Friday, July 31, 2009

Annual Dinner datang lagi

Assalamualaikum...

Akhirnya dia datang lagi, ramai officemate dah tertanya-tanya pasal annual dinner tahun ni bila la. Yela tahun lepas annual dinner tu bulan April, ni dah Julai pun tak ada lagi. Ingatkan company dah takde budget, yela tengah-tengah kegawatan ekonomi ni kan. Tak berapa minat sangat pun nak pergi annual dinner selepas pergi tahun lepas rasanya tak pergi pun takpe, buat sakit jiwa dan perasaan je. Kenapa cakap begitu, emm kalau nak tahu baca la post lama pasal annual dinner kat sini.

Tahun ni punya annual dinner agak berbeza dari sebelummnya sebab lagi best la kot. Venue dia nun jauh di selatan tanah air, huh?? Kat mana?? Sila la baca kat bawah ni..

Ni la email pasal Annual dinner tu, 7 August dah kena register. Giler awal, huhu

Reaksi pertama baca email pasal dinner ni, erkkk dekat dengan UTM, huhuhu. Rugi jugak rasanya tak pergi sebab boleh la jalan-jalan kat UTM tapi walaupun nak pergi tak boleh jugak sebab kerja. Sebenarnya kalau nak pergi boleh je suruh orang ganti sebab dinner ni dia kasi priority kat senior, tapi tak nak la melibatkan diri dengan aktiviti yang menyakitkan hati ni. Biarlah orang nak cakap anti sosial ke apa ke. Dinner tu nanti ramai yang mabuk-mabuk, pastu kalau nak ambil gambar mesti nak pegang-pegang, hishhhh. Lagi ngeri kalau ternampak orang islam yang perangai tak islam nih, tak malu dengan tuhan langsung. Owhhh teremosional la pulak, harap-harap tahun ni tak ada la aktiviti sebegitu ek.

Kenapa dinner kali ni jauh sangat dari KL, emm sebabnya Atos Singapore akan join dinner ni sekali, tu la agaknya sebab diaorang buat event ni kat Johor. Excited jugak kalau dapat jumpa Singapore staff sebab selalu jugak la contact diaorang ni tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Jumpa lain kali je la, insyaAllah.

p/s: Tak nak pergi dinner ni adalah keputusan buat masa sekarang, kalau la budak-budak ni pujuk ajak pergi agaknya akan pergi kot sebab saya amat mudah cair dengan pujukan. Owhh hati kuatlah (@_@)

Wednesday, July 29, 2009

Kamen Rider Kabuto

Assalamualaikum...

Demam cerita Jepun semakin menjadi-jadi, sekarang tengah tengok cerita Kamen Rider Kabuto. Sebenarnya tak pernah pun terpengaruh nak tengok series Kamen Rider nih, tapi lepas tengok drama Mei chan No Shitsuji hari tu suka lak dengan hero dia, Rihito san (hehe ni nama dia dalam drama, nama betul dia Hiro Mizushima). Tengok la drama- drama yang dia berlakon sebelum ni, rupanya hampir semua drama yang dia berlakon dah tengok tapi sebab dia pegang watak tak penting so tak kenal sangat dia. Dalam cerita Hana Kimi pun, tak ada la suka sangat dengan Nanba Senpai (watak dia dalam Hana Kimi) ni tapi suka watak dia dalam Zettai Kareshi dan Mei chan No Shitsuji.


Kamen Rider Kabuto

Oleh sebab Hiro Mazushima ni pegang watak utama dalam Kamen Rider Kabuto ni, cuba la tengok camna best ke tak. Bila dah tengok rasa cam best la plak, tu la yang boleh suka tengok Kamen Rider ni. Emm ingatkan dah besar ni tak suka dah tengok cerita camni, tapi Kamen Rider ni memang best la. Lepas habis series ni, nak cuba tengok Kamen Rider lain la pulak, huhuhu.

p/s: kyaaa.. Tendou gakkoi naa (^_^)

Thursday, July 23, 2009

Drama Jepun

Assalamualaikum..

Hari ni sebenarnya tak kerja tapi kena datang OT sebab ada teammate tu kena hospitalize sebab high fever. Ingatnya nak update la blog, tapi tak berapa ada idea la. Last week sempat pergi kedai CD, beli 4-5 cd drama Jepun dan Korea sebab stok drama dah habis, hehe. Yela saya sangat boring maa kalau cuti weekdays, so duk rumah tengok drama je la kejenya. Kalo dah pergi cari cd mesti lama dalam kedai, sampai Rozila dan Along bengang giler. Bukan tak nak pergi sorang, nak jugak sebab senang sikit leh duk lama-lama dalam kedai tu tapi tak berapa suka jalan sorang-sorang area Petaling Street tu (kedai tu kat area Petaling Street), saya ni penakut sikit (emm bukan sikit, banyak sebenarnya).




Antara drama Jepun feveret Liar Game, Hana Kimi dan Hana Yori Dango

Kalo siapa-siapa nak cari cd cerita Korea, Jepun, Taiwan atau Hong Kong cakap la ekk, boleh la kita pergi sekali. Sebenarnya nak cakap pasal obses ni, sebab saya sekarang ni agak addicted to drama Jepun terutamanya, tengok jugak drama Korea, Taiwan dan Hong Kong tapi drama Jepun yang paling best. Kalau tak tengok cerita baru dalam seminggu mesti rasa nak kena pergi beli cd, tak suka sangat tengok online nak kena tengok guna cd jugak sebab kadang-kadang online lambat dan ada macam-macam masalahnya. Agaknya ni la akibatnya kalau banyak cuti weekdays, tak tahu nak buat apa kat rumah, bosan yang amat.



Antara drama Jepun Gokusen, Nodame Cantabile dan Zettai Kareshi (ni tak tengok lagi tapi dalam watch list la)

Pulak tu saya jugak orang yang boleh tengok drama kegemaran sampai 5 kali dan still boleh gelak lagi tengok lawak or nangis tengok part sedih. Bila tengok cerita agak emosional, dengan mulut, tangan, kaki semua bergerak dan kalau obses dengan satu cerita tu, akan tengok cerita yang sama seminggu, ada tu sampai 2 minggu sampai la ada cerita baru yang menarik perhatian. Kalau cerita tu adaption dari manga, mesti manga dia pun nak baca gak then kalau Korea atau Taiwan buat drama dari cerita yang sama pun tengok jugak, hehe giler tak? Paling suka tengok cerita Jepun ni sebab, diaorang memang pelik dan banyak benda yang buat kita rasa emm ada jugak orang macam ni ek, tu yang buat orang Jepun ni lain dari yang lain.

Drama terbaru baru habis tengok dua hari lepas, Mei Chan No Shitsuji. Tengah obses ngan cerita ni sekarang, baru je habis baca manga dia tadi (^_^)

*p/s: Drama-drama kat atas ni sebahagian je, ada banyak lagi cerita feveret.
**p/s 2: Semua imej ambil dari encik Google

Tuesday, July 21, 2009

Updates

Assalamualaikum...

Harry Potter and the Half Blood Prince

Huhu, minggu lepas rajin je updates blog, minggu ni agak malas la. Tak ada idea nak post apa, jadi nak cuma nak updates aktiviti je la. Minggu lepas tak banyak sangat aktiviti menarik pun tapi sempat la tengok wayang cerita Harry Potter, huhu. Rasanya kalau peminat cerita ni mesti agak kecewa sebab cerita kali ni agak slow dan tak banyak aksi sangat. Tapi Harry Potter tetap cerita yang ditunggu-tunggu, tak sabar lak nak tunggu final cerita ni (^_^). Terubat la jugak rindu nak tengok Ron yang comel, huhu.

Bulan lepas team kitaorang menang Team of the Month(TOTM), huhu akhirnya setelah sekian lama dapat jugak kat team kitaorang award tu. Selalu tak dapat sebab ada banyak MC dalam team, tapi bulan lepas tak ada MC langsung jadi ada peluang la menang award tu. Kriteria dia ada banyak aspek untuk menang TOTM, dia kira productivity, MC/EL dan banyak lagi la. Masa dengar dapat TOTM tu lagi best daripada masa dapat jadik Emloyee of the Month hari tu.

Gambar yang diambil untuk Team of the Month untuk bulan Jun

Senget kan gambar kat atas tu, ambil dari majalah office tu diaorang scan senget. Sedih betul sebab tak ada dalam gambar, masa diaorang ambil gambar tu kerja malam jadi memang tak sempat la nak ambil gambar tu. Apa pun well done Team A, harap dapat lagi la bulan-bulan akan datang ek.

p/s: Apa yang penting.. kerjasama (^_^)

Wednesday, July 15, 2009

Dari Rejab ke Syaaban, Ramadhan Menanti kita

Assalamualaikum

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hari-hari updates blog ek, hehehe tengah ada mood ni boleh la hari-hari updates. Sebenarnya nak cakap pasal 3 bulan yang istimewa ni, tahun ni tak ada cerita pun kan, dah nak habis bulan rejab dah ni. Tak nak cerita pun pasal kelebihan 3 bulan ni sebab dah pernah post dulu, nak baca klik la kat link kat bawah.

Bulan Rejab dah nak sampai ke penhujungnya, akak-akak semua dah habis ganti puasa belum? Yang tak habis lagi tu, cepat-cepat la habiskan nanti tak sempat pulak. Ramai orang yang sampai bulan Rejab baru nak ganti puasa, bukanla tak elok lagipun puasa pada bulan Rejab dan Syaaban banyak syafaatnya. Tapi takkan nak tunggu dah dekat bulan puasa baru nak ganti puasa lepas kan.

“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami kebulan Ramadhan”

Jom kita ramai-ramai tingkatkan amalan untuk 3 bulan ni, boleh banyakkan point pahala kita, hehehe tapi sebenarnya bukan bulan-bulan ni je patut kita beramal lebih ni. Waa.. terasa la pulak, lagha sangat sekarang ni selalu tunggu 3 bulan ni je baru nak tambah amal ibadah..owhhh.

p/s: Puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban jugak boleh jadi persediaan kita untuk bulan Ramadhan yang menanti ^^

Tuesday, July 14, 2009

Nur Kasih

Assalamualaikum..

Tak tau la kenapa tiba-tiba rasa nak post cerita pasal drama Nur Kasih, mungkin sebab ramai yang tengah bercakap pasal cerita ni kot. Saya mula lambat tengok cerita ni, 2 minggu lepas tertengok cerita ni, jarang dapat tengok cerita waktu malam disebabkan kerja dan juga sebab Astro ada macam-macam cerita jadi jarang tengok cerita melayu. Masa tengok tu rasa menarik sangat, nasib baik Along tolong bagitahu jalan cerita sebab masa tu dah episod yang ke 6 dah.



Mungkin sebab cerita ni ada unsur-unsur dakwah yang buatkan cerita ni menarik, bukan kisah cinta tipikal drama kita. Tapi penulis skrip cerita ni Mira Mustafa cakap Nur Kasih bukan drama dakwah tapi drama cinta dan keluarga. Cerita ni diarahkan oleh Khabir Baktiar, cerita arahan dia selalu menarik hati nak tengok sebab cinematografinya (emm orang cakap la, tak tahu pun maksud sebenar perkataan ni tapi gambar dalam cerita arahan dia memang cantik). Dulu pun suka cerita Kekasih ku Seru sebab gambar dia menarik gak.

Tak payah la cerita pasal sipnopsis dan pelakon cerita ni ek sebab rasanya semua orang dah tau kan. Kalau nak tengok pergi la ke laman web TV3, dalam YouTube pun ada. Selain jalan cerita dan gambar yang menarik, skrip cerita ni yang paling best, banyak ayat-ayat yang best. Ni sikit quote feveret dari drama Nur Kasih:

"Abang, kenapa kita kena mengaji, kena baca al-Quran? Bukan ke nanti masa kita nak interview diaorang tak suruh pun kita mengaji. Tak ada kan?"

(Aidil dengan diam dan dengan tenang menjawab)
"Habis tu interview dengan Allah nanti macam mana?"


[ Adam dan Aidil masa kecik]

"Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga. Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur. Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang..."

[Hajjah Khadijah - Mak Adam dan Aidil]

"Isteri orang ada intan berlian, isteri abang?"

"Isteri abang, ada abang..."


[Ustaz Hassan and Hajah Khadijah]

Menarik kan, dalam cerita ni kita boleh lihat yang iman tu memang tak dapat diwarisi. Mungkin ramai yang pelik, rasanya Ustaz Hasan dah cuba sedaya upaya untuk mendidik Adam tu untuk jadi anak yang taat kepada agama. Salahnya dia kat situ sebab pendekatannya, patutnya bila lihat pendekatannya tak dapat merubah Adam, Ustaz Hassan patut cuba cara lain. Paling geram dengan cerita ni kenapa Nur Amina kena kawin dengan Adam, bukan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik ke lagipun Aidil kan sukakan Nur Amina. Tapi Ustaz Hassan berharap Nur Amina dapat merubah Adam, dia ada cakap..

"Adam perlukan bimbingan seorang isteri...seorang isteri macam Hajjah Khadijah ..."

[Ustaz Hassan]

Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

[Lirik dari lagu Impian Kasih - Inteam]

Oleh sebab Nur Amina sukakan Adam sejak kecik lagi jadi tak adalah terkilan sangatkan, harap la Adam berubah. Semoga Aidil dapat jumpa wanita yang sesuai dengan dia la ek. Waa panjang la pulak entry ni. Ok la berenti kat sini je la, nanti kang panjang berjela la entry ni.

p/s: Pleakon yang pegang watak Nur Amina tu cantik kan, kalau dia betul pakai tudung lagi cantik ^^

Sunday, July 12, 2009

Selamat tinggal Natrah

Assalamualaikum..

Minggu lepas terdengar berita kematian yang mengejutkan, minggu lepas Natrah atau nama inggerisnya Bertha Hertogh telah pergi buat selama-lamanya. Rasanya ramai yang dah tahu kisah Natrah, ini adalah antara titik hitam kesan penjajah kepada kita.


Natrah dan ibu angkatnya Che Aminah, imej ambil dari encik google

Perebutan Natrah antara ibu kandungnya dan ibu angkatnya adalah penyebab berlakunya Rusuhan Natrah, rusuhan berlaku kerana adanya sentimen agama dan warna kulit semasa proses pembicaraan hak penjagaan Natrah. Peristiwa berdarah, rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950 yang telah mengorbankan 18 orang dan seramai 173 orang cedera menyebabkan Singapura dikenakan perintah berkurung selama 2 hari adalah tanda pengorbanan nenek moyang kita dalam mempertahankan iman Natrah.

Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950, imej ambil dari encik google

Malangnya Natrah tetap diambil pihak Belanda, dia diserahkan kembali kepada keluarga kandungnya dan dimurtadkan. Dan minggu lepas Natrah telah pergi buat selama-lamanya, sedihnya kerana Natrah telah pergi tanpa sempat kembali kepada Islam. Itulah kesan penjajah kepada kita yang masih belum dapat kita buang, isu kebebasan beragama menjadi hujah mereka, istilah demokrasi disalahgunakan. Sebenarnya kisah Natrah masih berlaku pada zaman sekarang, betapa ramai anak-anak kita yang telah dimurtadkan tanpa kita ketahui, betapa ramai ibu dan ayah yang membuatkan anak-anak mereka murtad tanpa disedari.

Ya Allah ku pohon jauhilah kami dari perkara yang menyesatkan. Amin.


p/s: Kisah Natrah menjadi pengajaran buat umat Islam seluruh dunia, banyak buku yang menceritakan kisah Natrah. Dalam wikipedia juga ada, sila la baca kisahnya kalau nak tahu lebih lanjut.

p/s 2: Che Aminah ni asalnya orang Kemaman, Natrah masa zaman kanak-kanak membesar di Kemaman, kalau la dia tak diambil oleh ibu kandung dia mesti dia ada kat Kemaman kan :(

Tuesday, July 7, 2009

Kerja

Assalamualaikum..

Imej diambil dari encik Google

Jadual kerja baru yang agak pelik sedikit membuatkan saya bekerja pada hampir setiap hujung minggu (weekend) pada bulan ini dan bulan depan. Bila kerja hujung minggu bermakna, hari off saya adalah pada hari biasa (weekdays). Bukannya tak suka kerja weekend tapi bila cuti weekdays buat saya tak ada aktiviti yang nak dibuat dan bosan di rumah. Ada dua tiga orang kawan-kawan ajak keluar pun tak dapat disebabkan terpaksa kerja. Maaf la semua, bukan tak nak keluar tapi kadang-kadang keadaan tak mengizinkan.

p/s: Ni bukan bermakna tak suka dengan kerja sekarang..

Sunday, July 5, 2009

Jom kita pergi ke Konsert Antara Dunia

Assalamualaikum..

Awal bulan depan ada konsert di Stadium Melawati, Shah Alam. Saya teramat sangat la nak pergi sebab dah lama tak pergi tengok konsert. Hari tu saya off, tapi tak tahu lagi dapat pergi ke tak sebab tak ada kawan nak pergi sekali. Nak pergi sorang tak best la pulak, lagipun takut sesat, saya ni dah la orang yang lack sense of direction.

Ada siapa-siapa nak ikut?


Ni konsert nasyid, rasanya tak ramai yang suka nasyid. Kalau la Besah duk kat area KL leh la ajak dia. Ingat nak ajak Along dan Rozila tapi diaorang tak suka sangat nasyid, camna nak pujuk diaorang ni ek. Dah lama sangat tak pergi konsert nasyid, last pergi masa kat UTM dulu. Saya sangat suka lagu nasyid, saya rasa lagu nasyid memang best biar la apa kata orang. Biar la orang cakap lagu nasyid zaman sekarang jiwang la, lagu nasyid sekarang dah tak macam nasyid la, emm dah dengar semua lagu nasyid ke?

Yang best dengan konsert ni sebab Hijjaz, Raihan dan Rabbani ada, semua kumpulan otai nasyid ni. Lagi best kalau la In-team, UNIC, Far East dan Firdaus ada sekali, huhu. Tapi ada satu kumpulan nasyid dari Indonesia, Shoutul Harokah tak pernah dengar kumpulan ni, tapi lagu diaorang mesti pernah dengar rasanya. Kalau ada siapa-siapa nak pergi sila la, jom kita pergi ramai-ramai.


Konsert Antara Dunia (KAD) '09

Tema : Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa : 1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam

Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia & Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Dengan Kerjasama : Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan & Majlis Bandaraya Shah Alam

Harga Tiket
Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100

* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.

p/s: Nak lebih info dan cara nak beli tiket sila la klik kat <<sini>>