Tuesday, April 29, 2008

ISTIDRAJ

emm dah lama dah baca artikel pasal istidraj ni...tp selalu lupa nak post kat blog...then na kasi email pasal istidraj ni...so ni nak share la sama2 ekk.... apa itu istidraj..korang baca la artikel nihhhh....bagus buat pedoman..semoga kita tidak lupa kepadaNya...

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takbburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w. bersabda:

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt."


Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang ingkar kepada Allah kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Monday, April 28, 2008

Demam + Dinner

Emm..sehari dua ni rasa penat semacam...nak demam pun ada gak...agaknya ni la penangan sebab asyik keje...last shift keje straight 7 hari pastu cuti one day then sambung shift ni lak...shift kali ni keje straight 9 hari...dah rasa cam iron lady dah...pulak tu last saturday ada annual dinner lak....emmm ponat den...rozila lak kena chicken pox..kesian tull nak pg umah dia tgk dia pun risau sebab takut berjangkit...ktorg xpernah kena lagi...rasanya hari ni dia akan balik kemaman....emm bgs la balik duk umah...ada org jaga kan....ma pun cam risau semacam jekk...semalam asyik call tanya camna rozila....harap awk cepat sehat ekk rozila...bagus jugak dia demam boleh rehat2....ni asyik keje je...kan dah demam tu...

Annual dinner lak....emmm ok la..kat imperial hotel...chinese food (kureng suke)..then theme dia box office nite tp xramai sgt yg ikut tema...tgk yg perempuan banyak pakai evening dress jekkk...tp yg ikut theme tu yg best...ada jedi la, maharani china, gladiator n macam2 la...mc majlis malam tu si dee tu...hari tu je baru ckp pasal komen dia dalam melodi...emmm ntahh la malas nak komen apa2 la...then yg spoil mood tu sebab ada serve beer...dgr citer ramai la yg mabuk2 malam tu..xtgk pun sebab balik awl sebab kena keje pagi ahad tu... tu la satu sebab rasa agak malas nak pg dinner tu...

dah xde idea nak tulis apa dahh....ngantukk aaaa (+_+)

Friday, April 25, 2008

Lepas geram

Arghhhhhhhhh...tensennya...geeraamm tulll laa...

Rasa nak je call lepas geram kat ERA tu... xpernah marah org camni...geramm tull laa...dah lama geram kat dia ni tp hari ni mmg menguji kesabaran tul...xpernah jumpa org seteruk dia...emm xbaik la kutuk org tp ni mmg geram yg amat ni...dia ni ada mental illness kot...semua benda yg dia ckp pun mmg sarcastic jekkk...xpun dia ni berdemdam ngan AO kot... apa yg ktorg buat mesti ada yg xkena...rasanya kalo ada kat depan mata mmg lama dah kena belasah dia...xpernah lg la rasa nak pukul org camni...agaknya ni la sebabnya kadang2 ada org mati kena bunuh niii....

sabar oda..sabar (*_*)

semua org kat team tau oda selalu gaduh ngan emm nak panggil apa ekk pakcik nii...kt panggil dia pakcik je la...dia xde la tua dalam 30 thn rasanya...emm agaknya faktor usia kot yg buat dia perangai pelik camtu...kalo kena shift sama ngan dia mmg ada yg balik keje makan hati...tp pakcik ni bukan AO punya org la... nasib baik la... kalo la dia kat AO ni...mmg xtau la camna nak cope ngan attitude dia ni...

hehheehehe tetiba rasa jahat jekk kutuk org dalam blog sendiri tp mmg dah lama nak lepas geram pasal pakcik ni...tp xsampai hati jekk...hari ni dia dah melampau yg amat...mmg xleh la dgr suara dia...spoil mood terus...

emmm ok la...citer panjang2 pun xguna...harap2 pakcik hampeh tu berubah sikap...kesian lak kat teammate dia, semua pun baik jekk...dia sorang jek yg prob xtau la camna dia leh keje area customer service ni...xsesuai ngan dia langsung...very rude, sarcastic, annoying n rasa diri superior (ni yg plg xleh tahan ni).....hehehe…rasa cam best jek bila lepas geram kat dia...hahahahaha (gelak jahat)

Sunday, April 20, 2008

My Boring Sunday

hehehe... hari ni boring giler....sebenarnya tengah keje ni...tp biasa la weekend xde la banyak sgt keje dia...kecuali masa month end bz laa.....emm agak lama jugak tak tulis dalam blog ekk....emm skrang ni cam xde mood nak tulis blog...biasa kalo masa rajin nak tulis blog bz lak...masa free xde mood nak menulis lak....hehehe alasan..

semalam tido lambat sebab pg tgk midnight ngan rozila n along....tgk citer Evolusi KL Drift...emm best jugak la citer dia...story ok not so bored...tp drift dia mmg best la...kalo korang suka keta baik tgk citer ni...xrugi laa...mula2 ingat citer ni gimik jek best tp mmg citer ni totally pasal drift n diaorg mmg race tgh2 KL...pusing2 KL la diaorg race ni...lagu dia pun best...cuma terkilan sket sebab citer ni diklasifikasikan umum sebab biasa la kalo citer rempit2 ni banyak la aweks2 seksi yg xtau nak cakap apa..pastu kalo yg kat disco tu dah macam monyet pun ada...so adengan2 ni mmg xsesuai la untuk bebudak tgk....emm kadang2 xpaham camna finas ni tapis filem...diaorg nak ke anak2 diaorg yg sekolah rendah tu tgk benda2 camni...well i'm saying this coz kenbanyakkan yg tgk semalam family2...so agak ramai jugak la bebudak...

last week sempat jugak pg pesta buku kat PWTC...emm mmg la best pesta buku tu...tahun depan kena pg lagi...banyak jugak la beli buku...hehehe..rambang mata tgk buku2....rasa nak beli semua....tp hari tu pun ada peristiwa xbest happen....along park keta dia kat terminal putra tu...dia tinggalkan labtop dalam keta...emm keta dia kena pecah n labtop ilang...dia pun terlupa labtop dia...ktorg pun heran...biasa dia pg mana2 pun bawak labtop dia tu...kesian dia..dah la assigment dia dalam labtop tu...emm dugaan betul la...sabar je la long...benda dah jadik...nak wat camna kan...tp xleh sedih sgt ngan harta dunia ni...apa2 pun semuanya datang dari Allah SWT...kalo tuhan nak ambik balik xleh nak cakap apa....satu lagi ujian dariNya...sabar n redha je la...

emm apa lagi nak tulis ekk....dah xde idea nihhh..sampai sini je la...hehehe apa2 pun...jaga diri, hiasi peribadi k..(^_^)

p/s: cik tz...sy xleh nak masuk blog awk la...naper block sy...(+_+)

Friday, April 11, 2008

Taubat Seorang Hamba





Taubat Seorang Hamba
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


lagu ni rozila kasi tadik...emm semenjak dua menjak ni lagha semacam jekk...bila dengar lagu ni insap jekk rasa....baru baca artikel kat bawah ni...best lak...so paste kat sini la...cam biasa artikel ni amik dari Raudhah so mari la kita amik pedoman n renung-renungkan n selamat beramal....hehehehe


~Layunya sekuntum bunga~

Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa dia bersabar; yang menyenagkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya - (Maksud Hadith)

Selepas asar, ana pulang ke bilik. Sambil mendengar lagu ˜seorang gadis hati ana terdetik...tiba-tiba jadi sayu...ana teringat satu cerita....Apa yang ingin ana ceritakan di sini..bukanlah kisah dongengan tetapi kisah benar yang berlaku pada seseorang...anggapla wanita ini sebagai ˜Bunga..Ambillah pengajaran WANITA!!!!!

˜Ada seorang gadis, termenung di jendela, Memikirkan nasibnya, Yang telah ternoda,Terpinggir Terhina, Kerana dosa-dosa silamnya..Begitulah bunga...
Kerana cinta..dirinya ternoda...

Ana bertanya pada diri ana...Adakah ini hukumnya cinta? Disemai, dibaja....akhirnya berbuahlah pohon cinta terlarang...masam,manis dan memabukkan..Tidak sempat diracun perosak cinta, madu telah pun dicuri kumbang...Adakah itu katanya cinta? Bak madah Laila Majnun, gunung sanggup didaki, lurah dituruni, lautan api sanggup irenangi...tetapi tidakkah kita sedar....tidakkah kau sedar bunga.....api itulah yang membakar hangus dirimu..rentung meninggalkan debu yang berterbangan...Tidakkah kau sedar,bunga???

Ketika itu, diri ini masih terkapai-kapai...ana sendiri tidak mampu membawa pulang bunga kepada kehidupan yang benar....Pada siapa ingin dipersalahkan? Pada janji?˜Manis kata dibibir mulut, tapi hati lain bicara....ingin menyalahkan taqdir? ˜Memisahkan cinta suci antara dua insan? Cuba kita renung kembali wahai hawa.....renung dengan mendalam....Siapakah kita? Bagaimanakah kita dijadikan?.....

Ingatlah...˜Pelangi untuk dilihat bukan untuk ditangkap" Jika benar kumbang itulah yang akan memberikan kebahagiaan kepada bunga...
Dan mencinta bunga sepenuh hati..Mana mungkin dia sanggup memetik kuntuman-kuntuman bunga yang sedang mekar berkembang!!!Mana mungkin dia sanggup melayukan seri si bunga!!!Mana mungkin dia mencantas ranting si bunga!!!

Dan....Mana mungkin si kumbang sanggup mencuri madunya!!!!Jika betullah lelaki itu menyayanginya dengan tidak sanggup membakar kekasihnya dengan puntung rokok sekalipun, tetapi kenapa dia sanggup menempah api neraka???MENGAPA???MENGAPA LELAKI????kerana ego?kerana sejarah silam??kerana nafsu bukan!!!!!!!!!

Astaghfirullahalazim.....

Hati ana rasa kosong bila ana memikirkan nasib wanita hari ini...Ana gerun bila membaca surah An-Nur...ayat 26

"Bad statement are for bad people(or bad women for bad men) and bad people for bad statements(or bad men for bed women).Good statements are for good people(or good women for good men) and good people for good statements(good men for good women): such (good people) are innocent of (every) bad statement which they say; for them is forgiveness, and Rizqun Karim(generous provision i.e. Paradise)

Marilah kita sama-sama renung tentang diri kita....sudahkah kita boleh digelar layak untuk mendapat lelaki yang baik dan soleh sebagai suami/isteri??

Renungkanla...
Wahai puteriku sayang,
Kau ibarat kuntum penyeri sang suria pagi,
Kudupnya mekar meniti hari,
Mewangi bak haruman syurgawi,
Usah biarkan ayu wajahmu dipalit luka,
Lantaran iman tatkala leka,
Taqwamu menjadi benteng diri,
Angkatlah martabatmu....kepuncak tertinggi.....
Wassalam...

p/s: jaga diri...hiasi peribadi (^_^)