Friday, October 24, 2008

Lagi-lagi cerita kawin

credit picture to>> iluvislam

Semalam dapat satu berita yang mengejutkan yet menggembirakan. One of my bestfriend masa belajar dulu nak kawin bulan satu tahun depan. Mengejutkan sebab tak sangka dia akan kawin dalam masa yang terdekat ni. Selalunya dia akan cakap kalau ada apa-apa, tapi memang dah jodoh dia. Dia cakap baru je kenal pasangan dia ni dan terus ambil keputusan nak berkahwin. Tahniah Shida, semoga kebahagian berkekalan sepanjang hayat.

Tz pun dah bagi hint nak tukar status dia, chinese new year (cny) nanti. Tapi rasanya cny pun bulan satu tahun depan jugak. Kalau boleh pergi sekali bagus jugak ek. Cik TZ kalau nak kawin bagitau la awal-awal ek, senang saya nak plan cuti nanti (^_<), hehe.

Hujung bulan depan pulak, Ayu my housemate nak kawin jugak. Wedding dekat Melaka, huhu tak sabarnya nak pergi Melaka. Pergi dengan kawan-kawan serumah, sambil-sambil tu nak jalan-jalan bandar Melaka. Tahniah cik Ayu (^-^).

Ramai la sahabatku yang nak berumah tangga, sekarang ni asyik memenuhi jemputan kawin jek. Alhamdulliah jodoh dah sampai, semoga berbahagia selalu sahabatku. Jadilah seorang isteri yang solehah kerana isteri solehah membawa kepada keluarga muslim yang sejati. Cepat-cepat la lahirkan anak ek, ramaikan orang islam atas muka bumi ni, hehe ^^

Thursday, October 16, 2008

Sahabatku...Masih ada waktu

Masih Ada Waktu
Munsyid : Rast

Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta
Ilahi Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

Lagu ada di sebelah--->

Post kali ni letak lirik lagu masih ada waktu, tersentuh sangat masa dengar lagu ni. Mungkin ada kaitan dengan post rozila KENAPA aku Malu..... Sukarnya untuk menegur kawan-kawan kita. Kadang-kadang ada perkara yang kita rasa tak betul tapi kita tak berani nak mengeluarkan suara untuk menasihati/menegur. Lagi-lagi bila melibatkan hal agama, rasa diri tak layak menegur. Tetapi kita tak tahu bila hayat kita akan berakhir, sanggupkah kita biarkan kawan kita hayut dan lupa? Marilah kita saling mengingati selagi masih ada waktu...

Masihkah ada waktu untuk kita?
Sesungguhnya selagi hayat dikandung badan...
masih ada waktu untuk kita...


P/s: Hijau sudah kembali.... (^_^) Tukar layout blog sebab rasa nak tukar angin, kembali kepada warna kegemaran.

Friday, October 10, 2008

updates

Assalamualaikum...

Semenjak balik dari raya tak sempat nak update blog. Hari ni dah hari ke 5 kerja baru ada masa sikit nak tulis blog. Masuk kerja hari pertama tak sempat nak ambil mood kerja pun, kerja datang tak berhenti. Tapi tak boleh nak complaint banyak la sebab compare dengan kena kerja hari raya apalah sangat kan (@_@)

Cerita hari raya, huhu tak payah cakap la memang la seronok. Bukan selalu boleh jumpa semua orang kan, masa ini la semua orang berkumpul. Lagi pun tahun ni family day buat masa hari raya, walaupun tak pergi mana-mana macam tahun lepas tapi tahun ni semua orang ada masa hari tu. Kita orang buat BBQ jek kat rumah. Seronok la pulak, siap ada games lagi ^^

Balik raya kali ni adalah first time drive sendiri rotate dengan rozila tapi rasa cam best je...hehehe. Tapi jem agak teruk la, drive from kelantan to Kemaman ambil masa 9 jam, biasa 5 jam lebih je. Then balik dari kemaman ke KL pulak jem stat dekat karak ambil masa 3 jam dari karak ke KL. Memang tension la nasib baik bukan sorang2 kalau tak mesti dah sangap dalam keta.

huhuu...esok cuti, tak sabarnya nak rehat-rehat kat rumah..wawawa ^^