Jom pindah..haihhhh ponat den. Imej amik dari encik Google
Saya dalam proses pindah rumah jadi sangat tak larat nak updates blog neh, mungkin lama tak boleh nak updates blog jugak lepas ni sebab streamyx kena pasang balik kan. Kita jumpa lagi bila streamyx rumah baru nanti dah siap setup semua ek.
p/s: Seronok masuk rumah baru tapi penat seh pindah-pindah ni...
Mesej kat atas khas buat sahabat saya yang berada di Jepun sekarang ni. Semoga tabah menghadapi ujian. Aku sentiasa doakan kesejahteraan mung dan suami kat sana Shida, miss you so muchhhh (^_^). Pssttt aku rasa bukan aku sorang jek yang ingat lagi kejadian mung makan kertas tu, huhu.
Hari jumaat saya selalunya sibuk dengan kerja sepanjang hari tapi hari ni saya agak lapang, alhamdulillah. Minggu ni saya agak sibuk samada di ofis mahupun di rumah. Macam biasa bila kita sibuk kita akan rasa penat sentiasa, nasib baik nak masuk hujung minggu ni saya dah agak lapang jadi bila lapang kepala pun lapang jugak. Harapnya saya dapat belajar dan tumpukan perhatian dengan senang hatinya dalam kelas nanti ek.
Dapatkan Mesej Bergambar di SiniSedih sangat pun tak guna kan
Disebabkan kepenatan sepanjang minggu ni saya jadi agak stress, saya rindukan 4 hari off yang saya nikmati sepanjang 3 tahun lepas. Nak buat urusan bank, belajar, kereta dan macam-macam lagi sangat susah bila kerje normal ni. Bila kita dah ada kebiasaan, melepaskan kebiasaan itu sangatlah sukar. Tapi tak semua perkara yang kita nak kita akan dapat kan, bila nak sesuatu mesti la ada benda yang kena korbankan, haihhh.
Stress saya agak terubat dengan perkara-perkara yang mengembirakan saya sepanjang minggu ini. Ada dua perkara yang buat saya gembira, yang pertama adalah saya sekali lagi dapat 'Analyst of the Month', untuk bulan Januari lepas (bulan Mac baru tau, lambat la diaorang ni). Dah lama tak dapat award ni, tiba-tiba dapat seronok jugak la, hehehe. satu lagi dapat smallgift (key chain jek) dari client kat Philippines. Dia kasi kat empat orang jek dalam team kitaorang, tu yang buat lagi rasa dihargai tu sebab tak semua orang dapat, hehe. Walaupun hadiah dia biasa, tapi sweet sangat siap balut dan letak nama kitaorang lagi (^_^). Selalunya benda-benda kecil camni la yang buat kita lagi gembira, saya masih lagi tersenyum bila tengok keychain tu, huhu.
Huhu, perkara-perkara yang buat saya gembira (^_^)
Dalam gembira saya terdengar pulak kisah sedih, petang tadi kat ofis saya dapat tahu yang Jepun dilanda Tsunami. Dengar macam teruk sangat, saya harap jumlah mangsa tak ramai la, mari kita doakan semoga semua selamat hendaknya. Banyak bencana yang berlaku setiap hari, ini petanda kiamat sudah menghampiri. Persoalahnya, adakah kita sudah bersedia?? Saya tak bersedia lagi, haihh camna neh. Meh kita muhasabah diri dan renung-renungkan, bersedia atau tidak - sila tepuk dada tanya iman.
p/s: Dah tepuk banyak kali tapi tak dengar jugak jawapan, tu tandanya belum bersedia tu..haihhh.
Owhhh isnin kembali lagi, Ahad hampir berakhir dan saya rasa macam baru semalam je Jumaat. Hari ni kelas saya batal tiba-tiba sebab lecturer ada hal. Saya sangat bengang sebab saya dah ada dalam kelas sejam baru tahu yang kelas tu batal. Hari ni jugak sepupu saya buat majlis naik rumah dan semua sepupu saya yang ada kat KL ni pergi ke rumah tu, saya sangat suka kalau keluarga saya buat gathering jadi kebengangan saya makin bertambah sebab Along dan Rozila dah pergi rumah sepupu saya kat Kelang (saya tak pernah sampai sini dan tak tahu jalan nak pergi sana). Oleh sebab saya tak tahu nak pergi macam mana, saya terpaksa naik LRT dan jumpa sepupu saya kat Kelana Jaya dan tumpang dia pergi ke Kelang.
Huhu cute je kan mesej ni, yang memandu kereta pun boleh Dzikir jugak (^_^)
Tapi seronok jugak la sebab kelas batal kan, saya memang tak ada hari cuti sepanjang minggu sebab kelas saya setiap sabtu dan ahad. Hari cuti ni saya dapat luangkan masa dengan keluarga saya, hari yang menyeronokkan, Lagi bagus kalau saya dapat balik jumpa ma dan abah sekali, huhu kena tunggu cuti semester la. Jadi walaupun saya agak bengang pagi tadi, Alhamdulillah hari saya sangat seronok dan berjalan dengan lancar. Dah lama saya tak naik LRT, masa saya naik LRT tadi dalam pukul 10 lebih tak ramai orang lagi, orang KL ni tak suka bangun awal la maklumlah cuti hujung minggu. Jadi kalau nak berjalan-jalan dengan senang hati kat KL hujung minggu sila la bangun awal ok. Tak pun ramai orang lagi suka memandu dari naik LRT ek (duhh obviously), saya pun agak malas nak naik pengangkutan awam sebenarnya.
Hehe itulah cerita pahit manis ahad saya, kadang-kadang hari yang bermula dengan perkara yang kurang menyenangkan tak semestinya berakhir dengan benda yang kurang menyenangkan jugak kan. Saya agak kepenatan sebab berjalan jauh dan macam-macam hal dalam satu hari tapi dapat jumpa sepupu-sepupu saya dan makan makanan yang sangat best. Saya harap Ahad korang jugak sangat seronok (^_^).
p/s: Macam mana nak mulakan hari isnin dengan keseronokkan ekk, haihhhh...
Salam entri ke 300, hehehe disebabkan saya malas jadi tak jadi nak cerita pasal entri 300. Kesibukkan yang melanda saya (asyik sibuk je ek, bila tak sibuk ni) membuatkan saya tak sempat nak menulis entri baru. Sebenarnya nak cerita pasal Konsert Maher Zain sabtu lepas dan Konsert Imabauan 3 - Jins Samsudin yang saya pergi semalam tapi saya tak berkesempatan. Saya balik pukul 12 malam semalam, haihhh penat pergi konsert Maher Zain pun tak habis lagi, disebabkan saya agak aktif sepanjang minggu lepas dan minggu ni badan saya masih tak dapat recover dari kepenatan hari tu.
Sabtu lepas saya pergi tengok konsert Maher Zain bersama dua orang sahabat baik saya, Cik Nuha dan Cik Suhaina (belum berpunya, kalau korang berkenan saya boleh tolong rekemenkan, huhu). Terima kasih cik Nuha, dapat jugak saya merasa tengok abang Maher yang sangat hensem tu. Yang paling best, kitaorang punya seat di upgrade dari tiket RM53 ke seat yang RM103, Alhamdulillah kitaorang duduk betul-betul mengadap pentas tapi kat tingkat 2 la bukan seat kat bawah, tu yang harga RM200++. Penat-penat pun pergi tengok konsert ni tapi memang berbaloi-baloi. Lain kali ada kesempatan kita pergi lagi ek.
Tiket yang berharga RM103 (upgrade) dan booklet yang diaorang kasi
Saya rasa konsert Maher Zain sangat best, biased judgment sebab saya memang selalu rasa semua konsert nasyid tu best, huhu. Ehh kejap konsert ni lain dari konsert nasyid yang saya pernah pergi sebab seat lelaki dan perempuan tak asing, terkejut jugak la saya kejap. jadi ni tak dianggap sebagai konsert nasyid la. Peminat Maher Zain memang lain dari peminat nasyid, semua golongan ada la bukan tipikal peminat nasyid sebenarnya.
Malam tu saya keciwa sedikit sebab Inteam buat persembahan kejap je, lagu Dia Muhammad dan medley lagu lama diaorang. Ada jugak penyanyi Awakening Record yang lain Irfan Makki dan Mesut Kurtis, saya dah pernah dengar Mesut Kurtis sebelum ni sedap jugak lagu dia tapi Irfan Makki memang menarik minat saya, suara dia sangat sedap. Lagu Mabrouk yang dia nyanyi tu saya sangat suka., dia dah masuk dalam radar saya sekarang. Maher Zain jugak sangat best, suara dia sedap seh menyanyi live sama je dengan dalam album, tapi dia menyanyi banyak sangat lagu, semua lagu dalam album Thank You Allah tu la. Ada lagu baru Freedom cerita pasal perjuangan umat islam yang tengah bangkit sekarang ni kat negara-negara Arab, sedap jugak lagu ni. Tapi memang lama la konsert ni, saya sampai harap cepat-cepat la habis konsert, bayangkanlah konsert tu habis pukul 12 tengah malam, kami dah penat dah masa tu.
Lagu Mabrouk oleh Irfan Makki yang best. Sumber: Tiub awak
Semalam saya pergi tengok Konsert Imbauan 3 - Tan Sri Dr. Jins Samsudin, lagu-lagu kenangan filem-filem Jins Samsudin di Dewan Fillharmonik Petronas. Pertama kali pergi situ, dewan dia cantik la tapi agak kecik kalau nak banding dengan Istana Budaya (of course la kan). Penyanyi yang bawak lagu dia adalah Roy dan Dayang Nurfaizah, saya bukanlah peminat dua-dua penyanyi tu tapi suara diaorang memang sedap la. Persembahan ni menarik sebab dia fokus kat okestra Petronas tu sendiri, pertama kali saya tengok okestra bersama konduktor dia depan mata, memang best la dengar muzik kat tempat macam tu. Tapi saya rasa kalau kak Misha Omar yang nyanyi lagi best kan (saya rasa suara kak Misha best). Apa yang seronoknya, kitaorang jumpa abang Anuar Zain, hehehe hensem la dia. Lepas tengok konsert ni saya baru tahu yang Ali Setan tu filem arahan Jins Samsudin rupanya.
Hensem kan Jins Samsudin, hehe. Imej ambik dari encik Google
Selingan ek, saya nak cerita pasal buku audio yang saya tengah dengar sekarang. Akhirnya saya sudah berjaya memfokuskan diri untuk mendengar Audio Book - Emma by Jane Austen, novel ni dah mula menarik minat saya walaupun saya rasa Jane Austen agak suka bercerita panjang lebar. Cerita ni menarik tapi saya tak faham kenapa Jane Austen ni glemer sangat (Jane Austen ni penulis novel Pride and Prejudice - ala Mr Darcy tu), dia suka guna perkataan sama, dalam cerita Emma ni berapa puluh kali agaknya dia guna perkataan oblige dan amiable. Mungkin saya kena baca novel Pride and Prejudice agaknya, emm tengok la nanti kalau ada masa. Sekarang saya dah masuk chapter 41, setiap kali saya memandu balik saya akan dengar buku audio (Audio book) ni. Ni kali pertama saya mendengar audio book, mula-mula memang susah nak dengar dan fokus ditambah dengan narration dia yang agak laju tapi nasib baik sebutan dia jelas. Harap-harap boleh la habis minggu ni novel Emma ni.
p/s: Panjang lebar entri kali ni, nak jugak cerita pasal audio book tu kan, biasa la mengada-ngada. Ada exam sabtu ni, buku yang kena baca tak pulak rajin nak habiskan wawawa (@-@).