emm....today start working at 7.00 am....rozila yg hantar pg ofis pagi2 lg..kesian dia..dah la nak kena balik umah dia dulu (semalam dia tido kat my house)... then dia kena pg keje lg... emm this is the 1st time working early in the morning...so sleepy laa... dah la xleh tido semalam... dah biasa tido lambat...kena tido awl ni susah sket...nak wat camna ekk..sabar je la...
weekend hari tu balik kemaman...huhuhu..dah lama sgt xbalik kemaman nih...sempat la jugak jumpa titok tp kejap jek...sedeyyy.... balik kemaman pun kejap jekk...semalaman jek.. nak kata penat balik tu xde la sgt rasanya penat sebab keje lg....last week on thursday keje shif 3.00pm - 12.00 pm ...then friday working 8.30 am-5.30 pm shif.... so penat la sebab balik umah tido kejap dah nak kena pg keje pg esk tu...pastu after ofis lak bergegas ke kl nak balik kan...naik bas dari cyber sampai terminal putra..naik lak erl sampai bandar tasik selatan (1st time naik erl..emm xbest pun..biasa jek) then tukar star pg maluri n jumpa rozila...shopping kat jusco jap then malam tu rozila hantar ke putra...pastu pkul 12 malam naik bas balik kemaman...emm penat giler...sakit badan keesokkan harinya...waaaaa
tapi sebab dah lama xbalik kemaman....so penat tu cepat jek ilangnya...ptg sabtu tu..pg berjalan-jalan...then malam tu kuar makan2 ngan my family...waaa miss them so muchhh.... hari ahad pagi gerak balik ke kl..sedeyyyy sampai jalan duta amik star pg pandan jaya then rozila amik balik my house.... dalam pkul 6.30 pm sampai la umah.... then pagi td pkul 6.30 am rozila hantar pg keje...sori rozila ekk...asyik susahkan awk jekk...huhu honto ni sumimasen deshitta
ckp pasal penat ni...td baca kat buletin friendster... ada org post pasal penawar kepenatan...so nak share gak la kat sini...
Petua Penawar Kepenatan (^_^)
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan
tugas-tugas seharian sama ada dirumah
mahupun di tempat kerja, bolehlah
jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu
kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib
tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk
membuat roti.
Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah
datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang
khadam untuk membantumu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya
dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan
seorang khadam bagi membantu tugashariannya di rumah.
BagaimanapunRasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi
permintaan anak kesayangannya itu.
LaluBaginda s.a.w. pergi menemui puterinya
serta menantu itu.Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berduamahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku?
Apabila kamu berdua berbaring untuktidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Iaadalah lebih baik untuk kamu berdua
daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w.
ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringankan keletihan dan kesusahan
hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang
kalimah-kalimah Rasulullah SAW ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah
meninggalkannya semenjak ia diajarkankepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu,
suami-suami atau sesiapa sahaja yang
merasai kepenatan setelah melakukan
tugas-tugas harian supaya mengamalkan
membaca 'Subhanallah' (33 kali),
'Alhamdulillah' (33 kali dan
'Allahuakbar' (33 kali)
pada setiapmalam sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan
istiqamah (berterusan) , Insya Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan
bebanan-bebanan hidup seharian kita.
Akan terserlah ceria di wajah padakeesokan hari dengan senyuman.
p/s: huhu...nak cuba la..
No comments:
Post a Comment