Hari jumaat saya selalunya sibuk dengan kerja sepanjang hari tapi hari ni saya agak lapang, alhamdulillah. Minggu ni saya agak sibuk samada di ofis mahupun di rumah. Macam biasa bila kita sibuk kita akan rasa penat sentiasa, nasib baik nak masuk hujung minggu ni saya dah agak lapang jadi bila lapang kepala pun lapang jugak. Harapnya saya dapat belajar dan tumpukan perhatian dengan senang hatinya dalam kelas nanti ek.
Disebabkan kepenatan sepanjang minggu ni saya jadi agak stress, saya rindukan 4 hari off yang saya nikmati sepanjang 3 tahun lepas. Nak buat urusan bank, belajar, kereta dan macam-macam lagi sangat susah bila kerje normal ni. Bila kita dah ada kebiasaan, melepaskan kebiasaan itu sangatlah sukar. Tapi tak semua perkara yang kita nak kita akan dapat kan, bila nak sesuatu mesti la ada benda yang kena korbankan, haihhh.

Stress saya agak terubat dengan perkara-perkara yang mengembirakan saya sepanjang minggu ini. Ada dua perkara yang buat saya gembira, yang pertama adalah saya sekali lagi dapat 'Analyst of the Month', untuk bulan Januari lepas (bulan Mac baru tau, lambat la diaorang ni). Dah lama tak dapat award ni, tiba-tiba dapat seronok jugak la, hehehe. satu lagi dapat small gift (key chain jek) dari client kat Philippines. Dia kasi kat empat orang jek dalam team kitaorang, tu yang buat lagi rasa dihargai tu sebab tak semua orang dapat, hehe. Walaupun hadiah dia biasa, tapi sweet sangat siap balut dan letak nama kitaorang lagi (^_^). Selalunya benda-benda kecil camni la yang buat kita lagi gembira, saya masih lagi tersenyum bila tengok keychain tu, huhu.
Dalam gembira saya terdengar pulak kisah sedih, petang tadi kat ofis saya dapat tahu yang Jepun dilanda Tsunami. Dengar macam teruk sangat, saya harap jumlah mangsa tak ramai la, mari kita doakan semoga semua selamat hendaknya. Banyak bencana yang berlaku setiap hari, ini petanda kiamat sudah menghampiri. Persoalahnya, adakah kita sudah bersedia?? Saya tak bersedia lagi, haihh camna neh. Meh kita muhasabah diri dan renung-renungkan, bersedia atau tidak - sila tepuk dada tanya iman.
p/s: Dah tepuk banyak kali tapi tak dengar jugak jawapan, tu tandanya belum bersedia tu..haihhh.
p/s: Dah tepuk banyak kali tapi tak dengar jugak jawapan, tu tandanya belum bersedia tu..haihhh.
No comments:
Post a Comment