Currently kat office, today is my third day shift (@_@). Bosan yang amat, kepuasan kerana tak ada kerja nak buat, biasa la weekend kan. Ni nak sambung cerita Melaka trip, gambar tak upload lagi, yang ada dalam dalam ni amik dari Rinie je.
Hehehehe, lepas check in kat Seri Malaysia Melaka dalam pukul 3.30 kitaorang semua rehat-rehat, mandi dan solat. Dalam pukul 5.30 kitaorang gerak ke bandar Melaka, sempat panjat A Famosa dan jalan-jalan sekitar kawasan tu sambil ambil gambar (kalau nak tengok gambar pergi la facebook Rinie..hehe). Kitaorang jalan-jalan area A Famosa sampai lebih kurang pukul 8.30 malam. Lepas tu bergerak ke Umbai untuk dinner, kitaorang plan nak makan seafood.
Sampai kat Umbai, ramai giler orang maklum la isnin kan public holiday (Maulidur Rasul). Kitaorang hampir-hampir tak dapat makan sebab semua tempat penuh dan kenbanyakkan kedai dah habis lauk dah. Dah la kitaorang memang lapar giler sebab last makan kat wedding Dianah. Nasib baik dapat jugak makan, banyak giler kitaorang makan kiranya memang puas hati la. Emm lapar la pulak bila teringat makan kat Umbai ni..
Tu la program last kitaorang untuk hari tu. Esoknya kitaorang check out dari Seri Malaysia terus gerak ke Taman Mini Malaysia. Makan breakfast dulu dan tengok-tengok kedai cenderamata kat luar Taman Mini tu dulu. Ni first time pergi Taman Mini Malaysia, masa kecik-kecik nak sangat pergi sebab selalu tengok dalam cerita pendekar dulu. Kitaorang dapat tengok persembahan kebudayaan dulu, best jugak tengok tarian malaysia ni. Then kitaorang tour semua rumah dari Perlis sampai la ke Serawak, penat jugak la tapi memang berbaloi la. Semua rumah ada keunikan sendiri; rumah selangor besar sangat, kitaorang buat assumption orang selangor ni kaya-kaya je. Rumah pahang lak macam tak ada beranda sebab dia punya beranda tertutup, rumah terengganu kecil sikit tapi comel je. Rumah Kelantan pelik sikit, besar dan ada 2 beranda tapi tak ada bilik. Then rumah Melaka, tangga dia batu, cantik lak tu tangga dia. Kenbanyakkan rumah semenanjung Malaysia lebih kurang tapi rumah Sabah dan Sarawak memang lain. Rumah diaorang tinggi dan lantai dibuat dari buluh. Emm menarik kan, walaupun nampak biasa je tapi bila jalan-jalan kat situ banyak yang kita boleh belajar tentang budaya kita.
Dekat tengahari kitaorang nak balik dah, sampai kat pintu keluar/masuk taman mini kitaorang nampak ada orang tengah menyanyi dan menari kat situ. Penari-penari kebudayaan tengah buat persembahan terbuka, diaorang siap ajak kitaorang menari lagi. Hehehe mula-mula tu malu la jugak tapi sebab ramai yang ikut menari kitaorang join je la sekali. Nampak macam senang nak menari tapi susah nak ikut step diaorang ni.
Lepas taman mini, kitaorang semua terus gerak balik ke KL tapi perasaan seronok jalan-jalan kat Melaka still ada sampai sekarang. Harap dapat datang lagi ke Melaka Badaraya Warisan Dunia (^_^)
No comments:
Post a Comment