Huhuhu, second post untuk hari ni. Disebabkan esok dah off, jadi rajin la updates blog sikit. Hujung minggu ni ada la dua tiga benda yang nak dibuat, maybe akan ke Melaka nak ziarah family Ayu. Ayah Ayu meninggal dunia hari sabtu yang lepas. Sedihnya kehilangan ayah tak dapat saya gambarkan, diharapkan Ayu sentiasa tabah menghadapinya. Pada hari yang sama housemate saya Ayu baizura, neneknya juga telah pulang ke rammatullah. Minta sedekahkan Al-fatihah buat arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman.
Ni nak berkongsi satu puisi baru dibaca dari iluvislam, credit kepada saiful_ilham dan IskethaykaL untuk satu pengisian yang sangat menarik ni. Sila la hayati ekk...
Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
akap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
Emm..Sedih la pulak entry ni, walau apa pun plan anda semua hujung minggu ni have a great weekend semua (^_^)
Une bonne fin de semaine - Have a great weekend
No comments:
Post a Comment