleh.
Haa cara yang kedua, kita recycle aka kitar semula. Macam mana nak recycle, emm kalau ni pun nak kena ajar tak tahu la. Cuma kena asingkan sampah ikut kategori je, kertas, plastik, kaca dan aluminium. Sampah basah tak boleh recycle, yang tu buang macam biasa je la. Walaupun leceh sikit nak kena sort sampah kan, tapi tak susah pun nak buat. Sediakan la tong-tong untuk semua jenis bahan tu lagi menyenangkan kerja. Banyak tempat ada sediakan kemudahan recycle ni, yang datang kutip kat kawasan perumahan pun ada tiap-tiap minggu (kalau kita ambil perhatian kita akan perasan). Untuk yang tinggal kat area Cheras-Ampang ni, kat Tesco Ampang ada pusat recycle. Kain baju yang kita dah tak pakai pun boleh recycle jugak.
Ada lagi tips yang Rozila bagitau, kurangkan bukak-tutup peti ais sebab peti ais keluarkan CFC (chlorofluorocarbon), setiap kali kita buka peti ais kita akan bebaskan gas CFC tu. Jadi kalau nak ambil barang dalam peti ais tu fikir dulu apa yang kita nak ambil nanti tak ada la kita bukak peti ais tu dua tiga kali kan (emm ni memang susah la nak praktiskan, lemah lagi dalam bab ni). Air-cond pun sama, kalau boleh tak payah la pasang air-cond kat rumah, jimat letrik jugak nanti.
Sebenarnya banyak lagi tips untuk mengurangkan kesan rumah-hijau ni, nak tau sila la Google ek. Apa pun nak buat semua ni kena ada kesedaran diri dulu, kalau kita tak jaga bumi kita ni siapa lagi, takkan alien kot kan, huhu.
p/s: Oda pun sama jugak, kena tambah lagi kesedaran diri (@_@). Marilah sama-sama kita jaga bumi kita ek.

Subscribe to:
Posts (Atom)