Owhhh isnin kembali lagi, Ahad hampir berakhir dan saya rasa macam baru semalam je Jumaat. Hari ni kelas saya batal tiba-tiba sebab lecturer ada hal. Saya sangat bengang sebab saya dah ada dalam kelas sejam baru tahu yang kelas tu batal. Hari ni jugak sepupu saya buat majlis naik rumah dan semua sepupu saya yang ada kat KL ni pergi ke rumah tu, saya sangat suka kalau keluarga saya buat gathering jadi kebengangan saya makin bertambah sebab Along dan Rozila dah pergi rumah sepupu saya kat Kelang (saya tak pernah sampai sini dan tak tahu jalan nak pergi sana). Oleh sebab saya tak tahu nak pergi macam mana, saya terpaksa naik LRT dan jumpa sepupu saya kat Kelana Jaya dan tumpang dia pergi ke Kelang.
Tapi seronok jugak la sebab kelas batal kan, saya memang tak ada hari cuti sepanjang minggu sebab kelas saya setiap sabtu dan ahad. Hari cuti ni saya dapat luangkan masa dengan keluarga saya, hari yang menyeronokkan, Lagi bagus kalau saya dapat balik jumpa ma dan abah sekali, huhu kena tunggu cuti semester la. Jadi walaupun saya agak bengang pagi tadi, Alhamdulillah hari saya sangat seronok dan berjalan dengan lancar. Dah lama saya tak naik LRT, masa saya naik LRT tadi dalam pukul 10 lebih tak ramai orang lagi, orang KL ni tak suka bangun awal la maklumlah cuti hujung minggu. Jadi kalau nak berjalan-jalan dengan senang hati kat KL hujung minggu sila la bangun awal ok. Tak pun ramai orang lagi suka memandu dari naik LRT ek (duhh obviously), saya pun agak malas nak naik pengangkutan awam sebenarnya.
Hehe itulah cerita pahit manis ahad saya, kadang-kadang hari yang bermula dengan perkara yang kurang menyenangkan tak semestinya berakhir dengan benda yang kurang menyenangkan jugak kan. Saya agak kepenatan sebab berjalan jauh dan macam-macam hal dalam satu hari tapi dapat jumpa sepupu-sepupu saya dan makan makanan yang sangat best. Saya harap Ahad korang jugak sangat seronok (^_^).

p/s: Macam mana nak mulakan hari isnin dengan keseronokkan ekk, haihhhh...
No comments:
Post a Comment