Minggu lepas terdengar berita kematian yang mengejutkan, minggu lepas Natrah atau nama inggerisnya Bertha Hertogh telah pergi buat selama-lamanya. Rasanya ramai yang dah tahu kisah Natrah, ini adalah antara titik hitam kesan penjajah kepada kita.
Natrah dan ibu angkatnya Che Aminah, imej ambil dari encik google
Perebutan Natrah antara ibu kandungnya dan ibu angkatnya adalah penyebab berlakunya Rusuhan Natrah, rusuhan berlaku kerana adanya sentimen agama dan warna kulit semasa proses pembicaraan hak penjagaan Natrah. Peristiwa berdarah, rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950 yang telah mengorbankan 18 orang dan seramai 173 orang cedera menyebabkan Singapura dikenakan perintah berkurung selama 2 hari adalah tanda pengorbanan nenek moyang kita dalam mempertahankan iman Natrah.Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950, imej ambil dari encik google
Malangnya Natrah tetap diambil pihak Belanda, dia diserahkan kembali kepada keluarga kandungnya dan dimurtadkan. Dan minggu lepas Natrah telah pergi buat selama-lamanya, sedihnya kerana Natrah telah pergi tanpa sempat kembali kepada Islam. Itulah kesan penjajah kepada kita yang masih belum dapat kita buang, isu kebebasan beragama menjadi hujah mereka, istilah demokrasi disalahgunakan. Sebenarnya kisah Natrah masih berlaku pada zaman sekarang, betapa ramai anak-anak kita yang telah dimurtadkan tanpa kita ketahui, betapa ramai ibu dan ayah yang membuatkan anak-anak mereka murtad tanpa disedari.
Ya Allah ku pohon jauhilah kami dari perkara yang menyesatkan. Amin.
p/s: Kisah Natrah menjadi pengajaran buat umat Islam seluruh dunia, banyak buku yang menceritakan kisah Natrah. Dalam wikipedia juga ada, sila la baca kisahnya kalau nak tahu lebih lanjut.
p/s 2: Che Aminah ni asalnya orang Kemaman, Natrah masa zaman kanak-kanak membesar di Kemaman, kalau la dia tak diambil oleh ibu kandung dia mesti dia ada kat Kemaman kan :(
1 comment:
Emm betul tu, ramai yang makin lupa benda-benda ni sebab kita hidup dengan selesa selama ni.
Post a Comment