Salam Marhaban Ya Ramadhan, selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua. Alhamdulillah syukur kita sempat menyambut bulan kemuliaan sekali lagi, semoga kita berkesempatan menikmati dan mengimarahkannya sehingga ke akhir Ramadhan, InsyaAllah. Memikirkan tentang bulan puasa pun dah buat saya rasa seronok, ada pelbagai perkara nak buat kan. Setahun sekali je kita jumpa bulan yang lebih baik dari seribu bulan ni, buat apa amal kebaikan semua berlipat ganda. Semoga kita semua istiqamah dengan azam kita ek.
Ramadhan sudah tiba.
Sepanjang hari ni saya banyak dengar ucapan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dan ucapan selamat berpuasa daripada rakan-rakan saya, dengar pulak lagu Rabbani Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan buat saya senyum sepanjang hari. Lagu yang sesuai didengar di awal ramadhan ni, lirik lagu dia pun bagus, saya paling suka lirik "Ia hadir bagai air bah, membasuhi daki dunia." Memang bulan ni bulan yang paling baik untuk membersihkan hati kita, tak ada syaitan yang akan ganggu kita cuma yang ada nafsu kita je (itu pun susah nak lawan jugak). Kalau nak dengar sila la klik kat bawah (^_^).Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan - Rabbani
Entri saya kali ni saya cuma nak ucap selamat menyambut ramadhan kepada semua, semoga ramadhan ini membawa seribu keberkatan untuk kita. Satu lagi, saya jugak nak minta maaf kalau ada salah silap, kalau ada tersakitkan hati korang atau terkasar bahasa. Akhir kata Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.
p/s: Esok nak balik ke Kemaman untuk sambut puasa bersama ma dan abah tersayang, doakan perjalanan kami selamat ek.
No comments:
Post a Comment