Wednesday, February 16, 2011

Nasyid

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul buat semua, semoga kita semua mendapat syafaat, InsyaAllah. Orang cuti tapi saya kena kerja (macam biasa), huhu takpe la sekurang-kurangnya jalan tak jam jadi saya pergi kerja dengan senang hatinya. Pagi-pagi maulidur rasul radio banyak pasang lagu nasyid, kan bagus kalau hari-hari macam ni. Kesian kami yang minat nasyid ni, ada satu je radio islamik - IKIM.fm tapi IKIM banyak sangat ceramah dan rancangan tajaan buat saya rasa bosan dengar (hehehe, saya kalau dengar ceramah yang tak menarik perhatian boleh buat saya tido, bahaya kalau dengar masa memandu).



Sekarang saya banyak dengar lagu Inteam sebab nanti masa konsert Maher Zain 26 haribulan ni Inteam pun ada jugak dan saya sememangnya peminat Inteam. Tiba-tiba saya rasa lagi excited nak dengar Inteam nyanyi lak dari Maher Zain, kekeke. Sejak keluar dari Hijjaz Record lagu-lagu Inteam makin best dan lebih keagamaan sikit. Paling suka album Allahu Rabbi, ahli Inteam lama bergabung balik dalam album ni. Disebabkan saya memang sangat suka suara Suhaimi jadi seronok dapat dengar Suhaimi menyanyi balik dengan Inteam. Lagu dalam album ni yang paling saya suka adalah Kepastian, lirik dan lagu dia sangat best bagi saya. Paling suka part 'Siapakan yang lebih mulia, Dari mereka yang tidak lupa, Janji Allah adalah kepastian, Dan nikmat syurga adalah indah'. Memang bahagialah siapa yang tak lupa Allah dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.


Lagu: Kepastian Munsyid: Inteam

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Lirik lagu nasyid adalah antara sebab utama saya suka dengar lagu-lagu nasyid, lirik dia lagi puitis dan yang pastinya lirik dia boleh beri kesedaran pada saya. Bagi saya industri nasyid dan industri muzik mainstream sama je cuma penyanyi nasyid menyanyi sambil berdakwah. Pada dasarnya lagu nasyid adalah lagu biasa yang ada lirik ketuhanan, kalau korang selalu dengar korang akan perasan lagu-lagu nasyid kita ni sedap. Tapi sayangnya orang kita lebih pandang artis nasyid luar padahal kat luar artis nasyid kita sangat popular. Kalau korang cuba pergi konsert nasyid korang akan enjoy, tak bosan pun pergi konsert nasyid, dapat jugak ilmu sikit. Lepas tu jangan judge lagu nasyid kalau korang cuma dengar lagu Raihan je, kita ada ramai lagi munsyid yang best.



Dengar lagu best ni, huhu

Dengar la lagu ni kalau korang free ek, tak rugi kalau dengar sebab lagu ni best. Saya tak ada lagi album ni, masa nak beli dulu saya terbeli album Inteam International Edition Love Allah, Love Rasul sebab itu yang paling baru, nak beli la nanti album ni. Saya suka beli album nasyid sebab nak sokong industri nasyid (tapi takde la banyak sangat), kalau bukan kami peminat nasyid yang sokong siapa lagi kan. Tak banyak pun saya beli sebab saya tak tahu nak letak kat mana album-album ni, saya dengar lagu dalam kereta je, dah tak ada space nak letak album ni. Nak letak dalam bekas CD saya sayang cover album yang comel-comel tu. Ok la, saya nak kena sambung buat assignment yang entah bila boleh siap tu. Jumpa lagi di entri yang lain ek.

p/s: Azam semester baru saya nak jadi lagi rajin dari semester lepas tak tercapai lagi ni, haihhhh.

Saturday, February 12, 2011

Cuti Tahun Baru Cina Oda

Assalamualaikum...

Salam rindu untuk blog saya, iye saya sangat rindu nak menulis entri baru. Selepas je minggu tahun baru cina saya terus masuk kerja dan masih lagi dalam proses untuk sesuaikan diri dengan waktu dan suasana kerja baru. Perasaan saya pergi kerja macam masa mula-mula kerja dulu, waa ramai sungguh orang kat KL ni ek. Hampir setiap hari jalan jam tapi saya takde la lambat masuk kerja, huhu alhamdulillah. Entri kali ni saya nak cerita pasal cuti raya cina saya, hehe agak boring la jadi kalau korang tak nak baca sila tutup browser anda sekarang ok.

Dapatkan Testi-Testi Menarik di SiniAku rindu, sayang kamu, huhu rindu bangat sama blog.

Balik bercuti minggu tahun baru cina hari tu, saya balik berdua dengan Rozila je sebab Along dah balik awal. Kitaorang balik Kemaman dulu sehari dan selepas tu baru bertolak ke Kelantan. Ingatkan nak singgah kejap je kat Kuala Terengganu makan tengah hari dengan sepupu kitaorang tapi dia ajak konvoi dengan dia malam nanti sebab dia kerja sampai malam (sepupu saya ni wartawan KOSMO), dia nak cover story pasal pesta tanglung kat Kampung Cina, Kuala Terengganu malam tu. Disebabkan sampai KT awal jadi saya dan Rozila jalan-jalan dulu la kat KT, lagipun Rozila tak pernah jalan-jalan kat KT (nama je duk Terengganu kan).


Jalan-jalan Kuala Terengganu

Sepanjang petang tu kami sempat ronda-ronda Muzeum Negeri Terengganu yang cantik dan Taman Tamadun Islam yang sangat best tu. Malam pulak kitaorang jalan-jalan kat pesta tanglung tu pulak, dalam pukul 11 malam baru gerak balik Kelantan. Walaupun memenatkan tapi sangat seronok, saya agak suka Kuala Terengganu sekarang, insyaAllah lain kali saya stay lama sikit jalan-jalan pusing KT.

Hari-hari cuti saya yang selebihnya adalah di kampung tercinta, ada kenduri kahwin, kenduri kesyukuran dan kenduri sambut menantu. Jadi agak sibuk sikit la kali ni balik kampung. Macam biasa, sibuk-sibuk pun bila dengan keluarga semua pun best kan. Apa yang paling tak best sepanjang cuti raya cina saya adalah perjalanan balik ke KL. Dari Machang ke Kuala Lumpur ambil masa 12 jam, kitaorang keluar rumah pukul 7 pagi, 7 malam baru sampai KL. Dah macam kerja shift 12 jam balik dah, ramainya orang yang balik kampung kan. Saya yang boleh kira berapa kali seumur hidup mabuk kereta hari tu pening-pening dan loya sebab tak larat lagipun badan saya memang tak berapa nak sehat sangat dah dari awal cuti lagi. Tapi tak apalah, walau sesak tiap-tiap tahun semua mesti balik jugak sebab masa bersama keluarga tu tiada tandingan ek. Lagipun cuti raya cina ni dah kira macam cuti wajib balik kampung untuk orang kita ek, chinese raya kita pun nak raya jugak, Satu Malaysia la katakan, jadi cuti pun satu Malaysia jugaklah.

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..
[Lirik Pemergianmu - Inteam]
Salam Maulidur Rasul


Minggu depan Maulidur Rasul, cuti lagi hehe (tapi Oda tak cuti pun). Tahun ni maulidur rasul jatuh sebelah dengan Valentine, emm jangan pulak kita sibukkan dengan Valentine tu pulak ek, tak boleh sambut Valentine ni. Bukan cara kita sambut benda-benda macam ni, buang masa dan buang iman je. Baik kita sambut hari kasih sayang kepada Rasulallah S.A.W, orang yang paling sayang kita ni. Sampai di ambang maut pun masih sebut ummati, ummati lagi, ada ke orang yang sebut-sebut nama kita sampai ke hujung nyawa macam tu. Jadi mari sama-sama kita hayati perjuangan nabi kita dan sentiasa mengingatinya, rajin-rajin la selawat keatasnya, semoga kita beroleh syafaat darinya, InsyaAllah.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



p/s: Panjang bebeno entri kali ni, entri pengubat rindu saya sama blog sendiri (^_^)