Tiba-tiba saya rajin nak menulis blog kan, hehe. Sebenarnya nak bercerita tentang Teater Mek Mulung Cahaya Bulan yang saya tonton semalam di Auditorium DBKL. Saya jatuh cinta dengan Mak Yong lepas tonton persembahan Mak Yong oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) bulan Julai lalu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bersama dengan Along dan Rozila. Jadi apabila dapat tahu yang diaorang akan buat Teater Mek Mulung Cahaya Bulan ni saya tak lepaskan peluang nak menonton lagi.
Lepas tonton teater ni semalam baru tahu yang Teater Mek Mulung ni berbeza dengan Mak Yong, saya ingatkan ini persembahan Mak Yong tapi rupanya lain. Mek Mulung berasal dari Kedah dan menggunakan bahasa Kedah. Walaupun berlainan tapi cara persembahan dan beberapa aspek adalah lebih kurang sama dengan Mak Yong. KSPP bawa sedikit perubahan dalam persembahan Mak Yong dan Mek Mulung ni dengan menambahkan elemen moden dalam persembahan. Kalau korang ada masa hari ni dan esok pergi la tengok di Auditorium DBKL, ticket ada banyak lagi rasanya tak terjual. Memang berbaloi sebab korang pasti terhibur. Kita dapat tengok betapa kayanya budaya kita, tarian, nyanyian dan bahasa sangat la indah. Lagu dan suara pelakon semua sangatlah merdu.
Mek Mulung Cahaya Bulan
Date: 16th December 2011 (Friday), 17th December 2011 (Saturday), 18th December 2011 (Sunday)
Time: 8.30pm
Venue: Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur
Tickets: RM20, RM30, RM40
Website: www.ticket2u.biz
Salah satu yang buat saya nak sangat tonton adalah kerana Nabil pun adalah salah seorang pelakon dalam teater ni, dan dia memang tak mengecewakan dengan lawak yang sangat kelakar. Keseluruh teater ini memang kelakar, korang tak akan berhenti ketawa sepanjang cerita. Cerita dalam teater Mak Yong dan Mek Mulung adalah cerita-cerita rakyat dan ada elemen hindu sedikit. Harap KSPP akan buat banyak lagi persembahan seperti ni, saya sangat suka, huhu. Ok la saya habiskan disini la ek, saya tak reti nak cerita lebih lanjut pasal teater ni. Kalau nak tahu lebih pasal ni sila la Google ek.
p/s: Saya ingat Mek Mulung Cahaya Bulan ni dari Kelantan disebabkan nama Cahaya Bulan tu, huhu.
2 comments:
pada pendapat saya mek mulong ni adalah variasi dari mak yong,,ini kerana perkataan Mek adalah hampir dengan kelantan patani ligor(kawasan polar mereka yang bertutur loghat kelantan/pattani)mungkin mek mulong adalah merupakan seseorang yang memperkenalkan mak yong disana,,
prak8
salah tu. kat kedah mmg dari dulu menggunakan perkataan mek utk merujuk pada perempuan . tambah2 kalau di bahagian timur kedah.. loghat dia pun x sama macam u all dgr kat tv tu (siam+kedah+pattani).
satu lagi mek mulong dan pak mulong hanya menyebarkan mek mulong tp bukan MAK YONG.
untuk pengetahuan, di kedah juga terdapat permainan mak yong kalau tak silap ada 2 variasi mak yong di kedah iaitu mak yong dan mak yong laut, tp dengar2 kata dah pupus.
Post a Comment