Wednesday, January 28, 2009

Rancangan Cuti

Assalamualaikum...

Esok off sampai hari ahad, memang tak sabar la nak off. Sepanjang chinese new year ni kerja boring sangat sebab tak ada kerja sangat, lambat je masa berlalu. Banyak rancangan sepanjang off 4 hari ni. Kena la memenuhi janji-janji dengan semua orang sebab ni adalah off weekend yang pertama tahun baru ni. Lagipun banyak jugak benda lain yang nak dibuat.

Rancangan Cuti Oda

+ Nak pergi Jusco, rasa nak makan sushi la...huhu.

+ Nak pergi servis kereta, yang bestnya pusat servis siap basuh kereta lagi so dah tak payah pergi basuh kereta

+ Nak pergi bank selesaikan urusan bulan ni

+ Nak potong rambut

+ Janji dengan Norha dan Sue nak pergi Sungai Congkak sabtu ni

+ Janji dengan Along dan Rozila nak pergi Termeloh hari Ahad

Harap-harap dapat la buat semua sekali (^-^) Ganbate Oda!!

Monday, January 26, 2009

7 Perkara yang Menghairankan

Artikel menarik di ambil dari Raudhah. Terima kasih kepada Nurqush untuk artikel ini.

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.

p/s: Emm.. Oda juga hairan dengan diri sendiri yang selalu alpa

Alhamdulillah

Assalamualaikum....

setelah bercuti selama 5 hari akhirnya kembali bekerja hari ni chinese new year, orang lain cuti kita pulak mula kerja. Hajatnya nak ambil cuti hari ni tapi bila mengenangkan cuti yang tak banyak so simpan je la cuti tu. Hari sabtu lepas ramai kawan-kawan yang selamat menjadi isteri orang. Tahniah Shida, Habsah dan TZ, sempat pergi majlis Shida dan Besah je itu pun dah lewat baru sampai ke rumah Besah. Alhamdulillah semoga bahagia dunia dan akhirat, nanti kalau rajin akan post gambar-gambar masa majlis tu ekk.

Sebelum cuti hari tu majalah office untuk January issue dah keluar, biasa tak ambil port sangat dengan majalah tu tapi bulan ni ada interview, hehehe. Majalah ni di distribute ke semua pekerja Atos Origin for APAC region, sampai ke Singapore, Japan, Hong Kong dan entah la.

Hari tu HR Manager suruh jawab soalan interview ni, so jawab je la dengan poyonya, skema giler jawapan tu. Gambar lak dia nak gambar pasport, tu gambar yang dua tahun lepas masa mula-mula nak cari kerja. Malu giler bila baca sendiri, tapi seronok la jugak sebab orang bagi penghormatan macam ni sebab setakat kerja kat sini tak pernah lagi baca interview pekerja biasa ni, biasa yang masuk manager-manager je. Team leader pun excited semacam je, masa dapat soalan interview ni hari-hari dia remind suruh buat.

Apa-apa pun benda ni buat rasa lagi semangat nak perform the best in the future. Ganbate Oda (^-^)

Wednesday, January 14, 2009

Merapu je..

Assalamualaikum..

Sebenarnya tak ada idea nak menulis tapi rasa cam nak update blog. Hari ni hari ke enam bekerja, dah lama tak kerja direct macam ni penat pulak rasanya. Emm baru je berazam tak nak kerja banyak sangat tahun ni, tapi nak buat macam mana tak team tak cukup orang sekarang. Tapi esok dah off dah, huhu cutii (^_^).

Enson pulak promoted jadi incident manager, agak sedih la jugak sebenarnya sebab Enson kan my patner kat office ni. So slot dia kosong dan teammates yang lain kena gilir-gilir ganti dia sekarang. Dah biasa kerja dengan Enson so bila dia tak ada agak sedih, Enson dah jadi patner since start confirm dengan AO lagi. Tapi yang bestnya tak ada la kerja dengan orang yang sama je, nak-nak kalau Ana or Nadia yang ganti. Seronok kerja dengan perempuan sebab ada kawan nak berbual masa kerja, takde la boring sangat, huhu.

Wedding Besah dengan TZ jatuh pada hari yang sama, tak tahu lagi dapat pergi ke tak. Besah punya wedding macam boleh pergi tapi TZ tak tahu sempat ke tak sebab hari yang sama kawan sekolah kahwin jugak, emm dalam dilema laa. Hopefully dapat la pergi wedding semua orang.

Monday, January 12, 2009

Isu Palestin

Assalamualaikum..

Saya tak pernah post tentang isu Palestin - Israel kerana saya tak pandai berbicara tentang isu-isu begini. Saya bukanlah ignorant, saya tahu sedikit sebanyak tentang isu ni. Tipulah kalau saya kata tak tahu langsung tapi saya tak suka membincangkan kerana saya bukanlah orang yang arif tentang perkara ni.

Semalam masa bekerja, salah sorang ofice-mate saya bertanya pendapat saya tentang isu ni. Soalan dia adalah..

"Oda what do you think of the Gaza issue, is it a land war or a religous war?"
Emm.. soalan yang mengejutkan. Kawan saya itu bukanlah seorang muslim dan pada masa itu kesemua ofice-mate yang ada adalah non-muslim. Walaupun terkejut dengan soalan tu, saya jawab..

"Religous war"
Dia bertanya kenapa saya berfikiran begitu, dia juga memberikan pendapatnya dan fakta-fakta tentang isu ini. Oleh kerana saya tidak suka membincangkan perkara yang saya sendiri kurang arif saya membiarkan sahaja soalan yang kedua tu tidak dijawab kerana saya tahu mereka suka membahaskan tentang isu ni dan mempertahankan pendapat mereka. Pada fikiran saya tiada guna bercakap dengan orang yang berfikiran begini.

"Israel memang nak hapuskan umat islam didunia ni, mereka tidak akan berhenti selagi ada umat islam bernafas di muka bumi ni."
Tetapi kata-kata itu hanyalah di dalam hati sahaja. Office-mate saya boleh dibilang dengan jari yang beragama islam. Lagipun ini isu sensitif, malas nak cetuskan pergaduhan dengan isu yang macam ni, akhirnya nanti saya juga yang sakit hati.

Kepada semua umat islam marilah sama-sama kita berdoa buat saudara kita di palestin. Rasanya mesti kebanyakkan kita dah dapat banyak email dan baca artikel tentang isu ini, marilah kita sama-sama melakukan yang termampu untuk membantu. Allahu Akbar!!

Friday, January 9, 2009

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum...

Lamanya idle kan, dah dekat 10 hari dah masuk tahun baru 2009. Cepatnya masa berlalu, masuk tahun ni dah dua tahun kerja dengan atos, maknanya dah dua tahun abis belajar. Rasa macam baru semalam je present PSM, macam baru semalam je berpenat lelah siapkan report psm. Bila teringat zaman bersusah payah menyiapkan projek PSM rasa malas nak sambung belajar.

Tahun 2008 adalah tahun yang sangat sibuk dengan kerja, rasanya tak banyak hari yang tak bekerja tahun lepas. Rasanya azam tahun lepas nak kerja dengan lebih rajin dah tercapai. Terima kasih kepada semua keluarga dan kawan-kawan yang sangat memahami. InsyaAllah tahun ni nak banyakkan spend masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Tahun ni nak kurangkan kerja, kalau boleh nak sambung semua benda yang terbengkalai.

Tahun lepas sempat pergi wedding hampir semua kawan-kawan, maaf la untuk yang tak dapat pergi. Kalau boleh tahun ni tak nak miss langsung wedding semua, insyaAllah kalau tak ada halangan sampai la Oda kerumah korang semua.

Sebelum terlambat, Salam Maalhijrah 1430H dan Salam Tahun Baru 2009 buat semua.

Pesan Imam AL-GHAZALI..

yang dekat itu MATI,
yang jauh itu MASA,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang indah itu SOLAT,
yang tajam itu LIDAH.

Orang yang bahagia itu akan selalu

menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah,

menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan,

menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu,

dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa