Wednesday, February 25, 2009

Tanda-tanda Kebahagiaan

Dah lama tak update blog kerana ketandusan idea dan kemalasan nak berfikir nak karang ayat. Hari ni still sama cuma nak letak satu sedutan artikel yang baru je lepas baca dari majalah Anis Mac 2009. Isu bulan mac ni cakap pasal Maulidur Rasul, tapi apa yang nak dikongsi ni adalah tentang tanda-tanda kebahagian. Sila la baca kat bawah ni ekk.

Tanda-tanda Kebahagiaan

a. Apabila bertambah ilmunya, bertambah pula rasa syukurnya
b. Apabila bertambah amalnya, bertambah pula rasa takut kepada Allah
c. Apabila bertambah umurnya, beransur kurang tamak pada dunia
d. Apabila bertambah harta, bertambah pula pemurahnya
e. Apabila bertambah pangkat dan kedudukan, bertambah dekat dengan orang bawahannya

Kesenangan tubuh terletak pada sedikit makan. Kesenangan jiwa terletak dalam sedikit berbuat buruk. Kesenangan hati terletak pada sedikit kepentingan. Kesenangan lidah terletak pada sedikit berbicara yang bukan-bukan dan kesengan nikmat adalah apabila kita pandai BERSYUKUR.

Emm tu la sebenarnya kalau kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita, mudahnya nak merasa bahagia. Nak baca artikel ni lagi, sila la beli Anis ye (^_^).

Friday, February 13, 2009

Une bonne fin de semaine

Huhuhu, second post untuk hari ni. Disebabkan esok dah off, jadi rajin la updates blog sikit. Hujung minggu ni ada la dua tiga benda yang nak dibuat, maybe akan ke Melaka nak ziarah family Ayu. Ayah Ayu meninggal dunia hari sabtu yang lepas. Sedihnya kehilangan ayah tak dapat saya gambarkan, diharapkan Ayu sentiasa tabah menghadapinya. Pada hari yang sama housemate saya Ayu baizura, neneknya juga telah pulang ke rammatullah. Minta sedekahkan Al-fatihah buat arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman.

Ni nak berkongsi satu puisi baru dibaca dari iluvislam, credit kepada saiful_ilham dan IskethaykaL untuk satu pengisian yang sangat menarik ni. Sila la hayati ekk...

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
akap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...


Emm..Sedih la pulak entry ni, walau apa pun plan anda semua hujung minggu ni have a great weekend semua (^_^)

Une bonne fin de semaine - Have a great weekend

Good News

Assalamualaikum..


Huhu. I received two good news today. I just love to hear good news in the morning, it makes me excited and ligthen up my day, huhu i just can't stop smiling.

The first news i received was from Nurul, she had been calling me for the pass few days and i always miss it. Make things worse, i always forgot to return her call, kekeke sorry Nurul. She said she will be going to UK tomorrow and I was like "whattttt, biar betul Nurul". She will be attending training and seminar for 10 days at London, waaa "Nurul nak souvenir ek".

I'm so happy for her, she is now working with Petronas. She said she suppose to go to India last year but due to the bomb attack[1] the training place was change to London, huhu lucky ekk Nurul. Nurul was my ex-housemate and ex-office mate, we both join Atos together but she left Atos because she can't stand working shift. Johan[2] also will be going with her to London but just for vacation, huhu just like a second honeymoon ek Nurul. They plan to visit Paris while they were there, I hope they will have a safe journey.

The second news was from Rozila, she said Kak Lang[3] received offer working for government (Pembantu tadbir). So happy for her, its a good thing she resign from her previous company. Congrats Kak Lang (^_^) hehe.


P.S. It has been a while since the last time I'm posting in English, I don't know why. Maybe its due to Nurul is going to UK so I have the urge to post in English, hihihihihi poyo.

Notes
--------
[1]Mumbai bomb attack last year (26 November 2008)
[2]Johan is Nurul's husband

[3] Kak Lang is my housemate, she is younger than us but since she is using her family nickname so we all call her kak lang.

Thursday, February 12, 2009

Hari ini dan Semalam

Semalam

Kerja sangat kurang sampai tak tahu nak buat apa dah kat office, rasa bosan yang amat. Sebenarnya kalau takde kerja tu bagus la kan tapi mengantuk sangat kat office semalam. Kan best kalau ada kerja nak buat.

.....


Hari ni

Sampai office, Suren called and informed dia EL hari ni sebab mak dia sakit. Tak kesah sangat kerja sorang-sorang tapi masuk je kerja hari ni banyak la pulak call. Tak berhenti bercakap dari pukul 8 sampai 10 pagi. Problem pagi ni affected semua Asia site, kalau kerja dua orang ok la sikit, ni kerja sorang-sorang.

Issue pagi ni kena contact France support lak, bertambah-tambah lagi la tensen pepagi. Selalunya memang suka cakap ngan orang france ni tapi hari ni sebab tensen dengan issue pagi-pagi ni pastu ditambah dengan orang france yang tak berapa pandai cakap omputih ni macam ayam cakap dengan itik jadinya. Kan best kalau boleh cakap french, emm ngan mandarin skali la sebab cakap ngan orang china (chinese dari China, Taiwan dan Hong Kong) pun tensen gak.

Dalam pukul 10 Nirma masuk, gembira giler masa nampak Nirma. Lepas dia masuk issue dah resolved dan call pun dah tak banyak dah tapi still banyak benda kena setelkan. Kan best kalau kerja tak banyak.

.....

Hari ini dan semalam

Bezanya hari ni dan semalam, masa takde kerja harap ada kerja tapi bila banyak kerja cam hari ni tensen la pulak. Emm tu la tak reti nak bersyukur, manusia memang susah nak puas hati kan (@_@)

Saturday, February 7, 2009

Rupa baru

Tetiba rasa macam nak tukar design blog, rambang mata jugak nak memilih design blog yang disukai. Nak design sendiri malas la pulak Template design blog ni ambil dari website Gisele Jaquenod. Website dia sangat la comel dan kreatif. Kalo nak tengok lain-lain design dia sila la ke website Gisele Jaquenod. Terima kasih kepada Gisele kerana rajin membuat template blog ni, saya sangat suka (^-^).

Thursday, February 5, 2009

Kenangan terindah

Assalamualaikum...

Hari ni hari ke empat kerja aka last day untuk shift minggu ni. Seperti biasa bila hari last shift ni memang excited la sebab esok dah off tapi sebab sabtu ni kena datang office lagi ganti Nathan so biasa je la hari ni. Minggu ni kerja shift malam, kerja malam ni seronok la jugak sebab nanti after team-team uk abis kerja dah tak de orang kat office ni. Tapi yang tak bestnya sebab boring dan mengantuk, malam-malam tak banyak kerja sangat so nak abiskan masa selalunya tengok movie or drama je.

Selalunya layan cerita jepun or korea la tapi kali ni rasa nak cuba tengok cerita taiwan la, sebenarnya tak berapa suka cerita taiwan sebab diaorang ni selalunya amik pelakon yang ntah apa-apa sikit harap muka je la yang comel. Takde la semua tapi kebanyakkannya la, ada la jugak drama yang berkualiti. As for me selalunya memang la pelakon yang ditengok dulu kalau nak cari cerita best tapi jalan cerita pun penting jugak sebab kalo pelakon best cerita ntah apa-apa boring jugak la kan.

Sebernya entry kali ni bukan nak cakap pasal drama pun tapi ada kaitan dengan cerita yang ditonton semalam. Cerita ni ada kesah abang dan adik yang terpisah masa kecil, abang dia masa kecil dalam nampak macam dalam umur 9-10 tahun dan adik dia pulak dalam 3-5 tahun. Diaorang berjumpa semula masa dah besar, emm biasa la kan dalam drama banyak kesah macam ni. Adik dia ni walaupun masa tu kecik lagi tapi still ingat kat abang dia dan apa yang abang dia selalu cakap kat dia.

Selalu terfikir sebenarnya kita ingat ke peristiwa masa kecik-kecik dulu sebab kalau tanya saya memang la tak ingat sangat (emm macam tak ingat langsung la). Emm ni satu kelemahan yang saya harap boleh diatasi sebab saya memang tak ingat sangat kesah masa-masa kecik even masa sekolah rendah pun tak berapa ingat sangat. Tapi Rozila pulak ingat banyak la jugak, kitaorang membesar sama-sama macam mana dia boleh ingat tapi saya tak. Sampai sekarang masalah daya ingatan ni still sama je, selalu jugak la lupa. Tapi takde la semua benda terlupa, ada juga kenangan yang memang ingat dengan jelas dan nyata. Rasanya maybe sabab kenangan dengan abang dia tu adalah antara kenangan terindah bagi budak perempuan dalam drama tu yang buat dia ingat walaupun still kecik lagi.

Harap-harap dapat ingat semua kenangan yang indah. Jom kita buat lebih banyak kenangan yang indah di masa depan (^-^).