Monday, December 31, 2012

Krisis Air di Penghujung 2012

Assalamualaikum...

Salam penghujung 2012 untuk semua. Sedar tak sedar kita sudah berada di hari terakhir 2012, tak tahu saya aje ke atau korang tapi saya semenjak dah berusia ni (tua sangat ke Oda) rasa tahun-tahun tu berlalu dengan pantas je, haha mengada-ngada je kan. Di hujung 2012 ni kami serumah diselubungi dengan krisis air selama dua hari lebih, dari pagi sabtu sehingga petang ni baru la air di rumah kami kembali pulih (Alhamdulillah). 

Air ohh air

Bayangkanlah selama dua hari ni kami terpaksa bergelandangan mencari air, huhu sayu je bunyi dia kan. Kami terpaksa menumpang mandi di pejabat Cik Rozila dan rumah Kak Hada. Tiba-tiba je rumah tak ada air, tak ada notis pemberitahuan dari mana-mana pihak pun. Kalau sehari boleh tahan la sebab rumah kami ni ada tangki tapi bila dah lebih dari dua hari agak-agak la kan. Setakat mandi tu tak ada la risau sangat sebab tak darurat, tapi perkara-perkara penting dan kritikal macam nak amik air semayang dan panggilan alam (nature call, huhu) tu yang tak boleh nak berkompromi. Sedih sangat terpaksa bergelandangan ke rumah orang ok, nasib baik ada Kak Hada yang sangat baik hati menumpangkan kami mandi dan ambil air dari rumah dia. 

Bila kami google, dapat tau yang pam air kat Wangsa Maju rosak dah menyebabkan hampir 90 000 orang mengalami ganguan bekalan air. Serius 90k ok yang ada masalah sama dan pihak SYABAS ambil masa sampai dua hari lebih untuk selesaikan, agak-agak kalau kami nak pergi pejabat SYABAS tumpang mandi dan basuh baju boleh tak. Haihh, saya jarang sangat nak marah pasal hal macam ni tapi bila dah sampai menyusahkan semua orang tu yang jadi geram tu. Nasib baik jugak kebetulannya hari ni saya dan cik Rozila cuti sebab nak hantar Along balik ke Jepang. Kesian Along hari-hari terakhir bercuti di Malaysia macam ni pulak jadinya, dah la hari tu masa balik Kemaman tersadai kat rumah sebab kawasan keliling rumah kita orang banjir. 

Bila dah mengalami masalah air ni barulah terasa betapa pentingnya air dalam hidup kita ni. Memang selalu la kita ambil ringan benda yang sentiasa ada dan bila tuhan ambil sekejap baru kita rasa kehilangannya bak kata omputih 'take thing for granted'. Jadi sementara kita dikurniakan nikmat kesenangan macam air, makan, pakaian dan rumah (perlindungan) maka hendaknya sentiasa la bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ni. Bukan material sahaja, mereka-mereka yang berada disekeliling kita juga terutamanya ibu bapa kita ni lagi lah kita perlu hargai sementara mereka dan kita masih bernyawa di muka bumi ni. 

Saya mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang 2012 dan tahun-tahun sebelumnya

Semua orang duk buat recap 2012 di hari terakhir 2012 ni tapi saya membebel pasal masalah air pulak kan. Emm saya tak berapa rajin nak buat recap sebab perlu berfikir panjang la pulak untuk ingat kembali 12 bulan ni, maklum la saya ni ingatan kurang kuat sedikit. Tahun baru 2013 saya tiada azam sangat kecuali cabaran satu buku satu minggu tu, doakan semoga tercapai cabaran saya tu ek. Selamat tahun baru 2013 semua, semoga tahun baru ini kita akan lebih baik dan bahagia dari tahun-tahun sebelumnya, InsyaAllah. 

p/s: Esok saya mulakan tahun 2013 di pejabat, macam tahun-tahun lepas saya akan bekerja juga. Tapi kalau duk rumah pun saya tak buat apa pun jadi lebih baik kerja je kan, haha. (^_^)

2 comments:

munirah hazam said...

oda mandi dop ni oda...

Oda-オダ said...

hahaha...aku mandi ala-ala PRamlee mandi dalam citer bujanh lapok je..ganas dok???